Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

23 December 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 30



PANAS punggung Intan Maisarah apabila dirinya direnung tanpa berkalih. Aircond yang sejuk mendingin itu mula terasa panas semacam. Berpeluh-peluh Intan Maisarah menahan perasaan segannya. Hafiz yang ditunggu-tunggu masih tidak kunjung tiba. Entah mengapa Intan Maisarah terasa begitu lama Hafiz naik ke bilik, padahal tidak sampai setengah jam pun. Intan Maisarah mengambil majalah yang ada dirak yang tersedia sebelah tempat duduknya untuk menyembunyikan wajah. Gugup punya pasal, sampai majalah pun jadi terbalik!

Lelaki yang merenunginya tadi mula bangun dari tempat duduknya. Intan yang mencuri-curi tengok disebalik majalah yang terbalik itu menjadi semakin gugup dan tidak sedap hati. Sudahlah kedudukan meja penyambut tetamu jauh dalam sepuluh langkah. Namun Intan tetap merasakan meja penyambut tetamu itu bagaikan beratus-ratus meter jaraknya. Bila Intan menundukkan wajah, ternampak sepatu berkilat lelaki tersebut. Makin buatkan Intan menjadi serba tidak kena.

Aduh! Mamat ni apahal pulak berdiri depan aku ni? Karang Hafiz datang jadi benda lain pun. Nanti dia ingat aku ni yang hendak menggatal ataupun erti kata lain ramah terlampau! Tapi tadi aku senyum aje pun. Bukan ada goda-goda sampai terkenyit-kenyit mata. Syoh! Syoh! Pergilah jauh mamat ini!

"Assalamualaikum...saudari..phewwitt...boleh berkenalan? Cun dan cantiklah saudari ini. Sudah ada yang berpunyakah?"

Intan menjawab didalam hati sahaja. Terkunci rapat bibirnya untuk menyahut salam secara vokal. Intan masih menundukkan wajah sampai terketar-ketar jari jemarinya. Aduh! Kenapa gugup semacam ini? Bikin malu sahajalah!

"Maaf saudari kalau kehadiran saya ini membuatkan saudari tidak selesa. Saya cuma nak tegur satu sahaja. Boleh ke baca majalah dalam keadaan terbalik?" Pemuda itu tersenyum dan buatkan Intan tersentak.

Macam mamat ini boleh perasan cepat?! Aduh!

"Err...terima kasih. Oklah saya minta diri."

Intan bingkas bangun dan meletakkan kembali majalah yang terbalik itu dikedudukkanya. Wajahnya sudah merona merah. Entah kenapa dadanya berdebar terlihat wajah pemuda itu. Kemudian Intan terasa seperti mahu mengajak bertomoi dengan pemuda itu. Kalaulah dia turunkan majalah tadi tentu tidak akan diusik sebegini. Hampeh betul.

Rupa-rupanya pemuda yang duduk sebelah kerusi aku tadi sudah beredar menuju ke meja penyambut tetamu. Pemuda yang menegur majalah aku terbalik rupanya Hafiz! Cis! Bikin wajah aku jadi panas tak tentu hala kerana malu tidak semena-mena.

"Abang!"

Aku menjerit memanggil panggilan manjanya. Seketika kemudian aku menekup mulut kerana terperasan orang yang ada sekeliling mula memandang ke arah kami. Kalah suara Ning Baizura bila aku sudah menjerit. Kenapalah Hafiz ini suka benar mengusik aku? Aku sudah masam mencuka dan Hafiz masih tidak henti-henti mentertawakan aku. Ini yang buatkan aku benar-benar hendak keluarkan jurus ke sembilan untuk 'membelasah' Hafiz! Arghh! Geram betul.

Waktu cuak begini dengan semangat angin kus-kus berani Hafiz menyakat aku. Nasib baik mamat yang macam nak terkeluar biji mata merenung aku tadi sudah beredar. Kalau tidak dengan dia sekali aku hempuk. Hafiz memang betul-betul buat aku sudah berhangin. Mood untuk makan malam bersama-sama kawannya semakin luntur.

"Sayang...janganlah marah. Abang saja sakat. Nasib abang yang tegur sayang baca majalah terbalik. Buat mamat tadi tu yang tegur makin teballah malu sayang kan..kan..kan.."

Hafiz masih tersengih dan aku masih macam mencuka. Rasa macam hendak 'wrestling" sekarang jugak. Tetapi nasib baik tengah berayu begini jadi aku hanya jadi ganas pada wajah. Tangan dan kaki terpaksa berkunci untuk menjaga kesejahteraan bersama. Kononnya.

"Abang, kalau ikutkan hati Intan tadi sudah lama Intan tomoi abang tau. Jomlah kita dah lewat ni. Tadi mengintai ke? Kenapa tak datang aje terus dan takdelah Intan baca majalah terbalik. Geram tau dengan abang ni."

Aku membebel. Amboi sejak dua menjak ini aku sudah membebel. Mulut kalau bercakap kalah Hada lepas ini. Hu hu hu.

"Abang saja nak tengok lelaki tengok sayang tu lebih-lebih ke tak? Tapi abang tengok dia setakat tengok wajah sayang aje jadi abang pun duduklah diam-diam dekat meja penyambut tetamu tu. Sayang pun satu, lain kali pastikan majalah tu tak terbalik ye. Apa-apa pun sangat comel bila tengok sayang menggelabah. Ha ha ha..."

Terjengil biji mata aku apabila terdengarkan pengakuan Hafiz. Cis! Kita punyalah berada dalam seram sejuk begi dia boleh buat bahan berjenaka. Ultraman! Superman! Tolong Intan! Intan geram betul ini. Aku lihat Hafiz dengan pandangan yang kecil. Rasa betul-betul hendak bertomoi. Tangan sudah siap-siap bertumbuk.

"Err...sayang...sayang..ok..ok..abang mintak maaf. He he he...jom sayang..lama dah kita dekat sini. Mesti diaorang dah tunggu kita lama."

"Abang pergi sorang-sorang...Intan takde mood dah. Nak tunggu Ultraman dengan Superman datang ajak main catur dengan sayang lagi bagus."

Hafiz ketawa lagi. Kali ini makin kuat gelak tawanya. Cis! Aku terus memukul bahu Hafiz dan tidak lama kemudian aku pun tergelak sama.

"Sayang...sayang...kelakarlah..."

Hafiz meraih tangan aku dan kemudian mengucupnya buat kesekian kali. Itulah ubat yang membuatkan hati aku sejuk kembali. Bagaimana agaknya waktu dia bercinta dengan Nadia? Beginikah kemesraan mereka? Mengapa tiba-tiba aku dipagut cemburu?

Tidak! Cemburu untuk perkara yang lepas adalah tidak sihat dalam alam berumahtangga. Hafiz pun sudah mengatakan bahawa dia dan Nadia hanya tinggal sejarah dan tidak mungkin akan berulang. Lagipun mereka tidak lama lagi akan mendirikan rumahtangga. Jadi tidak ada sebab untuk aku tiba-tiba merasa cemburu. Harapan aku agar janji Hafiz tidak akan terlerai. Sepertimana yang telah aku janjikan bahawa hati ini memang milik dia.

"Abang kalau buat macam ini lagi, jangan tidur dengan Intan lagi ye. Pergi tidur dengan kucing. Paling tidak tidur dekat sofa. Huh!"

"Mana boleh abang tidur dengan kucing"

"Kenapa tak boleh tidur dengan kucing? Intan boleh aje tidur dengan kucing."

"Tidur dengan kucing takde fil lah sayang. Kalau tidur dengan sayang boleh jugak buat bantal busuk abang."

"Bantal busuk? Punyalah wangi kata kita bantal busuk."

"Abang tak cakap sayang busuk tapi cuba saya bayangkan bagaimana orang kalau dapat bantal busuk. Bukan ke dicium bertalu-talu dan dipeluk erat?" Hafiz mengenyitkan mata dan aku terus kehilangan kata-kata. Entah mengapa ayat terakhir hafiz buatkan wajah merona merah kembali.

"Jom jalan, kalau layan abang banyak-banyak makin mengarut jadinya."

Aku menarik lengan Hafiz dan seketika kemudian aku terpanar. Hafiz mencium ubun-ubun aku. Aduh! Syahdu benar bila bercinta selepas berkahwin.

Ok! Cukup asyik cerita itu sahaja. Prototaip betul. he he he.

Kami beriringan bersama-sama menuju ke kereta yang telah disewa oleh Hafiz siang tadi. Malas mahu menyusahkan Pak Dzulkifli dan rakannya. Aku dan Hafiz kerap kali berpandangan bersama dan terkadang buatkan aku rasa berdebar hebat seolah-olah macam baru pertama kali berjumpa dan 'berdating'. Entah kenapa asalkan Hafiz menghampiri pasti aku akan berdebar-bedar. Auranya barangkali?

Aku terus melentokkan kepala dibahu Hafiz yang tegap itu. Hafiz tersenyum dan melonggarkan sedikit kedudukkannya untuk membuatkan aku rasa selesa. Kemudian tanpa segan silu aku mencium bahu Hafiz.

Ok. Aku makin cinta!

4 kata-kata pujaan:

MaY_LiN said...

amboi..
kemain lg dorg ni..
suwit

IVORYGINGER said...

ahaha... intan la bukan main lg. konon nk cover baca majalah pun tbalik. sib baik hafiz yg tegur klu mamat tu malu la mn nk letak muka klu jumpa skali lg. ahaks... ;D

Kak Sue said...

KENAPA PENDEKKK

DALIA NA ZA said...

may lin : hi hi hi

ivory : ingat nak buat mamat tu tegur...tapi better Hafiz ajelah yang mengusik..hehehe

sue : kalau panjang2 nanti takut boring dan meleret2..huhuhu..takpe2 next n3 saya buat panjang sedikir...sorry tau..huhu

dalia

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*