Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

23 January 2012

PILIHAN HATI



"AKU dah kata aku tak suka kau..maknanya keputusan aku muktamad! Aku tak suka E.N.G.K.AU...kalau tak faham pergi masuk sekolah balik belajar pandai-pandai dalam subjek bahasa melayu! Faham!"
"Kalau aku kata aku tetap suka kau..maknanya keputusan aku juga muktamad! Kau katalah apa sahaja, aku tak peduli! Kalau aku tak dapat kau cara baik aku guna cara lain, kau jangan menyesal Ayu Raudah!"

"Kau ...gila ke apa? Sampai nak menganiaya perempuan macam aku? Banyak lagi perempuan cantik-cantik kau boleh jadikan isteri. Perempuan kolot macam aku yang kau nak kejar sangat apahal? AKu rasa otak kau ni patut kena format baliklah Zaquan Aidil!"

Ayu Raudah mendengus kasar dan menolak tangan Zaquan Aidil yang cuba meraih jemarinya. Zaquan Aidil tersengih melihat keberangan Ayu Raudah. Kolot macam mana pun Ayu Raudah, Zaquan Aidil tetap menjadikan dia pilihan dihati.

Ayu Raudah berlari meninggalkan Zaquan Aidil yang tidak semena-mena mengganggu waktu santainya. Asal pergi berjogging pasti akan ternampak kelibatnya yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Entah apa nasibnya kali ini terserempak lagi dengan Zaquan Aidil yang tidak habis-habis mengacau waktu peribadinya.

Mentang-mentanglah satu taman perumahan. Lepas itu selalu memyibuk datang rumah lepas tu boleh siap lepak, makan sekali. Buat macam rumah sendiri pulak. Abang Ashraf pun satu, ajaklah lepak dekat kedai makan dekat luar ke, pergi karaoke ke ini tidak asyik ajak datang ke rumah. Sudahnya tidak pasal-pasal aku terpaksa mengadap mamat muka tembok ni! Boleh pulak buat lawak bengong mintak makan suap-suap kononnya praktis sebelum kahwin besok. Gila ke apa?

***********

MALANG sungguh nasib aku, entah kenapa hari ini tayar kereta boleh kempis pulak! Sudahlah lewat dari waktu yang sepatutnya hendak ke pejabat. Tayar spare pulak aku boleh terlupa hendak gantikan dengan tayar baharu! Aduh...abang Ashraf pulak pagi-pagi buta sudah keluar bekerja. Angin apa pulak yang melanda abang Ashraf pergi kerja seawal begini? Dan macam mana pulak tayar kereta aku tiba-tiba kempis? Semalam rasanya aku tidak keluar kemana-mana. Sebab mood sudah lari bila mamat senget ini datang bertandang ke rumah.

Terus langkah aku dimatikan apabila emak meminta tolong memasak untuk tetamu kesayangannya. Siap jadi anak angkat lagi! Tak cukup ke aku dengan abang Ashraf? Emak...emak... Ayah pulak tidak pernah bercakap apa-apa bila mak jadikan mamat senget ni hendak dijadikan anak angkat. Ayah tersenyum bila tengok aku orang pertama yang membangkang. Abang Ashraf bantai gelak bila mak cakap aku ini terlalu prejudis dengan orang sebaik Zaquan Aidil.

Baik? Phuiiiii... Baik konon... Pirah mabuk!

Guruh takde, kilat sabung menyabung tiba-tiba muka mamat ini tersengul depan pagar! Macam tahu-tahu pulak kereta aku tayarnya tengah kempis. Apakah berlaku satu komplot terancang untuk mengenakan aku agaknya? Aku tengok mamat senget kecik sahaja tau, rasa macam hendak cekik-cekik batang leher dia yang jinjang itu.

"Tayar kempis ye kak?" Sengaja 'provoke' aku waktu tengah berhangin baik punya. Kalau tak kawal emosi mahu sahaja kaut tumit tinggi aku melayang dan terpacak dekat hidung mancung mamat senget ni!

"Jangan nak perli-perli! Ini semua kau yang buatkan? Kau memang sengaja nak pedajal aku pagi-pagi Isnin kan! Kau ni memang menyakitkan hati akulah!" Aku sudah tidk peduli adab sopan bercakap dengan mamat senget yang berada didepan mata aku sekarang.

"Aaah...memang sengaja pedajal kau supaya pagi ini kau mesti kena naik kereta pergi kerja sama-sama dengan aku ya sayang..." Zaquan Aidil sengaja mengejek-ngejek aku.

"Kau ni kan memang manusia paling bengong aku pernah jumpa tahu tak. Huh! Geramnya...daripada aku naik kereta kau, baik aku pergi naik teksi lagi bagus lah!"

"Mana kau nak dapat teksi pepagi buta ni Ayu Raudah oii! Daripada kau jual mahal, baik kau terima aje tawaran aku kan senang kita rapatkan hubungan silatarurrahim yang telah sedia ada ni...kan kan kan..."

"Arghhh! Lama-lama aku boleh jadi sewel lah macam ni!" Aku sudah menjerit-jerit melepaskan amarah yang terbuku dihati.

"Ayu Raudah! Apa jerit-jerit pagi buta ni? Mak tak ajar perangai Ayu hodoh macam ini tahu. Kamu ni kenapa? Karang marah pulak jiran-jiran terdekat dengan kebisingan kamu." Mak yang keluar tiba-tiba menyergah aku yang tiba-tiba sudah hilang pedoman. Ini semua mamat senget punya pasal.

"Mak tengok tayar kereta Ayu. Mamat senget ni sengaja pedajal Ayu pagi-pagi buta! Dia sengaja kempiskan tayar kereta Ayu tu mak...Macam mana Ayu nka pergi kerja?" Aku sudah mengadu domba. Mamat senget ni boleh tersengih-sengih sambil tangannya masuk dalam poket. Macholah kononnya tu?

Nan hado!

"Tayar kempis? Oh malam tadi mak ajak abang kamu pergi market sekejap. Balik-balik abang kamu kata tayar kereta pancit. Malam tadi mak ketuk-ketuk bilik kamu tak buka-buka, mak dengan abang pergi ajelah pakai kereta kamu. Itulah dengar lagi ipod yang tersumbat dalam telinga kamu tu kuat-kuat." Penerangan mak tiba-tiba buat wajah aku merah padam sebab menyangka betul-betul si mamat senget ini pedajal aku. Rupanya Abang Ashraf yang pedajal adiknya yang comel ini. Patutlah berdesup pagi-pagi sudah hilang.

Errr...comel ke aku? Huhuhu...

Tahap kebengangan aku makin meluap-luap apabila mamat senget ini meminta kebenaran mak supaya tumpangkan aku terus ke pejabat. Mak pulak bagi keizinan tanpa terkeluar satu patah perkataan daripaa mulut aku saa ada setuju ataupun tidak. Mak pun komplot ke? Huwaaaa..

Lantas aku mengeluarkan blackberry bold 5 berwarna putih didalam handbeg coach berwarna merah. Aku ingin menelefon Abang Ashraf yang ingin bagi syarahan percuma daripada mulut aku yang nampak comel ini yang berlipstik berwarna pastel. Tup...tup mata aku tertancap satu message yang telah dihantar oleh abang aku yang kacak bergaya itu.

Ok, sila muntah!

Assalamualaikum wahai adikku yang comel selalu kena buli dari abangmu yang kacak dan macho ini. Maaf kerana telah terpancitkan kereta Honda Jazz kesayanganmu malam tadi. Oleh kerana ingin berjasa kepada mak dan tidak mahu menjadi anak derhaka. Abangmu telah memakai keretamu tanpa meminta keizinan. Adik-beradik jangan berkira ha... Oleh itu abang telah meminta tolong sahabat baik abang Zaquan Aidil yang hensem seperti pelakon Hugh Jackman itu menumpangkanmu wahai adikku. Jangan banyak songeh dan tumpang sahaja kereta Zaquan itu ok?

Terbaik dari abangmu..Peace Yo!

Hampir pitam aku membaca pesanan ringkas itu. Tapi pelik, bila aku tuduh mamat senget ini dia main mengaku sahaja. Nak ambil hati aku lah tu! Oleh kerana terdesak, hendak atau tidak aku memang tiada pilihan kenalah juga menumpang kereta Lancer Merah Hitam milik mamat senget ini. Tahulah kereta hot! Tapi sila jangan badjet hot dengan aku ok! Menyampah tau.

***********

SETIAP malam hantar pesanan ringkas yang buatkan aku hendak termuntah selalu. Jiwang bagaikan nak rak bunyinya. Eeeuuwww...tolonglah! Aku tak suka ye. Jiwang karat punya mamat senget ini. Muka aje macho tapi hati jambu betul! Kalau orang lain berbunga-bunga dapat pesanan ringkas yang berbaur romantika. Aku maaflah ye, memang tidak masuk dalam kamus hidup aku.

Assalamualaikum wahai puteriku yang comel selalu. Esok jangan lupa aku akan hantar dirimu lagi sekali lagi. Lagi bagus kalau hari-hari aku yang hantar. Kau tak perlu bayar minyak ataupun tol. Semuanya percuma asalkan kau berada disisi. Sayang kau selalu. Rindu aku tak? Mesti rindukan. Muah..muah..

Phuiii! Tak pepasal kena tumpang kereta mamat ini seminggu. Padahal tayar kempis aje pun. Esok dah tentu aku boleh pergi naik kereta sendirilah. Entah apa kena kedai kereta berdekatan dengan rumah mak ayah aku (belum mampu beli rumah sendiri hu hu hu) tutup seminggu. Nak kata tengah hari perayaan tidak jugak. Apasal kedai Robert boleh tutup seminggu pulak? Tak rugi ke? Orang berniaga ni kan nak untung-untung aje. Kalau rugi masing-masing sakit kepala macam nak pecah!

Aku terus padam pesanan ringkas itu. Klaau terus disimpan akan jadi berkulat pulak nanti. Hew hew hew...

Aku keluar daripada bilik dan terus hendak isytiharkan peperangan dengan abang aku. Sekali turun bawah aku tengok mamat senget ini ada dekat sini. Paling mengejutkan mak cakap dia akan tidur disini selama seminggu. Kata mak senang nak pergi dan balik kerja sama-sama dengan aku. Ini sudah lebih!

"Mak ni...mana boleh. Ayu boleh pergi sendiri. Abang Ashraf kan ada. Kereta abang Ashraf pun Ayu boleh tumpang jugak apa. Kenapa mesti kena naik kereta dengan mamat senget ni. Ayu tak nak!" Aku memberontak. Cukuplah siang tadi telinga aku hampir bernanah dengar mamat ini bercakap-cakap tanpa henti. Lepas itu dengan selambanya dia akan datang meminang aku hujung bulan ini jugak. Katanya senang ikat awal-awal supaya tidak ada yang berani hendak mencantas! Gila punya orang!

"Kereta abang besok boss abang nak tumpang. Abang ikut jalan tak sama tempat Ayu nak pergi. Tumpang ajelah si Zaquan ni."

"Mana boleh! Banyak cantik muka abang Ash, dah lah kempiskan tayar kereta Ayu. Lepas tu tak nak pergi betulkan pulak. Sekarang ni Ayu nak tanya kenapa kedai Robert boleh tutup seminggu? Kenduri apa Robert tu?"

"Eh...eh...manalah abang tahu kenapa kedai Robert tutup. Abang Ashraf mana ada syer dekat kedai Robert tu. Sukahati Robert lah nak tutup kedai seminggu ke sebulan ke. Kedai dia lantak dia lah. Ayu ni teruk betul la prejudis dekat orang!" Abang Ashraf pula bersuara lantang. Sekarang ini aku yang patut marah ke Abang Ashraf eh? Terkeliru sekejap.

"Mak...Ayu tak nak pergi dengan Zaquan tu..."

"Jangan bantah cakap mak Ayu, zaman sekarang ni bahaya tahu. Kamu itu perempuan, kena berjaga-jaga. Sementara si Zaquan tu ada tumpang ajelah. Bukan kita tak kenal si Zaquan tu. Dia dah jadi anak mak pun. Kamu jangan nak mengada-ngada sangat Ayu."

Aku rasa hendak melalak sekarang jugak. Tiba-tiba aku berlari dapatkan ayah.

"Ayah tak nak masuk campur. Dalam rumah mak kamu adalah mem besar. Tumpang sahajalah Zaquan tu. Sejuk sikit perut mak dengan ayah kalau kamu pergi kerja dengan orang yang dikenali. Naik teksi tu belum tentu selamat Ayu."

Apakah...apakah... ini satu komplot yang terancang? Aku sudah berputus asa. Benar kata ayah, mak memang mem besar apabila berada dalam rumah. Apa yang mak suruh, memang kena buat. Nanti kena label anak derhaka.

Aku mendengus kasar apabila terpandangkan Zaquan Aidil sudah menyengih tanda kemenangan. Mangkuk tingkat punya mamat senget! Takpe...takpe ini hari adalah hari aku...esok lusa hari dia pulak. Kau tunggulah mamat senget! Pembalasan akan terbalas suatu hari nanti. Ini Ayu Raudah Binti Mohammad Razif. Pantang mengalah sebelum dicabar! Kalau tak cabar, takkan mengalah pulak?

Aku menghentakkan kaki sewaktu naik tangga masuk ke dalam bilik. Protes punya pasal, aku tidak mahu makan malam bersama-sama dengan mereka. Aku masuk ke dalam bilik menghempaskan diri diatas katil. Nasib baik tilam lembut, kalau kerasa macam batu tentu malam ini aku sudah tidur didalam wad kerana mengalami kecederaan.

Telefon bimbit berbunyi lagu shuffle. Pergh! Urban betul aku ini! Aku membaca pesanan ringkas itu dan terasa hendak turun kebawah karate mamat ini cukup-cukup.

Assalamualaikum sayang. Kau pergi ajelah dengan aku. Jangan banyak songeh. Bahagialah aku untuk seminggu ini. I Love You sayang. Muah..muah..

Aku sudah menumbuk-numbuk bantal peluk untuk melepaskan geram. Memang aku geram tahap supersaiya sekarang ini!

Zaquan Aidil kau memang mamat physco!

**********
 
AKU rasa hendak menangis berguling-guling sekarang jugak. Mamat senget ini aku ingat dia main-main sahaja perihal nak pinang aku. Sekali betul-betul baik punya dia hantar rombongan meminang! Memang terbaik dia punya physco! Mak, ayah dan abang Ashraf semuanya bukan main bersetuju bila memet senget ini suarakan keinginannya untuk menjadikan aku sebagai isteri yang sah.
 
Aku punyalah protes tahap gaban untuk menolak pinangan itu. Tetapi selepas ayah membuka suara setelah sekian lama berdiam membuatkan aku pula yang terdiam dan terkelu seribu bahasa. Biar betul ayah?!
 
"Ayu tak nak! Ayu tak setuju! Ayu tak hingin nak kahwin dengan mamat senget tu! Mak dengan ayah tak boleh buat Ayu macam ini. Ayu anak mak dengan ayahkan...mana boleh buat macam ini..." Aku sudah bersuara lemah. Airmata sudah mahu merembes keluar.
 
"Ayu...mak tengok Zaquan tu baik tau. Hormat orang tua, solat tak tinggal, makan pun berabad, kerja pun baik, keturunan pun baik juga dan paling penting mak dengan ayah memang berkenan sangatlah. Sesuai jadi menantu mak dan ayah. Lagi satu mak dah anngap dia macam ahli keluarga sendiri Ayu. Rugi tau kalau Ayu tak terima lelaki ada rupa kacak macam itu." Mak memujuk dan terdengar ayah berdehem-dehem apabila terkeluar ayat terakhir itu.
 
Aik! Ayah takkan cemburu kot?
 
"Tapi Ayu tak suka dia mak. Jangan cinta, sayang pun tak terkutik. Kan mak dah anggap dia macam anak mak. Biarlah sampai itu aje statusnya. Janganlah mintak Ayu pulak tukar status mak."
 
"Kalau Ayu tak terima pinangan ini, ayah akan tarik balik kereta Honda Jazz yang Ayu pakai sekarang. Jawatan Ayu dalam syarikat pun ayah akan tarik jugak. Terpulang pada pilihan Ayu sekarang." Ayah bersuara dan membuatkan aku tersedak. Biar betul!
 
"Ayah...sampai hati ayah buat anak kesayangan ayah macam ini tau."
 
"Take it or leave it." Itu dia sekali ayah keluarkan titah perintah yang memang tidak boleh lagi disangkal. Lagi-lagi aku yang keras kepala macam batu bongkah yang besar.
 
Airmata aku sudah merembes keluar. Kenapalah keluarga aku boleh kenal dengan mamat ini!
 
"Terima sahajalah adikku yang comel. Zaquan tu sesuai dengan kau dik. Dia sahaja yang larat layan kerenah mengarut kau dik. Kalau lelaki dah lama angkat kaki surrender. Zaquan memang serius dengan kau tu lah dik sampai hantar pinangan hujung minggu ni. Kalaulah abang ini perempuan, dah lama abang menari-nari dalam bilik dik...he he he."
 
Abang aku ini buat lawak tak jadi pulak. Aku terus naik ke bilik dan menangis semahu-mahunya. Mengapalah aku perlu hadapi semuanya ini!
 
"Hello!" Kataku kasar.
 
"Assalamualaikum..."
 
"Waalaikumsalam! Jangan nak perli akulah! Aku nak kau hentikan rancangan kau hendak datang rombongan minggu ini! Kalau tidak...kalau tidak..."
 
"Kalau tidak apa sayang?"
 
"Bencilah aku dok sayang...sayang daripada tadi!"
 
"Jangan marah-marah nanti jadi rindu. Oklah aku nak tidur, kita jumpa hujung minggu ni ya sayang. I love you so much. Good night."
 
Klik!
 
Aku belum habis bercakap mamat senget ini sudah menutup panggilannya. Kurang asam jawa betul! Paling sadis dia offline terus! Huh! Tak nak bagi aku telefon lagi lah tu. Tiba-tiba pintu bilik diketuk perlahan. Siapa lagi kalau bukan mak yang datang memujuk.
 
"Ayu....ayu..bukak pintu ni nak..." Lembut kedengaran suara mak. Ini yang aku lemah kalau mak buat suara lemak merdu ala-ala Siti Nurhaliza nyanyi lagu Cindai.
 
"Masuklah mak...pintu tak berkunci pun." Aku bersuara lemah.
 
"Mak nak cakap sikit dengan Ayu."
 
"Ok..."
 
"Ayu terimalah diri Zaquan tu nak. Mak tengok dia memang pilihan tepat untuk Ayu. Lagipun kalau dapat restu mak dan ayah tentu bahagia hidup kamu Ayu. Esok-esok kalau mak dan ayah takde, Zaquan dapatlah jaga Ayu dengan baik.
 
"Mak...kenapa cakap macam itu...Ayu tak sukalah..."

"Sayang...ajal maut tidak kira masa Ayu. Bila-bila masa sahaja Ayu. Mak harap Ayu terimalah pinangan dari Zaquan tu ya nak. Buat solat isthikarah untuk memohon petunjuk dan ketenangan. Mak tahu Ayu anak yang baik dan mendengar kata kan?" Mak memeluk aku dan membuatkan airmata aku mengalir laju. Apalah yang dapat aku hadiah hanya untuk memberi sedikit jasa terhadap pengorbanan yang mak dan ayah telah taburkan untuk aku sampai dewasa?
 
"Ayu ikut cakap mak dan ayah..." Aku tersedu-sedu. Aku tidak kisah kalau hilang kereta ke, jawatan ke tapi aku tidak boleh tahan kalau mak cakap soal kematian. Memang aku akan menjadi manusia yang paling hiba nanti.
 
"Mak dan ayah mahukan yang terbaik untuk Ayu...terima kasih Ayu..."
 
"Jangan cakap macam itu mak. Ini tanggungjawab Ayu untuk membalas jasa mak dan ayah kerana telah bersusah payah membesarkan anak bernama Ayu Raudah." Aku peluk mak kuat-kuat. Akhirnya mak dan aku tidur dalam pelukan.
 
Rindu waktu jadi kanak-kanak rebena dulu. Hu hu hu.
 
**********
 
URUSAN peminangan telah selesai dengan meriah. Pemantun kedua belah pihak memang boleh tahan berjual beli. Sambil diiringi gelak dan tawa yang tidak henti-henti. Aku dari tadi hanya mendiamkan diri. Tidak ambil pusing apa yang berlaku dipersekitaran aku pada ketika ini.
 
Jari manis aku disarungkan dengan cincin emas yang disulam dengan seketul batu permata. Lama aku memerhatikan jari aku sendiri. Tidak lama kemudian mamat senget ini datang menghampiri aku. Nasib baik ramai orang, kalau tidak sudah lama aku karate mamat senget ini patah dua puluh empat!
 
"Cantik..."
 
"Hai...baharu perasan ke aku ini memang cantik?" Bahasa aku memang tahap mintak penampar kalau tidak ada kesabaran yang tinggi didalam hati.
 
"Aku bukan cakap kau. Aku cakap langsir dalam rumah ini." Zaquan Aidil berseloroh padahal matanya tidak berkelip-kelip melihat wajah polos milik Ayu Raudah. Selama ini dia tidka pernah melihat wajah Ayu Raudah bermake-up. Walaupun nampak simple namun ayunya memang terserlah. Sesuai dengan namanya, Ayu Raudah...
 
"Pergi sanalah. Menyampah tengok muka kau tak..."
 
"Jangan menyampah sangat, nanti rindu dekat wajah hensem aku baru tau...Oklah, jumpa esok."
 
"Huh!"
 
"Ingat lagi tiga bulan kita akan bernikah, dalam tempoh ini saya tidak akan ganggu awak supaya awak tak tension. Saya akan jumpa awak sewaktu hari pernikahan kita. Saya minta maaf kalau saya ada buat salah dan sengaja menyakitkan hati awak. Apa-apa pun saya sayang awak pada hari pertama saya datan menjejakkan kaki dirumah ini. Hati saya terus terpaut memandang wajah polos awak. Paling saya suka bila denganr awak mengomel panjang-panjang. Kalau sudah sayang kena maki banyak kali pun takpe."
 
Hambik! Sekali Zaquan Aidil meluahkan perasaannya. Aku terkaku dan terpanar seribu bahasa. Kalau benar aku menyampah tetapi kenapa hati aku tiba-tiba melonjak gembira? Terasa bahang bahagia ini.
 
Lagi satu baharu aku perasan, dia gunakan bahasa saya awak pulak. Aku sahaja yang guna bahasa yang teruk ini. Haih! Mak dan ayah tidak pernah mengajar aku menjadi manusia kurang ajar sebegini. Bikin malu sahaja!
 
Aku terkebil-kebil memandang Zaquan Aidil berlalu pergi bersama ahli rombongannya untuk pulang.

Aku masih seperti tadi, terkelu diam seribu bahasa. Tiba-tiba...
 
"Sayang...awak pilihan hati saya....Ingat tu..."
 
Aku rasa nak pengsan apabila Zaquan Aidil selamba menjerit sebegitu dikala orang masih lagi ramai bertandang dirumah. Mamat senget ini memanglah! Betul-betul buat jnatung aku mengepam darah dengan laju.
 
**********
 
SUDAH hampir dua bulan lebih berlalu, kelibat Zaquan Aidil memang benar-benar tidak kelihatan. Pesanan ringkas tidak berjawab. Wajahnya sudah lama tidak terjengul kemari. Telefon pun tidak berjawab langsung. Kemana pulak hilang bakal suami aku ini?
 
Chewah! Bakal suami? Aku tersipu-sipu malu. Apakah kini dia sudah mendapat tempat didalam hati? Jawapannya ia setelah aku membuat solat isthikarah beberapa minggu ini. Memang wajah dia yang muncul didalam mimpi. Aku mohon pada ALLAH supaya lembutkan hati aku menerima Zaquan Aidil dengan sepenuh hati.
 
Tapi kini aku semakin rindu pada wajah itu. Kemana dia menghilang?
 
"Ayu...mari minum..."
 
"Baik mak..."
 
"Kenapa mak tengok Ayu macam orang susah hati? Jangan fikir banyak-banyak lagi dua minggu Ayu dah nak jadi isteri orang. Ingat pesan mak ya Ayu. Dah kahwin nanti tak boleh dah nak beraku dan engkau dengan Zaquan tu. Kena hormat dia sebagai seorang suami."
 
Aku hanya mengangguk lemah, Mak tidak tahu bahawa aku mula menyimpan perasaan terhadap Zaquan Aidil. Hati dicarik-carik merindui wajah itu yang sekian lama tidak nampak bayangnya. Zaquan menunaikan janjinya. Aku pula macam ayam berak kapur apabila mula merindui wajah yang mula mendapat tempat dalam sanubariku.
 
"Mak...Ash keluar sekejap. Nak jumpa kawan."
 
"Abang...err..err..nak jumpa Zaquan ke?" Tiba-tiba aku menyoal tanpa segan silu. Ah! Lantak kalau abang aku nak mengejek atau sindir sekalipun.
 
"Tak...ini kawan lain. Aid nama dia. Kau kenapa dik? Angau dah ke?" Sekali das aku kena. Memang betul abang aku dan Zaquan itu sekepala!
 
"Saje nak tanya. Malam sikit nak angau-angau. Ini Ayu Raudah tau..." Aku menafikan keadaan yang sebenarnya. Memang aku sudah angau dan gila bayang hendak melihat senyuman Zaquan Aidil yang nakal serta berlesung kiri dan kanan.
 
"Tak mengaku lagi tu..."
 
"Sudahlah..malas nak layan abang ni. Memang tak masuk satu pasukan langsung!"
 
Abang Ashraf menjungkitkan bahunya. Lantas bersiul-siul kecil menuju ke kereta.
 
Siapa pulak Aid? Makwe baharu abang ke? Boleh tahan jugak abang aku ini menyorok buah hati dia ye. Ini kena mengadu dengan mak ni. Ha ha ha. Gelak jahat sudah muncul. Mak memandang aku sambil menggeleng. Mesti mak pun akan cakap aku sudah gila bayang!
 
"Ayu Raudah gila bayang dengan Zaquan Aidil!" Tiba-tiba abang menjerit dan membuatkan aku tersedak air kopi panas yang sedang dihirup. Abang aku ini memang sengaja nak bagi aku masuk hospital barangkali! Suka-suka dia menjerit yang berbaur sindiran. Cis!
 
Mak tersenyum-senyum memandang aku. Aku menghela nafas perlahan-lahan.
 
Kemana pula Zaquan Aidil pergi? Semua urusan mak yang selesaikan, aku hanya angguk sahaja kalau mak pilih itu dan ini. Kad pun mak jugak yang selesaikan dan aku tetap jugak angguk-angguk. Sewaktu penyerahan kad kepada kawan-kawan sepejabat, semuanya terkejut. Angin tak ada ribut tak ada diaorang dapat berita aku hendak berkahwin. Dalam tempoh bertunang ini memang aku tidak nampak kewujudan Zaquan Aidil.
 
Semua orang bertanya itu dan ini dan membuat aku semakin tertekan. Rasa hendak menjerit takut ramai yang kata aku sudah mereng. Ya! Memang aku sudah mereng dan sewel semenjak Zaquan Aidil menyorokkan diri.
 
Tarikh pernikahan sudah tidak lama. Baju untuk fitting masih lagi belum selesai. Alih-ali aku sudah malas hendak berfikir aku hantarkan satu pesanan ringkas yang terakhir. Lantak dia nak datang ataupun tidak, janji aku dah selesaikan baju aku.
 
Assalamualaikum. Petang ni saya pergi fitting baju. Awak nak datang sekali ataupun tidak... terserah. Bye. 
 
**********
 
SETIBANYA dikedai pengantin memang tidak kelihatan kelibat Zaquan Aidil. Bila aku dah bersetuju nak berkahwin dengan kau tup...tup kau hilangkan diri kan! Memang aku menyampah dengan kau Zaquan Aidil! Hati aku sedih sebenarnya sebab aku rasa macam dipermainkan pulak. Sengaja nak menduga aku ke apa? Macam mana nak duduk sebumbung kalau hati aku selalu disakiti?
 
-tempat yang perlu dibetulkan." Usul pembantu kedai yang bernama Rosmina itu. Orang"Cik Ayu, bajunya dah siap. Bolehlah dicuba untuk kali terakhir mana tahu ada tempatnya memang lembut dan cantik.
 
"Ok...pihak lelaki ada datang cuba tak?" Aku bertanya.
 
"Rasanya dah sampai tadi, sebelum cik Ayu sampai."
 
"Errr...ye ke? Oh...kalau macam itu takpelah. Saya akan panggil Cik Mina kalau saya perlukan apa-apa ya. Sebelah mana Encik Zaquan masuk bilik untuk mencuba baju? Saya ingat saya nak tunggu dia."
 
"Kalau macam itu baiklah. Bilik Encik Zaquan sebelah aje bilik yang Cik Ayu nak mencuba baju ni."
 
Aku mengangguk laju. Cis! Dah sampai bukan nak bagitau aku. Kalau tak nak bercakap sekalipun, hantar sahajalah pesanan ringkas! Ini tidak datang fitting baju pun hendak sorok-sorok daripada aku. Entah penyakit apalah yang si Zaquan ni hidap!
 
"Awak...awak ada dekat dalam ke? Kenapa tak nak jumpa saya lagi? Kita dah nak nikah dalam beberapa hari aje lagi. Sampai hati awak eh." Aku bersuara daripada luar. Orang didalam senyap sunyi tiada jawapan.
 
"Kenapa dengan awak sekarang ni? Awak sengaja nak permainkan saya ke? Kenapa langsung tak nak jumpa saya?" Bertalu-talu soalan aku lemparkan namun masih tiada jawapan.
 
Setelah lama Zaquan berdiam diri, aku sudah berputus asa. Lantas baju yang berada ditangan aku pergi mencuba dengan perasaan yang lemah. Macam mana nak kahwin kalau jadi macam ini? Kenapa hati aku rindu sangat dengan usikkan daripada Zaquan? Aku teringat-ingat lunak suara Zaquan yang aku dengari hampir tiga bulan yang lalu.
 
Aku menyarung baju persandingan berwarna merah jambu bercampur ungu lembu itu. Tiba-tiba airmata mengalir dengan hiba. Aku sedih sebenarnya semenjak Zaquan menghilangkan diri. Disaat hati sudah mula jadikan dia sebagai orang terpilih tiba-tiba jadi kelam sebegini. Aku menyeka airmata yang masih berbaki dan menghela nafas perlahan-lahan.
 
Aku keluar daripada bilik fitting yang tersedia itu. Mataku tertancap dengan wajah lelaki yang tersembul didepan muka. Siapa pulak lelaki ni? Kenapa baju dia sama warna dengan warna baju yang aku pakai? Ada orang pakai jenis baju yang sama ke? Spoil betullah!
 
Aku menjeling sahaja lelaki yang berjambang ini tersengih-sengih. Apahal pulak tersenyum-senyum pandang aku ni? Aku menjeling.
 
Tiba-tiba lelaki ini tersenyum. Eh..eh...mamat ini sewel ke? Kesian sewel sebelum kahwin. Jambang penuh dimuka langsugn tidak hiraukan. Agaknya pengantin perempuan dia lari kot? Memandai aku buat telahan entah-entah memang fesyen dan gaya lelaki ini sebegitu.
 
Lelaki ini tersengih sambil berdiri sebelah aku. Aku terkedu. Biar betul mamat ni! Eh apsal mata dia macam aku kenal aje.
 
"Maaf sebab dah lama diamkan diri. Ingatkan harini dapat lari tapi hati ini rindu sangat jadi sanggup tunggu sampai awak keluar dari bilik persalinan. Cantik bakal isteri saya..."
 
"Eh...eh...kau ni siapa? Suka-suka nak berdiri sebelah aku pulak. Kau ni salah oranglah! Aku bukan bakal isteri kau orang gila!" Aku berkata kasar. Kalau mak dengar memang lebam peha aku kena cubit. Mamat jambang ini pun satu tiba-tiba datang gila dia berdiri rapat-rapat. Hampeh betul!
 
"Hmmm...cakapla apa awak nak. Tinggal lima hari lagi kita akan bernikah dan bersanding. Jaga kesihatan awak baik-baik ya. Lega hati saya dapat hilangkan rindu walaupun dapat tengok muka awak sekejap. Ayu Raudah, saya cintakan awak. Selamat tinggal saya balik dulu. Assalamualaikum..."
 
Aku diam terkaku macam patung yang tengah menjadi model untuk memperagakan baju pengantin masa kini. Kenapa lelaki ini kata-katanya sama seperti Zaquan Aidil? Kenapa hati aku rasa berdebar apabila terdengarkan bait-bait kata itu? Zaquan Aidil kah itu? Tapi takkanlah...
 
"Cik Ayu....ok ke bajunya?"
 
Pembantu kedai, Rosmina datang menghampiriku. Aku masih terdiam dan merenung kelibat belakang lelaki yang sudah beransur pergi. Mata aku tidak berkelip-kelip memandang pintu keluar itu sampai hilang bayangan lelaki yang berkata romantis kepadaku sebentar tadi.
 
"Cik Ayu....Cik Ayu....cik ok ke?" Rosmina melambai-lambai ke arah aku. Aku tersedar.
 
"Eh...ok..apa dia tadi Cik Mina...err..saya...ok..eh..ok ke? Eh..baju ini...allah...apa yang saya mengarut ni?"
 
Rosmina menggeleng dan tersenyum memandang aku.
 
"Cik Ayu pening ke? Nak saya ambilkan air tak?"
 
"Saya nak tanyalah...ada lagi ke pasangan yang pakai yang sama macam kitaorang?"
 
"Eh, tak adalah Cik Ayu. Hanya Cik Ayu dan Encik Zaquan yang pakai baju warna ini. Lagi pulak rekaan ini satu sahaja, tiada yang lain. Kenapa Cik Ayu?"
 
"Maknanya tadi...lelaki yang tadi tu...yang dekat kaunter tadi tu...orang yang sama lah?"
 
"Hah? Tak fahamlah Cik Ayu..."
 
"Lelaki tadi..yang berjambang tadi tu..." Soalku lagi sekali lagi.
 
"Itulah Encik Zaquan...kenapa Cik Ayu?" Jawapan Rosmina membuatkan aku terduduk.
 
"Apa?!"
 
**********
 
AKU keluar daripada bilik untuk upacara ijab dan kabul akan dijalankan. Pengantin lelaki membelakangi aku. Wajahku menunduk memandang ke arah lantai. Setelah semuanya selesai, aku dihadiahkan set pegelangan tangan emas untuk upacara pembatalan air sembahyang.
 
Aku memandang wajah Zaquan Aidil yang aku sangka masih berjambang. Alangkah terkejutnya aku apabila terpandangkan wajah yang sudah licin dan bersih.
 
Handsome betul suami aku!
 
Eh..eh...haritu jual mahal. Hu hu hu
 
"Abang sayangkan Ayu Raudah sepenuh hati abang. Semoga penikahan ini membawa kebahagiaan untuk kita tempuhi bersama. Abang mengharapakan sayang dapat menerima diri abang seadanya seperti mana abang menerima keadaan diri saya yang ganas lagi garang jadi isteri terbaik abang. Maafkan abang kerana menghilangkan diri sebab nak bagi Ayu ruang supaya tak rimas kena sakat dengan abang."
 
Aku terpanar.
 
"Jangan tengok abang lama-lama sayang. Geram."
 
"Ish..tak malu ke abang ni? Jomlah keluar kita tolong apa yang patut."
 
"Tak nak...nak duduk dekat-dekat dengan sayang..."
 
"Mengadalah! Jom sental kuali dengan periuk yang berlonggok dekat luar tu."
 
"Pimpin tangan abang sayang..."
 
"Ya Allah...abang..."
 
"Ok...ok...jom...jom..."
 
**********
 
Itulah dahulu benci sangat. Bila sudah hilang dari depan mata mulalah rindu setengah mati. Kalau cinta terus-terang sahaja, tidak perlu sorok-sorok perasaan sebenar. Nasib baik jadi kahwin kalau tidak angau separuh nyawalah kau Ayu Raudah oii...
 
TAMAT

2 kata-kata pujaan:

MaY_LiN said...

wawawa..
kemain lagi c zaquan tu ya..
ngengada..
hihihi..tula..laser lagi c ayu tu..
kan da jadi laki..

DALIA NA ZA said...

may lin : hik hik hik...

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*