Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

07 February 2012

MENANTI HUJAN


"AWAK janji awak takkan tinggalkan saya kan?" Sayu aku bersuara. Empangan airmata hampir pecah. Konon dahulu takkan menangis punya! Sekarang apa sudah jadi?
"Itu dulu sebelum awak kahwin dengan sepupu saya." Ujar Aiman sambil menghela nafas pendek. Dia memanggung kepala yang agak serabut.

"Senangnya awak tuduh saya macam itu. Awak tak tanya saya pun perkara sebenar. Awak tak mintak penjelasan saya pun Aiman kenapa saya terpaksa tinggal awak. Sampai hati awak kan!" Aku tadi beria-ia hendak menangis langsung menarik balik sebak didalam dada.

Kita dok berngogoi macam nak pecah dada, dia sedap aje selamba macam takde apa-apa berlaku. Macam orang gila aku cari dia kesana kemari, bila da depan amta buat endah tak endah sahaja. Dahulu konon cinta sayang, sekarang? Macam kertas terbakar abunya terbang melayang!

"Kenapa awak sendiri tak hubungi saya? Puas saya dail nombor telefon awak tapi satu pun tak berangkat. Pesanan ringkas saya pun tak berjawab. Sekarang ini siapa yang tinggalkan siapa?" Aiman bersuara dan aku rasa macam muka aku kena tepek dengan tepung!

Macam mana nak jawab telefon kalau suami terpaksa ada depan mata melihat gerak geri aku? Macam nak nak reply pesanan ringkas dia sekali telefon aku diperiksa? Kata tak nak langgar hak privasi masing-masing! Entah angin apa yang merasuk si Haizam ini pun aku tak tahulah.

Masa hendak menikah terpaksa dahulu, berjela-jela surat perjanjian ditayangkan. Bila sudah menikah surat penjanjian kemana dia pun mungkir janji kemana. Hendak melawan, berapa sangatlah kudarat aku sebagai seorang wanita yang lemah? Kononnya.

"Saya tersepit dengan keadaan Aiman! Kesitu saya terkunci kesini saya tergari. Awak ingat saya suka sangat ke kahwin dengan mamat biol seorang itu? Saya tahulah itu sepupu baik awak tapi awak tak boleh tuduh saya macam-macam tanpa usul periksa tahu! Manalah saya tahu waktu merisik itu dia. Mati-mati saya ingat awak yang pinang saya." Aku melepaskan sedikit amarah. Senang-senang tuduh aku melulu.

"Jangan diungkit kisah yang lama. Saya tak suka." Sinisnya jawapan!

"Tak suka ungkit kisah lama konon. Habis tu kenapa tadi ungkit pasal pernikahan saya dengan Haizam biol tu?" Marah aku bertubi-tubi.

"Itu bukan ungkit tapi mengingatkan batasan antara awak dan saya. Sudahlah...saya nak balik. Nanti nampak Haizam kelain pulak dia fikir." Aiman mengendurkan suaranya apabila melihat aku sudah mula sebak.

"Birlah dia nampak supaya senang dia lepaskan saya!" Aku terasa seperti hendak menangis semula. Aiman ini buta ke? Aku memang tak suka Haizam aku suka dia! Payah betullah.

"Tak baik runtuhkan masjid yang sudah terbina. Awak terimalah dia seadanya. Dia lagi baik daripada saya. Insya'allah perlahan-lahan awak akan lupakan kisah antara kita berdua. Saya sudahpun akur dengan kehendak Allah yang kita berdua memang takde jodoh. Mungkin saya dengan orang lain. Doakan kebahagiaan saya dan saya pun akan doakan kebahagiaan awak jugak." Aiman tersenyum. Aku sudah mengalirkan airmata.

Sah! Aiman yang akan tinggalkan aku! Pecahnya berkeping-keping hati aku. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Selepas itu aku tidak lagi bertemu dengan Aiman. Khabar berita yang aku dengar Aiman sendiri menawarkan diri untuk menjadi wakil syarikat tempat Haizam juga bekerja untuk berkhidmat diluar negara, Arab Saudi.

**********

SEMENJAK pemergian Aiman aku sudah hilang semangat untuk hidup. Hari-hari aku murung dan tiada mood untuk melayan perang mulut dengan Haizam. Samaaada Haizam ada atau tidak dirumah aku buat tak endah. Seolah-olah aku duduk dalam sangkar emas yang dipenuhi macam-macam tetapi jiwa aku kosong. Haizam pula berpeleseran bersama dengan rakan-rakannya sama seperti dahulu.

Ianya terjadi sewaktu pergaduhan besar yang berlaku antara aku dan dia. Katanya dia ternampak kelibat aku dan Aiman bukan lagi mesra. Aku yang pada mula menyorok tentang perhubungan aku dan Aiman akhirnya terbongkar jugak!

"Kau cakap dengan aku, apa hubungan kau dengan Aiman?! Cakap Zaira!" Haizam menengking dan membuatkan telinga aku menjadi bingit. Suka-suka dia hendak menjerkah aku. Aku belum pekak dan nanti tak pasal-pasal boleh jadi pekak diatas sebab pekikkan dia. Huh!

"Jangan sibuk campuri urusan peribadi saya seperti mana saya tidak mencampuri urusan peribadi awak. Hubungan saya dan Aiman tidak ada kena mengena dengan awak. Baik awak jaga diri awak sendiri." Aku membalas dengan mendatar. Kesedihan masih belum pulih selepas perjumpaan antara aku dan Aiman berakhir dengna kelukaan. Aiman benar-benar tinggalkan aku.

"Kau tu isteri aku! Jadi aku berhak hendak tahu apa yang kau buat belakang aku. Tak hingin aku digelar sebagai lelaki dayus kalau isteri curang depan mata! Bagitau aku apa hubungan kau dengan sepupu aku!" Haizam mencengkam lengan aku dan aku mula terasa sakit. Kuat betul cengkaman dia! Kalah robot-robot yang ada dalam cerita Real Steel.

Tangan besi cap apa dia ini?

"Aku dengan dia sepasang kekasih!" Bagaikan halilintar aku memekik. Pertama kali menjerit dalam rumah villa yang besar itu tetapi hanya dua orang sahaja yang menduduki. Kadang kala seorang diri. Siapa lagi bukan aku! Hendak berkerja sudah awal-awal dalam surat perjanjian tidak dibenarkan!

"Apa!"

"Apa...yang apa? Awak dengar apa yang saya cakap tadi. Saya yakin awak bukan pekak kan?" Sindir aku.

Panggg!

Tiba-tiba pipi aku terasa panas. Berderai airmata aku mengalir. Belum pernah sesiapa yang naik tangan ke pipi aku. Mak dan ayah pun tak pernah pukul aku. Tak gunanya punya budak! Umur sahaja sudah meningkat dewasa tetapi perangai macam orang tak cukup akal.

"Itu hukuman pertama kerana kau curang. Itu jugak hadiah pertama kerana kau kurang ajar dan itu juga hadiah pertama kau bermain cinta dengan sepupu aku sendiri!" Haizam berlalu pergi dan menghempas pintu utama. Nasib baik berkayu, kalau ada cermin ataupun berkaca memang pecah berderai pintu itu.

Aku berlari menuju ke bilik aku. Aku mengadap cermin dan memandang wajah aku. Aku menggosok-gosok pipi aku yang mendapat tamparan percuma daripada Haizam. Bertanda lima jari!

Lama kelama aku terlena dalam sendu hingga keesokkan hari.Bukan sedih kerana ditampar ataupun dikasari oleh Haizam. Tetapi aku sedih apabila Aiman sudah jauh berlari meninggalkan aku. Andailah hati ini dapat bersuara secara nyata, akan menjerit berkata...

HATI AKU SAKIT!

**********

BAGAIKAN hendak roboh pintu bilik diketuk. Ini tidak lain tidak bukan si Haizam yang sudah balik memunculkan diri. Aku buat pekakkan telinga, malas hendak melayan. Aku meneruskan pembacaan majalag Wanita keluaran terbaharu. Meskipun sudah seminggu Haizam tidak pulang kerumah, duit perbelanjaan setiap hari tidak pernah berkurangan malah tidak disekat langsung! Pelik betul.

Sekali lagi pintu bilik aku diketuk dengan ditendang-tendang dari arah luar. Aku mengetap bibir menahan marah. Geram meihat perilaku Haizam yang semakin lama semakin melampau.

"Bukak pintu ni! Kalau kau tak bukak memang aku pecahkan jugak karang!" Suara Haizam malam ini kedengaran agak pelik. Macam orang mabuk!

Astagfirullahalzhim! Dia minum ke? Macam mana boleh jauh tersasar macam ini? Oh Ya Tuhan bersihkanlah hati yang hitam itu.

Aku semakin takut melihat perilaku Haizam seperti mahu membaham aku bila-bila masa sahaja. Bau arak itu membuatkan aku seperti mahu loya sahaja. Siapa kata bau arak tidak busuk? Kalah bangkai biawak tahu!

Aku ingin keluar daripada bilik tetai lengan aku tiba-tiba sahaja direntap kasar. Aku sudah sesak nafas dan terasa amat takut dengan keadaan Haizam yang tidak sedarkan diri itu akibat pengaruh air kencing syaitan ini. Kalau sudah diteguk habis hilang semua pedoman! Aku bermohon pada Allah supaya aku diberikan perlindungan.

Airmata sudah hampir kering dan tidak boleh menangis lagi. Aku kesal dengan apa yang terjadi. Haizam aku jeling masih tidur mati dan tidak sedarkan diri. Tangannya masih memeluk pinggang aku dengan kemas. Tidur mata pun boleh peluk-peluk orang kuat-kuat. Ke sengaja buat-buat tidur mati? Aku hendak bergerak sana sini pun susah. Aku ingin melarikan diri menuju ke bilik air untuk membersihkan diri yang sudah dicemari tanpa kerelaan hati.

Sampai hati kau buat aku macam ini Haizam! Kau paksa aku menyerahkan tubuh yang bukan dari kerelaan hati aku sendiri. bukan keredhaan aku sendiri! Kau paksa aku! Kau paksa aku Haizam! Aku benci kau!

Aku sekadar menjerit didalam hati sambil mata sudah terkebil-kebil memandang kipas yang ligat berpusing. Kepala aku jugak ikut serta seperti hendak pecah kerana pening dan membuatkan pandangan aku mula berpinar-pinar. Mungkin akibat daripada tangisan airmata yang berpanjangan daripada malam tadi sehinggalah ke pagi buta ini. Azan Subuh kedengaran, aku ingin bersolat untuk memohon ketenangan hati.

Haizam! Lepaskan aku! Ya Allah tolonglah hambaMU ini. Aku ingin bersujud memohon ketenangan daripadaMU. Tolonglah aku Ya Allah!.

Tidak semena-mena tangan Haizam berkalih dan aku bernafas lega. Aku bersyukur Allah mendengar permintaan aku. Meskipun doa aku yang memohon perlindungan tidak dimakbulkan. Allah yang lebih mengetahui segala-gala diatas apa yang menimpa pada diriku.

Aku melangkah masuk ke dalam bilik air dengan jalan yang sedikit terjungkit-jungkit. Aku membersihkan diri dan mengambil whuduk untuk berserah diri kepada Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Mendengar.

Usai mengenakan telekung aku memulakan bacaan untuk menunaikan solat tahajud memohon ketenangan hati yang sedang berkecamuk.

Khusyuk aku melontarkan kalimah-kalimah suci kepada yang Maha Esa. Aku mengadu dan meluahkan segala-galanya yang terbit didalam hati. Airmata yang kering tadi kini tumpah kembali dan akhirnya aku terjelepok ditikar sejadah tidak sedarkan diri.

**********


PERLAHAN-LAHAN aku membuka mata dan merasa sedikit sakit keran diterangi cahaya yang terang. Aku memandang ke kanan dan mendapati Haizam sudah terlena menemani aku disisi. Aku cuba bangkit unutk melarikan diri tetapi tidak terdaya. Aku terbaring kembali dikatil dan Haizam sudah tersedar.

Aku memejamkan mata dengan rapat sekali. Tak mahu memandang wajah lelaki yang telah merampas permata berharga yang tidak ternilai yang satu-satunya aku jaga dengan sepenuh hati. Namun malam durjana itu telah menjadi titik hitam didalam kehidupan aku.
Siapa yang suka tubuh diserah secara paksa rela?

Sayup-sayup aku mendengar Haizam memanggil namaku. Jemari aku diusap perlahan. Berbeza benar dengan kejadian malam tempohari. Kenapa tiba-tiba berubah pulak? Haritu bukan main lagi menjadi setan!

"Zaira....maafkan saya. Maafkan saya. Saya tak patut buat macam itu Maafkan zaya Zaira. Hati saya sakit bila fikirkan awak dan Aiman. Saya cemburu Zaira." Haizam bersuara lemah. Angin takda ribut takda, apsal jadi baik semacam?

Aku masih menguncikan mulut dan mata juga terpejam rapat. Masih tidak mengalah melayan perasaan berkecamuk didalam hati. Meskipun hubungan aku dan dia halal tetapi dia sebagai suami tidak sepatutnya merampas begitu sahaja. Ianya perlu seimbang dengan penerimaan dua jiwa. Bukan satu jiwa! Aku menjerit lagi didalam hati. Airmata aku tumpah lagi. Hendak mengesat tahu sangat aku sudah sedarkan diri nanti.

Tiba-tiba airmata aku disapu dengan perlahan. Aku semakin galak mengalirkan airmata. Biar dia tahu bahawa hati aku memang sakit sangat-sangat. Kecewa sangat-sangat. Derita sangat-sangat.

"Zaira..." Lembutnya suara itu memanggil namaku.

"Zaira Raihana...maafkan saya..." Sekali lagi nama aku dipanggil. Bagaikan terpukau dengan panggilan itu, mata aku terbuka. Otak tidak selari dengan hati!

"Baliklah...saya tak nak tengok muka awak."

"Zaira...saya...saya..." Haizam kehilangan kata.

"Baliklah. Saya tak nak tengok muka awak disini. Biarlah saya seorang diri didalam hospital. Saya tak boleh tengok muka awak setelah apa yang awak buat pada saya. Ingat Haizam, awak buatkan pertalian kita semakin jurang. Saya dah sihat nanti saya hendak mintak awak lepaskan saya selamanya. Saya tak boleh dihup sebumbung dengan orang yang telah merampas hak saya." Aku mengesat airmata yang masih berbaki.

"Zaira Raihana...apa yang awak cakap ni? Saya takkan lepaskan awak. Biar apa pun yang telah berlaku itu semua sudah suratan. Saya mengaku saya bersalah dan berdosa kerana merampas hak awak yang bukan lahir daripada hati. Saya tak kisah awak bencikan saya tetapi jangan mintak saya lepaskan awak. Saya takkan lepaskan awak Zaira Raihana." Haizam meraih jemariku dan aku mnegelak. Haizam menghela nafas yang berat.

"Awak hendak seksa saya lagi ke? Tak cukup ke dengan apa yang awak dah buat Saiful Haizam! Saya benci awak! Saya bencikan awak!"

"Saya terima kalau awak bencikan saya tetapi jangan sekali-kali awak mintak penceraian daripada saya. Saya tak sanggup kehilangan awak Zaira Raihana. Saya cintakan awak daripada dahulu lagi, sebelum awak dan Aiman berhubungan." Haizam sekali lagi meraih jemari aku. Dada aku sudah berombak laju.

"Awak ni tak faham bahasa ke? Saya bencikan awak! Pergilah, saya tak nak tengok muka awak." Aku sudah menangis. Namun tangisan aku terhenti apabila ternampak kelibat kedua orang tua kami tiba.

"Mak..." Aku memanggil emak yang baharu sahaja sampai.

"Zaira...anak emak, kenapa sampai jadi begini? Teruk ke penyakit Zaira ni Haizam? Kenapa sekarang baru bagitau kami tentang Zaira terlantar dalam hospital?" Mak menyoal dan Haizam sekadar menggeleng namun perlahan sahaja butir bicaranya memberikan alasan.

"Cuaca dalam vila panas barangkali mak. Itu yang buat Zaira jatuh pengsan agaknya."

"Zaira tak apa-apa?" Mak menyoal. Aku tidak bersuara dan hanya mengangguk sambil erat memeluk pinggang mak untuk melepaskan segala kesedihan.

"Haizam balik dahulu mak." Haizam menciumi tangan emak dan tidak semena-mena dia mencium ubun-ubun aku. Aku terpanar seketika, mengapa berbeza benar layanan Haizam pada aku?

"Tak mengapalah Haizam, kamu balik bersihkan diri. Biar mumi dan ayah jaga Zaira buat sementara waktu. Kamu pun perlukan rehat. Tentu kamu penat seharian menjaga Zaira. Kalau ada apa-apa ayah akan telefon kamu." Ayah mentuaku bersuara lembut. Haizam aku perhati mengangguk lemah.

Apa yang membuatkan dia berubah menjadi sebegitu? Kemana hilangnya singa lapar tempohari?

Haizam memerhatikan aku dengan lama dan dihadiahkan aku satu senyuman manis yang belum pernah aku lihat sepanjang peperangan antara kami. Kenapa senyuman itu membuatkan hati aku yang marah tiba-tiba menjadi sejuk? Menjadi tenang?

Kemudian Haizam berlalu pergi. Aku sekadar memandang tanpa bersuara apa-apa. Ikut keterangan doktor, aku ditahan selama seminggu dua lagi didalam wad khas untuk memantau kesihatan aku. Penyakit apa yang melanda aku kini? Berbahayakah? Baharu aku sedar lengan sebelah kanan berselirat dengan wayar.

Sudah berapa lama aku berada di wad?

**********

SUDAH dua minggu aku keluar daripada wad dan duduk sahaja didalam vila yang besar itu. Suami aku sudah berubah secara mendadak. Tiada lagi tengkingan tiada lagi amukan dan tiada lagi kata-kata kasar kepada aku.

Segala makan minum aku dia hantarkan dalam bilik. Sekarang aku bukan duduk lagi dibilik kecil tetapi didalam bilik tidur utama vila ini. Aku memang tak sangka didalam keadaan bilik itu memang bersih memang kemas. Malu dengan keadaan bilik aku sendiri! Paling tidak aku sangka gambar perkahwinan kami yang tergantung dikepala katil besar sungguh. Aku merenung lama gambar perkahwinan itu.

Kalaulah gambar aku dan Aiman tentu aku sudah bahagia sangat-sangat sekarang ini. Tiba-tiba teringatkan Aiman apalah khabar dia sekarang ya? Kenapa semakin kuat rindu aku pada Aiman sekarang? Airmata sudah mula bertakung.

Pintu bilik diketuk perlahan, aku mengesat mata cepat-cepat supaya dia tidak tahu aku menangis.

"Assalamualaikum Zaira...abang datang hantar makanan ni untuk Zaira..."

Aku hanya melihat dan mengangguk sahaja. Berat benar mulut untuk bersuara. Menjawab salam pun didalam hati sahaja. Tak kisahlah janji salam itu berjawab juga. Memang berdosa kalau salam tidak berjawabkan, apatah lagi suami sendiri.

"Zaira..abang nak keluar sekejap. Tak lama abang keluar. Sekejap aje. Zaira jaga diri baik-baik tau. Makan perlahan-lahan. Kalau tak larat hendak turun ke bawah takpe letak aje dekat meja kecik tu. Nanti abang balik abang bawak turun dan basuhkan. Abang mintak maaf kalau-kalau abang ada sakitkan hati Zaira harini." Lembut sahaja percakapan suami aku ini. Hati tiba-tiba dipagut pilu. Jatuh kasihan pula dengan dia.

Mengapakah hati ini terlalu ego untuk memaafkan dia? Lagi-lagi suami sendiri. Bukankah aku sendiri menjadi saksi dia sudah jauh berubah? Solat pun tidak tinggal malah sama-sama mengajak aku berjemaah sekali. Tetapi kenapa hati aku sekeras dan sedingin ini? Tegarkah untuk menerima maaf yang berbaur ikhlas itu?

"Err...takpelah, nanti saya sendiri bawa turun. Takkanlah sampai tak boleh hendak berjalan. Bukan berat mana pun. Takpelah kalau awak nak keluar kemana pun, takkan saya sukahati hendak halang kan? Saya minta maaf jugaklah kalau-kalau ada buat benda yang awak tak suka."

Aik lancar pula mulut ini berkata-kata tetapi masih ada berbaur kekasaran. Mana perginya kelembutan aku dahulu?

"Abang dah lama maafkan Zaira. Ok abang nak keluar dulu. Tunggu abang ye." Saiful Haizam menghampiri aku dan mencium ubun-ubun aku. Peliknya, sebelum ini jangan ubun-ubun hendak sentuh jari aku tak nak.

Aku terkedu jugaklah apabila dia berbuat begitu. Kasih sayang dia melimpah ruah pulak untuk aku sekarang. Apakah ini sekadar lakonan? Tetapi kenapa aku lihat segala-galanya lahir dari hatinya yang penuh rasa cinta?

Bangun Zaira Raihana! Dia sudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan meningalkan perbuatannya yang terdahulu! Apa lagi yang kau mahukan!

Aku berperang dengan perasaan sendiri. Berlegar-legar wajah Aiman bermain difikiran dan diselang-seli dengan kelembutan Saiful Haizam. Arghhh! Pening aku! Lantas aku mengikuti sahaja langkah suami aku untuk menghantarnya ke muka pintu rumah. Tiba-tiba kaki sangat ringan untuk menjejakinya.

Tiba-tiba aku bersuara dan Saiful Haizam berpaling.

"Jangan balik lambat. Saya tunggu awak. Janji."

Saiful Haizam tersenyum dan mengangguk. Dia melambai-lambai ke arah aku dan aku sekadar mengangkat tangan sebagai tanda isyarat. Hati terasa lain macam.

**********

HAMPIR tiga bulan perhubungan aku dan Saiful Haizam menjadi rapat. Kini tiada lagi sakit dihati tetapi muncul pula tanda kasih. Saiful Haizam tidak putus-putus mendahulukan aku dalam segala hal kecuali solat. Kami telah pergi berbulan madu di Pulau Perhentian dan akhirnya aku menyatakan bahawa kini dia sudah mendapat dalam hatiku. Bayangan Aiman sudah lama pergi dari sanubari.

Jika tidak kerana kemalangan kecil yang melibatkan Saiful Haizam tentu perhubungan aku dan dia tidak akan pulih. Berhari-hari aku menemani suamiku dan memohon ampun serta maaf kerana telah menderhakainya. Allah menguji kami dengan dugaan sekecil ini. Jika Allah tarik nyawa suamiku andai kemalangan yang teruk, akulah manusia yang paling dihimpit rasa bersalah. Aduhai hati pergi jauh kebencian ini, semaikanlah rasa kasih antara aku dan dia biarkan mata dunia mengerti cinta kami cinta mati. Cinta yang tidak akan terbelah bagi lagi.

Aku dan Saiful Haizam telah kembali ke vila yang hampir ditinggalkan selama seminggu kerana pergi bercuti berbulan madu di luar negara pilihan suamiku sendiri. Kami menjejaki negara Turki yang kaya dengan pelbagai kisah sejarah dan buatan fabrik yang menarik. Disertakan dengan penduduknya yang ramah tamah serta buminya memang menakjubkan. Subhanallah!

Aku mengemas beg yang penuh dengan barang-barang yang telah dibeli dinegara itu. Aku tersenyum melihat telekung bertenun emas yang dikhaskan untuk emak dan ibu mentuaku. Tidak dilupakan jugak untuk kawan baik aku, Suria yang telah mengirimkan selendang syria.

Saiful Haizam dalam diam aku belikan sepasang baju berwarna biru lembut.

"Amboii...senyum sorang-sorang nampak isteri kesayangan abang ni. Ada apa-apa ke tu?"

"Hai...senyum pun salah ke? Bukan senyuman itu satu sedekah ke?"

"Itu dia...bini garang dah mai..."

"Abang jangan nak mengada eh. Malam ini kita pergi rumah mak eh, tak sabar nak bagi hadiah ini semua."

"Sayang tak penat ke? Kita baru sahaja mendarat dan balik rumah. Esok-esoklah sayang boleh tak? Abang penatlah." Saiful Haizam merengek. Macam budak kecil lagaknya.

"Alaaa...sekejap aje. Kalau abang penat sangat abang tidur dulu. Nanti Zaira kejut abang eh. Kita bermalam rumah emak pun takpe. Mak mesti tak kisah punya tu. Jomlah bang...pleaseeee..." Aku pulak yang merengek. Kenalah suami isteri berdua ini. Baharulah tahu perangai sebenar Zaira Raihana, keras diluar tapi lembut didalam. Ewah!

"Ok...ok...kita pergi rumah mak malam ni. Puas hati?"

"Ini yang sayang lebih ni." Aku tersenyum.

"Kalau sayang jom ikut abang masuk bilik." Saiful Haizam menjungkitkan keningnya dan aku sudah terbeliak biji mata.

"Jangan nak menggatal ye. Bagi cubit sedas dua baru tau, toksah nak buat pasai nooo..."

"Ok..ok..surrender...abang tak buat pasai...sekali sayang bagi ketam kepit meman seminggu lebam tak hilang aiiiihhh..."

"Tau takpe...sudah pergi mandi abang, sekurang-kurangnya boleh kurangkan letih tu."

"Jom teman abang mandi...rindulah.."

"Ada sat lagi kena ni...kita betui-betui...dia dok main..main...cepat pi mandi abang..."

"Yes madame!"

Saiful Haizam bingkas bangun dari pembaringannya disofa yang daripada tadi dok membelai rambut ikal aku. Kalau dibiarkan lama-lama aku memang pulun tidur berkeroh. Bukan apa kepala ini memang pantang dibelai, mata mulalah buat perangai tidur tak sedarkan diri.

Aku hanya tersenyum dan meneliti setiap gambar yang diambil ketika berada disana. Kamera DSLR kesayangan aku sewaktu belajar dahulu masih elok walaupun telah lima tahun berlalu. Kamera ini jugaklah membuatkan hubungan aku dan Aiman semakin rapat.

Apa khabar Aiman sekarang?

**********

PELUH dingin membasahi ubun-ubun aku. Aku terkaku dan terkelu apabila bertembung dengan wajah yang sudah lama tidak kelihatan. Hampir tiga tahun lamanya. Maisara Zaihasra sudahpun berumur satu tahun ketika ini. Kenapa aku boleh bertembung dengan sidia di hadapan klinik Dr Sundari? Mengapa meski kini wajah itu muncul kembali? Perubahan ketara aku melihat wajahnya. Semakin bersih, mungkin kerana keadaan cuaca disana barangkali.

Kalaulah Maisara Zaihasra tidak terjatuh akibat terkejut melihat sebuah kereta Caldina berwarna putih yang main masuk sahaja ke dalam parking tentu aku dan dia tidak akan bertembung empat mata. Aku pula terkial-kial hendak keluarkan beg kecil kepunyaan puteri sulungku. Salah aku jugak kerana melepaskan tangan Maisara Zaihasra dari pegangan.

"Zaira...errr...apa khabar Zaira? Tadi tu anak awak ke? Cantiknya awak sudah bertudung sekarang. Mana Haizam? Awak datang berdua dengan anak aje ke?" Bertubi-tubi soalan itu keluar daripada bibirnya yang kelihatan merah itu.

Aku terkebil-kebil. Aiman Sauffi melambai-lambai tangannya kearah aku. Aku tersedar.

"Err...haaa...errr...betullah tu...ehh...err....haaa...ye..ye..." Entah apa yang aku melalut membuatkan Aiman tersengih kepadaku. Aku mengaru kepala yang tidak gatal.

Tangisan Maisara Zaihasra sudah semakin reda. Peliknya, kenapa boleh anaknya macam serasi dengan Aiman padahal ini baru pertama kali berjumpa. Mesra betul pelukan Maisara Zaihasra dengan Aiman. Kalau suami aku nampak memang haru biru jadinya.

"Apa yang awak melalut tu Zaira Raihana? Dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah ye." Aiman Sauffi tergelak kecil dan aku pun menyambung sama.

"Entah...awak apa khabar? Sihat? Bila balik Malaysia?"

"Saya sihat. Sudah seminggu saya balik ke Malaysia. Masih bercuti, saja ambil masa untuk berehat setelah tiga tahun berada disana. Saya gembira melihat awak bahagia Zaira. Tidak sia-sia pengorbanan saya menjauhkan diri daripada awak. Saya bersyukur sebab Allah makbulkan doa saya untuk kebahagiaan awak. Saya rasa sangat lega sekarang bila tengok awak dan puteri awak ni. Comel macam awak juga ya. Bila nak dapat nombor dua pula?"

Panjang lebar Aiman berkata-kata dan aku tidak menyangka pemergiannya itu bukan kerana tinggalkan aku tetapi berkorban demi kasih untuk melihat aku bahagia. Hati tiba-tiba sebak kerana begitu tulusnya kasih Aiman terhadap aku. Airmata tiba-tiba bergenang ditubir mata.

"Terima kasih awak sebab senantiasa mendoakan kebahagiaan saya. Memang betul Saiful Haizam memang seorang suami yang baik dan bertanggungjawab malah menyayangi saya sepenuh hatinya. Kalaulah dari dulu lagi saya tidak keras kepala tentu awak tidak perlu berkorban untuk kami berdua sebegini. Saya tak tahu nak balas budi awak macam mana."

Aku bersuara dengan nada yang agak sedikit beremosi.

"Sudahlah awak, benda yang dah lepas jangan dikenang ok. Saya pun dah anggap itu semua hanya kenangan silam. Korang berdua bukan siapa-siapa pun, malah ada hubungan rapat. Saya hendak jemput awak dan Haizam ke majlis perkahwinan saya hujung bulan ini. Saya nak pinjam Maisara ini sebagai flower girl yang akan mengiringi bakal isteri saya ya."

"Tahniah awak. Kini tiba giliran saya pula yang mendoakan kebahagiaan awak dan bakal isteri. Maisara boleh ke jadi flower girl? Dia tu kecik lagilah awak."

"Terima kasih. Boleh aje."

Aku hanya tersenyum. Maisara Zaihasra sudah tertidur rupanya. Mungkin pengaruh ubat yang telah disuntik ke punggungnya. Demam panas puteri sulungku tidak kebah selepas pemergian Zaiful Haizam ke Sabah atas urusan perniagaan seminggu yang lalu,rindu barangkali. Patutlah dia juga tidak beritahu aku tentang kepulangan Aiman Sauffi. Mungkin tidak tahu, kalau tahu takut dia cemburu tidak tentu pasal pula.

"Eh! Tidur pula sikecik ni."

"Mari saya dukung dia pulak, kesian awak tentu dah lenguh. Saya nak balik ni, esok Haizam sampailah tu." Aku mula menghulurkan tangan dan Aiman menggeleng.

"Takpelah, biar saya letak dia dalam kereta awak." Aiman Sauffi terus menuju ke tempat duduk penumpang sebelah kiri. Aku perlahan-lahan menuju ke tempat pemandu.

"Terima kasih sekali lagi ya. Saya balik dulu. Kirim salam pada bakal isteri awak ya."

"Sama-sama. Kirim salam pada Haizam juga dan jangan lupa datang majlis saya nanti."

Aku mengangguk dan terus meninggalkan Aiman yang masih setia melambai-lambai kearah aku. Aku hanya tersenyum sahaja. Lepas segala beban didalam hati, kini aku dan Aiman sudah menjadi sahabat. Kisah antara aku dan dia sudah lama berakhir. Mujur kini hati aku sudah diberikan kepada Saiful Haizam, suami yang tercinta.

Tidak sabar menunggu kepulangan suamiku untuk berita yang menggembirakan. Satu tentang majlis perkahwinan Aiman Sauffi dan kelahiran kedua yang bakal menjelang. Alhamdullillah rezeki yang Allah bagi melimpah ruah. Maisara Zaihasra akan ada kawan selepas ini.

Tanpa disedari ada mata yang memandang dengan rasa terhiris dihati. Terluka dengan adegan yang tidak sengaja dilihat. Sangkanya untuk membuat kejutan dengan kepulangannya tetapi dirinya yang diberi kejutan dengan dua hamba allah itu.

Saiful Haizam merengus kasar dan menekan pedal minyak dengan laju.

**********

AKU tiba ditempat letak kereta. Aku pelik melihat kipas terpasang, sedangkan waktu keluar meuju ke klinik sebentar tadi sudah dipastikan semuanya bertutup. Tingkap pula terbuka seluas-luasnya. Aku tercari-cari barangkali Saiful Haizam sudah balik. Kata esok hari?

"Assalamualaikum...abang...dah balik ke?" Aku memberi salam dan mendukung Miasara Zaihasra yang masih nyenyak tidur. Aku letakkan di dalam baby cot yang memang disediakan diruang tamu selain bilik utama aku dan Haizam.

Haizam duduk mengadap televisyen tanpa menghiraukan aku. Salam pun tidak berjawab. Kenapa pula marah tiba-tiba? Adakah sebab aku tiada dirumah untuk menyambut kepulangannya ataupun aku terlewat balik dari klinik?

Aku memeluk suamiku daripada belakang dan mengusap rambutnya seperti biasa. Aku tersentak apabila Haizam menolak tangan aku. Aku meraih semula tangannya untuk dicium tetapi tangan itu ditarik semula.

Apa kena pula tiba-tiba jadi sedingin ini? Marah benar nampaknya.

"Abang...kata balik esok? Bila sampai ni?" Aku bertanya sekadar berbasa basi.

"Tak suka kalau aku balik harini?" Aku terkejut dengan jawapan yang diberi. Bukan jawapan pada soalan aku tetapi memulangkan soalan pula kepada aku.

"Bukan macam tu, kalau sayang tahu abang balik harini sayang balik cepat-cepat dari klinik. Maisara tu demam panas sebab rindukan abang yang outstation seminggu lepas. Sayang ada berita gembira unutk abang." Aku memicit bahu Haizam tetapi dia bingkas bangun dan bercekak pinggang.

"Maisara yang rindukan aku ataupun kau pergi lepaskan rindu bertemu dengan Aiman Sauffi?!" Jerkah Saiful Haizam dan membuatkan Maisara Zaihasra tersedar dari lenanya. Aku terus mendapatkan Maisara untuk memujuknya kembali. Maisara menghulurkan tangan untuk didukungkan.

"Apa abang cakap ni? Bila masa pula sayang pergi lepaskan rindu. Secara kebetulan sahaja terjumpa dengan Aiman. Abang..jangan tuduh yang bukan-bukan. Sayang memang ke klinik sebab anak kita ni demam panas tak hilang-hilang seminggu ni. Abang ni kenapa nak cemburu tak tentu pasal? Aiman balik pun selepas abang pergi ke Sabah. Takkan syarikat tak beritahu abang? Papa tak bagitau ke?" Aku mengawal rasa marah yang datang tiba-tiba. Sedih apabila suami sendiri tidak mempercayai isteri yang sedang mengandungkan benihnya yang kedua atas rasa cinta.

"Takkanlah boleh sengaja jumpa. Takkan depan-depan klinik. Entah-entah korang berdua berpakat berjumpa dekat situ. Mana nak tahu kan?" Kata-kata Haizam menambahkan hirisan dihati aku yang sudah terluka ini. Kenapa begini pula jadinya? Mana janji yang Haizam taburkan pada aku sewaktu kami berbulan madu di Turki dahulu?

"Terpulanglah apa yang abang nak cakap. Demi Allah saya memang terjumpa Aiman di klinik tadi. Saya nak naik ke atas dulu. Saya mintak maaf kalau saya ada buat salah." Aku mula bangkit dan membawa Maisara Zaihasra bersama menuju ke atas.

Saiful Haizam memanggung kepalanya.

"Saya ingat nak sampaikan dua berita gembira untuk awak tapi saya rasa kemudianlah selepas awak dah ok."

Saiful Haizam hanya memandang wajah aku sepi. Aku pula sudah melangkah naik tangga menuju ke bilik utama ditingkat atas.

**********

AIMAN SAUFFI menuju ke bilik Saiful Haizam dengan hati yang sebal. Perselisihan faham antara mereka bertiga terbawa-bawa ke pejabat. Hampir seminggu Haizam cuba mengelak daripada bertemu dengan Aiman sepupunya itu. Kalau ikutkan hati Aiman sudah lama dia menghantar surat perletakkan jawatan dua puluh empat jam. Oleh kerana bapa saudaranya itu telah banyak berjasa kepada keluarganya maka dia padamkan sahaja niat itu.

Pintu bilik diketuk. Saiful Haizam tidak menjawab. Aiman tidak menunggu lama, terus sahaja dia masuk tanpa kebenaran Haizam sendiri.

"Boleh kita berbincang sekejap?"

"Kau nak bincang pasal apa? Aku sibuk."

"Pasal kau, aku dan Zaira Raihana."

"Kalau pasal itu aku takde masa nak dengar. Leave my room now!"

"Ego betul kau kan Haizam. Kau tahu tak kau dah salah sangka dengan Zaira? Dia tak bersalah dalam hal ni. Kau cemburu tak bertempat! Dia sayangkan kau Haizam, bukan aku lagi dah. Aku pun tak lama lagi nak bernikah dengan gadis pilihan aku sekarang. Aku dah temui pengganti Zam, aku dan Zaira hanya bersahabat. Tak lebih dari itu!"

"Kau tak perlu masuk campur dalam urusan rumah tangga aku! Apa Zaira dah mengadu dengan kau hah!" Jerkah Saiful Haizam dan membuatkan Aiman tersentak.

"Dia tak mengadu apa-apa tapi aku nampak kepala mata aku sendiri apa yang kau buat dekat dia! Kebetulan aku datang rumah korang sebab nak pulangkan dompet dia yang tercicir, kalau orang lain dah lama sebat duit dalam ni.Tak baik kau buat isteri kau macam itu Haizam. Kau tahu tak dia sedang mengandungkan anak kedua kau! Aku dengan dia dah takde apa-apa Haizam.

Demi Allah dia mencintai kau sepenuh hati. Kau tak nampak ke semua tu Zam! Kalau aku nakkan dia dah lama aku suruh dia mintak cerai dengan kau. Tapi aku tak nak buat macam itu sebab aku tahu kau lelaki yang baik boleh bahagiakan hidup dia. Aku gembira tengok korang berdua bahagia sekarang. Pergilah pujuk Zaira sebelum terlambat. Minta maaf dengan dia Zam."

Habis berkata-kata Aiman terus keluar daripada bilik Saiful Haizam. Saiful Haizam memegang kepalanya yang berserabut dengan masalah ini. Cepat-cepat Saiful Haizam menelefon Zaira namun sayang hanya pesanan peti suara yang kedengaran.

Saiful Haizam bingkas bangun dan menuju ke rumahnya. Dalam hati dia menyumpah seranah kerana menuduh isterinya yang tercinta itu tanpa usul periksa. Laju sahaja pedal minyak ditekan agar dia cepat sampai ke rumah. Mesyuarat yang penting pun dia membatalkan sahaja disaat-saat akhir. Dia bimbang sekiranya Zaira Raihana meninggalkan rumah gara-gara cemburu butanya.

Sampai sahaja dirumah, kelibat Zaira Raihana dan Maisara Zaihasra sudah tidak kelihatan. Saiful Haizam menangis sekuat hati. Isteri dan anaknya telah keluar meninggalkannya seorang diri. Matanya terpandang kad kahwin kepunyaan Aiman dan bakal isterinya, Shafika Raudah.

"Apa abang dah buat dengan sayang. Maafkan abang...maafkan abang...baliklah sayang..balik semula pada abang."

**********

AKU duduk diam sahaja didalam bilik. Aku tahu aku salah sebab keluar tanpa izin suami. Tetapi sudah tidak sanggup dicerca kata-lata yang menghiriskan hati. Semua tuduhan Saiful Haizam tidak berasas! Ada ke aku dituduh mempunyai hubungan sulit secara diam-diam dengan Aiman dan mengatakan perkahwinan Aiman itu sekadar alasan untuk menutup perbuatan kami berdua. Hati isteri mana yang tidak terluka mendengar pertuduhan sebegitu dan aku tidak diberikan peluang untuk menafikan segala-galanya.

Cepat benar Saiful Haizam berubah disaat ini. Konon katanya cinta tetapi sekarang, baharu sahaja berbual dengan Aiman sudah cemburu buta tidak tenfu hala.

"Sayang...jomlah ikut abang balik. Abang tahu abang bersalah tapi abang janji lepas ni takkan jadi lagi. Abang tersilap dan terlalu cemburu tidak tentu pasal. Maafkan abang ya sayang. Sudah-sudahlah tu merajuk, kesian baby dekat perut tu. Sayang pun makan sekarang tak menentu kan? Mari kita makan dengan mak dan ayah kat bawah sama-sama."

Aku masih mendiamkan diri tapi hati sedikit sebanyak rasa terubat apabila dipujuk sebegitu. Biasalah perempuan mana tak suka dipujuk kan? Nak-nak lagi suami tersayang, kembang kuncup taman dalam hati. Samalah juga seperti aku, sengaja merajuk lebih. Emak dah faham sangat dengan perangai aku. Luar sahaja keras macam batu tapi dalam hati mengada-ngada lebih manjanya. Sebab itu mak kalau nampak aku dengan ayah, mulalah muncungnya panjang sedepa. Al-maklumlah, anak perempuan tunggal mesti ayah sayang lebih.

Aku mengerling sahaja kearah suamiku yang sudah mati kutu untuk memujuk aku. Eleh, itu baharu sedikit tau aku merajuk. Kalau yang berkoyan-koyan, muka pun aku tak nak tengok.

"Pergilah balik. biarlah saya dengan anak-anak menumpang sementara waktu dekat rumah emak dan ayah saya. Kalau saya ada depan mata awak nanti kena herdik, kena hina, kena caci, kena sindir, kena perli dan kena...kena...kena..." Itu dia mulut aku sudah macam bertih jagung. Kalau masuk berdebat ini belum tentu pihak lawan aku menang. Aku ni membangkang memang nombor satu. He he he...

Sengaja untuk tunjuk drama lebih, nak tengok sama ada suami aku ini seorang yang gigih berusaha ke ataupun jenis yang senang berputus asa. Bukan dia tak tahu aku sudah sayang gila dengan dia. Sehari tak nampak muka mulalah aku meroyan sana meroyan sini, rindu separuh nyawa. Tak gitu Puan Zaira Raihana Binti Nordin?

"Maafkanlah abang sayang...abang bersalah dalam segala hal. Kita buangkan yang keruh, ambillah yang jerbih. Lagipun Aiman dah jelaskan segala-galanya pada abang. Abang yang buta tuli dan pekak nak terima penjelasan sayang. Sepatutnya abang perlu siasat dan usul periksa dahulu. Abang tahu abang dah langgar janji cinta mati kita sayang. Maafkan abang ya. Jomlah kita balik rumah, tak kesiankan abang ke?"

"Hai, baharu harini sayang dan anak-anak tinggalkan abang belum cukup satu hari pun. Tak bagi peluang langsung kita nak merajuk lama-lama." Mulut aku sudah mula membebel. Mana tak tumpah kuah ke nasi. Ikut perangai mak jugak. He he he...

"Janganlah merajuk lagi. Sayang cintakan abang kan?" Suamiku tidak betah memujuk aku yang masih degil hendak merajuk.

"Habis abang tak cintakan sayang lagi kan..." Aku bersuara lagi.

"Siapa cakap?" Keruh semula wajah suami aku. Aku sudah mengetap bibir tanda rasa bersalah kerana terlepas cakap.

"Err....abanglah..."

"Mana ada sayang. Abang cintakan sayang seluruh hati abang. Tengok walaupun kita bertikam lidah ada sayang nampak abang berkepit dengan perempuan lain? Abang lebih sibukkan diri dalam urusan kerja. Abang takde pun berubah ke perangai lama, contoh minum arak ke melepak sampai ke pagi buta ke. Walaupun abang balik lewat tapi urusan abang dengan kerja aje sayang."

Aku terdiam.

"Sayang tak percayakan abang lagi tak mengapalah. Takpelah abang balik dulu, bila sayang dah sejuk nanti sayang call abang. Nanti abang datang bawa sayang dan anak-anak kita balik. Baby dalam perut tu jaga baik-baik ya sayang. Terima kasih sebab bahagiakan hidup abang dengan kelahiran kedua nanti. Abang sayangkan sayang dan ketahuilah cinta kita cinta tersimpul rapi sayang. Cinta abang cinta hingga ke mati."

Suami aku mencium ubun-ubun aku dan aku mula rasa tidak sedap hati. Hati yang keras terus menjadi cair. Hampir sahaja suamiku dipintu bilik.

"Beg sayang tu tak nak tolong angkat ke? Tak kesian dekat mak buyung ni yang terhoyong-hayang bawak beg tu tadi dengan tangan memegang anak dara dia lagi."

Cepat-cepat Saiful Haizam berpatah semula dan mendapatkan aku. Aku sudah tersenyum, hilang semua rajuk.

"Terima kasih sayang...terima kasih. Kita balik rumah sama-sama ya. Janji jangan tinggalkan abang lagi? Minggu depan majlis Aiman."

"Yelah. Kalau abang buat lagi selepas ini, pintu pagar rumah mak pun jangan harap abang dapat lepas tau."

"Abang cintakan sayang...pintu pagar pun abang sanggup rempuh semata-mata nak pujuk sayang manja abang ni. Abang tahu sayang kalau merajuk tak lama kan. Tu muncung tu kalau diikat pakai getah nasi lemak pun boleh tu."

"Ada sat lagi kena hempuk ngan bantal ni. Kita dok berngongoi, dia boleh buat lawak lagi. Merajuk balik kang..."

"Dak aih..mana ada lawak, saja ja gurau."

"Abang..."

"Ye sayang..."

"Mintak maaf sebab keluar tak mintak izin dulu."

"Takpelah abang maafkan. Faham sangat kalau orang mengandung memang sensitifnya lebih sikit daripada biasa. Abang pun minta maaf ok."

Aku mengangguk dan terus mencium tangan suamiku. Saiful Haizam memeluk aku dengan penuh rasa kasih.

Mak dan ayah menggeleng sahaja melihat perangai aku yang macam budak-budak. Mungkin barangkali pembawa budak? Mana tahu kan? Perempuan mengandung memang macam ini, hormonnya tidak stabil itu yang mudah sangat mengalir airmata. Nak..nak lagi kalau suami mula buat perangai, tapi tak buat perangai pun suami tetap menjadi mangsa.

Maaflah kaum Adam, kami memang dikurniakan hormon terlebih sedikit daripada anda semua. Hu hu hu. Ciptaan Allah tiada siapa berhak persoalkan kan kan kan...

Kalau sudah cinta mati, apa pun dugaan kasih itu tetap hadir untuk menyulami semula rasa sayang yang yang sedikit tergores. Asam garam dalam kehidupan dalam berumahtangga. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan suami dan isteri.

**********

TAMAT

Peace Yo!

^_~

4 kata-kata pujaan:

MaY_LiN said...

alahai..
baiknya aiman

Anonymous said...

My Name is Helen Morgan, Daripada United Kingdom. Saya ingin berkongsi testimoni saya dengan orang ramai tentang apa yang doktor ini dipanggil Dr okojie rohani baru sahaja lakukan untuk saya, orang ini baru sahaja dikembalikan suami Ex saya kalah kepada saya dengan ejaan yang besar, saya telah berkahwin dengan seorang lelaki yang dipanggil Morgan kami telah bersama-sama untuk masa yang panjang dan kita sayangi diri kita sendiri tetapi apabila saya tidak dapat memberi kanak-kanak selama 2 tahun dia meninggalkan saya dan memberitahu saya bahawa dia tidak boleh terus lagi maka saya kini mencari cara untuk mendapatkan kembali sehingga saya melihat seorang testimoni tentang perkara ini doktor yang sama di internet mengenai bagaimana dia telah sembuh penyakit begitu banyak dan membantu orang lain dengan masalah yang sama, maka anda tidak akan percaya ini apabila saya dihubungi lelaki ini ke atas masalah saya dia bersedia musim ini dan dua hari selepas dia diberitahu saya bahawa beliau melalui dengan ejaan yang bekerja suami saya hilang kembali dengan lebih cinta di matanya, dan selepas sebulan saya terlepas bulan saya dan pergi untuk ujian dan keputusan yang dinyatakan sedang hamil am gembira hari ini adalah seorang ibu kepada seorang bayi Boy , dia berkata, saya juga akan hamil lagi jika saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi doktor yang hebat untuk apa yang anda telah lakukan untuk saya, jika anda berada di luar sana mencari mana-mana jampi atau penyembuhan:

(1) Eja untuk perlindungan dari bahaya

(2) untuk Eja sihir

(3) Eja cinta seks yang sama

(4) Eja untuk penyembuhan penyakit

(5) Eja untuk halimunan

(6) Eja untuk kekayaan dan kemasyhuran

(7) Spell untuk mendapatkan pekerjaan yang baik

(8) Eja cinta yang kuat dan hubungan

(9) Eja untuk membawa kembali bekas anda

(10) Eja untuk hamil

Anda boleh menghubungi doktor yang hebat ini pada drokojiehealinghome@gmail.com e-mel dan mendapatkan semua masalah anda diselesaikan .....

Camila Adrian said...

Nama saya Lena, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada doktor yang hebat saya yang benar-benar membuat hidup saya yang menyeronokkan satu hari ini. Ini lelaki yang hebat DR IREDIA membawa suami saya kembali kepada saya, saya mempunyai tiga kanak-kanak yang indah untuk suami saya. Kira-kira empat tahun yang lalu, saya dan suami saya telah menjadi satu pergaduhan yang lain sehingga dia akhirnya meninggalkan saya untuk seorang wanita. Saya rasa hidup saya telah tamat dan anak-anak saya fikir mereka tidak akan melihat bapa mereka lagi. saya cuba untuk menjadi kuat hanya untuk anak-anak tetapi saya tidak boleh mengawal rasa sakit yang menyeksa hati saya, hati saya dipenuhi dengan kesedihan dan kesakitan kerana saya benar-benar cinta dengan suami saya. Setiap hari dan malam i menganggap beliau dan sentiasa ingin dia akan datang kembali kepada saya, sehingga satu hari i bertemu rakan baik saya yang juga dalam keadaan seperti saya tetapi masalah beliau adalah bekas teman lelaki yang dia mempunyai kehamilan yang tidak diingini untuk dan teman lelakinya enggan bertanggungjawab dan dibuang itu. dia memberitahu saya bahawa saya adalah kes kecil dan bahawa saya tidak perlu bimbang tentang hal itu sama sekali, jadi saya bertanya apa penyelesaian kepada masalah saya dan dia memberikan saya alamat e-mel orang yang hebat ini. i telah meragui jika orang ini adalah penyelesaian, jadi saya dihubungi lelaki yang hebat ini dan dia memberitahu saya apa yang perlu dilakukan dan i perbuatan mereka semua, beliau memberitahu saya menunggu selama dua hari dan bahawa suami saya akan datang merangkak di kneels untuk mohon ampun saya jadi saya dengan setia itu apa yang manusia besar ini meminta saya untuk melakukan dan yang pasti selepas dua hari saya mendengar ketukan di pintu, dalam terkejut besar saya i nampak dia di kneels dan i terkedu, apabila dia melihat saya, semua dia menangis dan meminta saya untuk pengampunan, dari hari itu, semua kesakitan dan kesedihan di dalam hati saya terbang, sejak itu saya dan suami saya dan anak-anak yang indah kami gembira dan kita hidup sebagai satu keluarga. Sebab itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada DR IREDIA pertolongannya. Ini lelaki besar yang dibuat saya untuk memahami bahawa tidak ada masalah di bumi yang tidak mempunyai penyelesaian jadi jika anda tahu bahawa anda mempunyai masalah yang sama atau mana-mana masalah yang sama, saya akan menasihati anda untuk datang terus ke lelaki yang hebat ini. Hubungi dia dengan e-mel ini (drirediaherbalhome@gmail.com) dia ada untuk membantu anda.

Anonymous said...

MEMAKANKAN BAGAIMANA MENDAPATKAN SUAMI EX ATAU KEMAHIRAN EKAT? RAHARI LEBIH LANJUT DI SINI ADALAH PELUANG ANDA ANDA EMAIL YAKAYATEMPLE@GMAIL.COM ATAU PANGGIL +2347050270227 Saya GOT MINYAK DENGAN SPELL LOVE SANGAT KUASA.

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*