Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

30 October 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 25



PENAT berjalan-jalan siang tadi masih belum hilang. Aku yang keletihan tertelap sebentar di kerusi panjang dikejutkan oleh Hafiz dengan penuh sopan. Buka-buka mata sahaja wajah Hafiz terjengul betul-betul depan muka! Hampir-hampir sahaja. Phewww! Kalau menggeliat tadi memang sah akan terjadi EKSIDEN kali kedua. Oh! Cepat-cepat aku mengelak terus bergerak pantas menuju ke bilik air.

Gedegang! Tertutup pintu bilik air dengan kuat.

"Amboi sayang...takkan abang baru dekatkan muka protes sampai macam tu sekali? Tak sayang abang ke?"

Alamak! Apa nak cakap ni?

"Err....tak sengaja. Maaf."

Tiada jawapan balas dari Hafiz. Aku mengigit jari. Kes merajuk la tu.

"Awak..."

Diam.

"Awak..."

Diam lagi.

"Abang..."

Diam juga.

"Abang..."

Masih juga diam.

"Sayang..."

"Ye sayang...abang ada ni...tunggu sayang keluar dari bilik air. Kenapa? Nak abang mandikan ke? Kalau sayang izinkan abang masuk perkhidmatan percuma abang bagi sekali." Wah! Bila panggil sayang terus sahutannya berjela-jela. Aku tersengih terus mandi. Malas mahu melayan. Merajuk yang dibuat-buat rupanya! Cis!

"Sayang..."

"Abang tunggu aje kat luar. Intan dah nak mandi pun."

"Ok...." Nada hampa kedengaran. Kalau dilayan sangat memang menjadi-jadi sakatnya. Aku tersenyum. Bahagia pula rasanya!

Setelah berembun di dalam bilik selama setengah jam, aku keluar sambil mengelap rambut yang masih basah. Aku terjenguk-jenguk melihat kelibat Hafiz. Mana tahu dia buat aksi yang tidak terjangka oleh aku yang kaki melatah.

"Sayang..cepat siap...kita solat jemaah." Hafiz memanggil lembut. Termalu seketika. Hu hu hu.

Pantas aku mengambil kain telekung yang tergantung bersebelahan dengan tempat untuk bersolat. Walaupun rambut masih basah aku tetap sarungkan kain telekung untuk menunaikan fardhu solat yang menjadi kewajipan setiap manusia.

Seperti biasa terdengar kalimah-kalimah suci dari suara Hafiz membuatkan aku bertambah khusyuk dan terasa dekat dengan Allah. Ya kalimah agung Allah memang tidak dapat disangkal. Makin kita mendalami semakin kita mengerti bahawa Allah itu memang dekat dengan kita meskipun tidak nampak pada pandangan mata yang kasar. Nuraniku merintih tatkala Hafiz mendoakan kesejahteraan arwah ibu, ayah dan abang sulungku. Mengalir seketika airmataku mengenang orang-orang yang tersayang telah terlebih dahulu meninggalkan aku. Semoga arwah-arwah ditempatkan kalangan umat yang dikasihi oleh Allah.

Usai memberi salam, aku mencium tangan Hafiz sambil mengesat airmata. Hafiz memelukku lama. Terasa sedikit selesa. Hilang segala malu dan segan. Perempuan dengan airmata memang tidak dapat dipisahkan. Bagaimana pula dengan lelaki ya? Kata orang lelaki memang lemah sedikit melihat airmata perempuan. Adakah Hafiz sebegitu?

"Sayang...jangan menangis. Abang tak boleh tengok saya bersedih macam ini. Hati abang rasa pilu. Abang suka tengok sayang gembira macam dua tiga harini. Tiap-tiap yang hidup pasti akan mati. Kita tidak tahu bagaimana pula giliran kita. Cara kematian kita pun kita sendiri tak dapat nak bayangkan. Doakan sahaja kesejahteraan arwah semua. Abang minta sayang jangan menangis macam ini ya."

Nah! Hafiz lelaki seperti itu. Bahagianya bila dipujuk sebegini rupa. Rasa macam hendak menangis lagi kuat. He he he.

"Maafkan Intan...memang tak boleh nak tahan airmata Intan ni. Laju aje keluarnya."

"Mari sini abang ubatkan supaya airmata tu berhenti..." Hafiz mengenyitkan mata. Aku seperti selalu sekemanya tidak habis-habis.

"Ubat apa tu? Ada ke orang jual ubat jangan bagi airmata tumpah? Tak pernah pun Intan dengar sebelum. Dekat mana abang beli ubat tu? Bahaya tak?

"Mana satu ye abang kena jawab dulu? Sayang suka tanya soalan macam kapal terbang..." Hafiz tersengih. Aku pun tersengih juga. Padan muka aku. Hu hu hu...

"Errr...yang mana-mana pun abang boleh jawab dulu...hehehe" Aku sudah pandai ketawa di hadapan Hafiz Kalau sebelum ini menyorok-nyorok.

"Sayang kena pejam mata dulu. Baru nanti abang bagi ubat. Tapi sayang tak boleh main tipu ok. Kena tutup mata tu. Jangan curi-curi tengok."

"Macam pelik aje. Intan taaa....mmm..mmm..." Aku membulatkan mata.

"Itulah banyak sangat cakap. Kan dah kena. Ha ha ha..."

Muka rasanya sudah panas membahang. Kalau tengok cermin barangkali sudah merah padam. Ini bukan eksiden, tapi betul-betul punya! Tidak sempat hendak mengelak. Hafiz...Hafiz...

"Itu ubat dia. Kalau sayang menangis lagi lepas ini, abang bagi ubat itu aje. Setuju?"

"Mana aci! Abang main tipu...saja nak kenakan Intan kan..." Aku merajuk sambil menutup muka.

"Mana ada abang tipu. Habis sayang banyak sangat cakap...banyak sangat tanya dan suka mengalirkan airmata, abang buatlah trick ni. Halalkan?"

"Errkk...errr..errr...hmmmm..." Aku menunduk malu lagi. Kali ini malu ini betul-betul hao liaw punya!

"Sayang..." Lembut Hafiz memanggil diriku sebegitu. Tangannya sudah menggengam erat jari jemari aku. Terasa mahu melompat keluar pun ada. Aduhai.

"Err....ye...saya..." Macam biasa, tergugup-gugup aku menjawab.

"Terima kasih..."

"Untuk apa ya?" Wah! Kena lagi. baru teringat tidak boleh banyak soal. Hu hu hu...

"Jadi isteri abang...He he he..ada soalan lagi nak tanya?"

"Sama-sama, soalan dah kena kunci...tapi Intan nak ucap terima kasih dan mohon maaf juga pada abang.."

"Sama-sama sayang..."

"Aik...Intan belum bagitahu sebabnya..."

"Kalau abang soal, Intan buat macam ubat abang bagi tu ke? Kalau ya...abang tanya soalan banyak-banyak pun takpe ni...Ha ha ha..."

"Huh! Abang saja sakat Intan lagi ni tau... Ada terkena siku nanti kang..."

"Ok..ok...Ha ha ha..."

"Intan nak ucapkan terima kasih sebab abang sudi nak ambil Intan yang berhingus lagi ini jadi isteri abang. Kemudian sentiasa bersabar aje dengan kerenah Intan. Intan tak nak minta lebih-lebih cuma mahu abang sayang Intan seadanya. Sekiranya apa-apa pun berlaku, kita sama-sama harungi kehidupan yang baru ini bersama. Intan cuma ada abang, Kak Long, Hada, umi dan ayah abang." Aku menahan airmata dari mengalir keluar. Entah dari mana kekuatan untuk meluahkan rasa hati ini secara berterus terang. Barangkali aku sudah menerima kasih sayang dan diri Hafiz dengan redhanya. Terima kasih Allah.

Hafiz senyum dan merenung aku lama. Jarinya memegang wajahku dengan lembut. Aku termalu.

Tiba-tiba Hafiz bersuara setelah berdiam dan tersnyum agak lama...

"Abang nak minta hak abang malam ini boleh?"

"Hah!"

Tiba-tiba pandangan mataku menjadi gelap.

Y_Y

6 kata-kata pujaan:

Anonymous said...

at last ada gak n3 baru

Anonymous said...

boleh tak nak komen sikit!! biasanya kalau dah kahwin perempuan malu-malu pulak tapi sebelum kahwin amboi bukan main daring sampai perempuan yang oda lelaki.. intan... bila dah jadi isteri, anda harus faham perasaan suami! memanglah intan belum cinta pada suami tapi itu bukan rukhsah... niat tidak menghalalkan cara. sedikit sahaja suami tidak berasa redha intan dikutuk malaikat! perlu ke sampai nak pengsan???

DALIA NA ZA said...

anony 1 : maaf ye lambat sikit

anony 2 : belum tentu itu pengsan..sila tunggu next chapter orait :)..anyway thanks for reading..

cerita saya ini banyak tanda tanya...

MaY_LiN said...

aaaaaaa..pitam..
hikhikhik

blinkalltheday said...

myb intan cume terkejut, kan?maklum la die masih muda..hope intan akan pertimbangkan permintaan hafiz..dah nama pun bulan madu, kan?anyway, best n3 kali ni..

DALIA NA ZA said...

may lin : hik hik hik...pitam? bukanlah...baca lagi satu post ye...harini saya buat hatrick macam HAI-O semalam..hehehe (Piala Malaysia)

blink : Intan kan minah terkejut...he he he...baca next post ye...

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*