Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

25 August 2010

SEUTAS RINDU BUAT KAMU

LOCENG berbunyi menandakan sudah sampai waktu rehat. Ramai yang berpusu-pusu ke kantin sekolah mencari makanan untuk dijamah. Tidak terlepas juga sekumpulan remaja perempuan yang melangkah seiringan menuruni anak tangga bersama.

“Eh, harini kita nak bedal apa?” soal Mastura.

“Kita bedal apa yang boleh dibedallah. Takkan nak duduk terconggok dekat meja kantin pulak...” Balas Marini selamba dan membuatkan Mastura menjadi geram.

“Memanglah kita bedal apa yang boleh dibedal. Masalahnya bukan sedap sangat makanan makcik kantin sekolah ni buat. Kadang-kadang tak berselera aku nak makan. Balik-balik menu yang sama. Tak nasi lemak, nasi ayam lepas tu laksa lepas tu lagi bihun sup dan mee goreng. Kembang tekak aku!” balas Mastura semula tanda tidak berpuas hati.

“Eh korang berdua ni. Sudahlah, pasal makanan pun nak bergaduh ke? Kita tibai yang boleh mengenyangkan perut sudah. Sedap tak sedap belakang cerita.” Tiba-tiba aku mencelah supaya tiada perbalahan berterusan.

Marini dengan Mastura memang selalu tak sebulu dalam segala hal tapi tetap bersahabat baik. Masing-masing bukan jenis yang simpan di dalam hati. Aku baru berkenalan dengan diaorang semasa aku bertukar sekolah di tiingkatan empat.

Mastura, Marini dan Nor Azura merupakan orang yang mula-mula menegur aku di dalam kelas dan sering mengajak makan bersama setiap hari ketika waktu rehat. Lama kelamaan kami menjadi satu geng. Kemana sahaja pasti bersama sehinggalah ke tingkatan lima. Bezanya ada yang suka itu tapi tak suka yang ini dan ada pula yang suka ini tapi tak suka pula yang itu. Namun yang paling bagus ada yang suka kedua-duanya. Macam-macam kan.

“Kita tibai nasi ayam sajalah. Janji perut tak kebulur. Apa plan balik sekolah ni?” Kata Marini.

“Alamak harini aku kena balik awal! Tak boleh nak balik lambat. Korang faham-faham sajalah mak aku. Kuat membebel betul kalau aku balik lambat. Bila aku cakap ada kelas tambahan mak aku tak percaya pulak.” Jawab Azura.

“Mak kau ni susah betullah. Bukan tak kenal kita semua pun. Pernah juga datang rumah kau belajar sama-sama. Takkan tak percaya jugak. Nak belajar sama-sama dekat perpustakaan pun susah.” getus Marini dan Azura terdiam. Aku menyiku lengan Marini tanda tidak gemarkan kata-kata Marini sebentar.

“Tak mengapalah Zura kalau kau tak boleh nak join. Mungkin mak kau tu risau sangat dengan kau. Dah jangan nak memekak lagi. Aku nak makan ni, kebulur tahu tak. Kalau korang nak memekak pergi tempat lain.” Sudahnya aku pula yang naik angin.

Aduhai kawan-kawanku kalau berterusan begini alamat tak makanlah jawabnya. Asyik bercakap saja. Kadang-kadang pening dengan perangai setiap sorang. Nasib baiklah sayang korang semua.

“Korang berambus, ini tempat kitaorang!” Tiba-tiba datang Zanita dan rakan-rakannya mengherdik aku dan teman-temanku. Aku buat tidak peduli. Terus menjamah makanan. Nama pun lapar.

“Eh, apa pulak! Kitaorang yang sampai dulu. Nasiblah kan, kalau korang nak duduk tu meja sebelah sana di tepi longkang tu!” Balas Mastura tanda geram dan aku masih buat tak peduli.

“Kurang ajar! Kau ingat muka aku ni tak ada standard ke?” Balas Zanita semula. Tak nak mengalah tu.

“Mana…mana? Dekat mana muka kau ada tunjuk standard tu? Tak nampak pun cop sirim standard dekat muka kau tu. Setakat foundation tebal 5 inci adalah.” Sahut Marini pula dan yang lain hanya tersenyum. Aku seperti biasa malas nak layan. Terus saja makan. Memang dari tingkatan empat lagi si Zanita ni pantang nampak aku ada saja penyakit dia datang memekak. Faham sangat dah. Jalan terbaik buat derk.

“Bodoh punya perempuan-perempuan dekat meja ni. Mulut kurang ajar. Perangai semua macam jantan saja aku tengok. Yang sorang ni lagilah, menyemakkan mata sejak datang sekolah ni!” Zanita membalas tanda masih nak menangkan diri sendiri dan tak semena-mena kepala aku ditunjal.

“Kau apahal? Apa masalah kau ni? Kau nak memekak pergi jauh-jauh sikit boleh tak? Aku dengan yang lain-lain nak makan. Bukan nak dengar mulut kau yang membebel tak tentu pasal macam murai tercabut ekor. Kantin ni kan besar, bukan kecik pun. Kau nak duduk dekat mana-manakan boleh. Banyak lagi kosong yang kau berebut-rebut nak duduk dekat meja sini jugak kenapa! Ada intan, berlian ataupun emas? Sebelum mulut aku berhenti cakap tapi tangan aku naik ke muka kau, baik kau berambus dari sini. Pantang betul aku kalau aku makan orang memekak lepas tu suka-suka nak tunjal kepala aku! Berambus!” Jawabku melepaskan amarah. Zanita sudah melampau. Kepala aku pula berani nak ditunjal. Abah aku masih bayarkan zakat lagi tau.

“Jaga korang! Tahulah nasib korang nanti!” Getus Zanita memberi amaran dan berlalu pergi. Aku hanya mengangkat bahu dan buat tak peduli dengan ugutan yang diberi.

“Bravo Lisa!” Kata Marini dan Mastura.

“Korang pun satu, pergi layan si tepung gelomak tu kenapa? Dah tahu mulut dia macam ayam berak kapur lagi nak layan. Buat tak tahu sudah. Lagi dilayan lagi menjadi-jadi dia tu. Sudah ada sepuluh minit lagi rehat nak habis. Korang punya makanan aku tengok tak makan-makan. Dah sampai masa nanti gelojoh pulak lepas tu tercekik. Dah jadi satu hal.” Kataku selamba. Selalu aku diamkan saja. Malas nak ambil port. Marini dan Mastura yang rajin sangat layan diaorang. Azura seperti aku hanya mendiamkan diri.

“Yelah...yelah...” Balas Mastura ringkas.Marini dan Mastura tersenyum bila terdengar ayat Lisa yang terakhir. Azura mengenyitkan mata dekat aku. Akhirnya kami semua tertawa. Pening betul. Tanpa sedar oleh mereka ada mata yang sedang memerhatikan gelagat mereka sebentar tadi. Cuma sepasang mata hanya tertumpu pada Lisa dan sambil tersenyum melirik.

“Lisa ni kuat makan betul. Badan kecik. Pantang betul kalau ada orang datang mengacau.” Ngomel Azmi sendirian.

“Wah Mi, tengok anak dara orang tak berkelip mata tu. Agaknya kalau aku cucuk dengan garpu tak sedar jugak ni.” Tiba-tiba Anuar menerjah. Lama dia memerhatikan Azmi.

“Hahaha...Aku tengok gelagat diaorang yang tak habis-habis bertekak dengan Nita.” Jawapan Azmi mengelak supaya Anuar tidak perasan tentang getar dalam hatinya.

“Hahaha....Awek kau jugak! Nita pun satu, habis semua orang dia nak herdik. Tapikan Lisa tu cun lah. Aku nak try mengorat dia. Kalau dapat jangan harap aku nak lepaskan. Hahaha...” Kata Anuar mengusik.

“Lemas betul aku dengan Nita tu. Ada saja nak berkepit. Tak faham-faham ke dia yang aku ni tak suka, rimas dan meluat tengok muka dia?”

“Siapa suruh kau jadi famous dekat sekolah. Ramai betul yang kejar. Tapi Nita datang berkepit semua takut nak tegur. Apatah lagi nak senyum-senyum. Nasib kau Mi dapat awek macam Nita.”

“Aku nak buat macam mana. Diaorang yang mem'famous'kan aku. Hahaha... Nita tu betul-betul buat aku bosan. Aku tak cakap pun nak buat dia jadi awek aku. Perasan habis perempuan sorang tu.” Balas Azmi membetulkan kata-kata Anuar. Anuar ketawa mendengar ayat terakhir Azmi.

“Kalau aku jadi kau kan Mi. Aku selamba ajak Lisa keluar. Setakat Nita tu aku buat bodoh saja. Hahaha…” Kata Anuar mengusik. Mereka tertawa, tetapi mata Azmi lagi melirik dan mencuri-curi pandang wajah Lisa. Tak semena-mena Lisa merenung kearahnya dan sepantas kilat Azmi berpusing. Berdegup kencang jantung dia.

“Perasan ke minah tu aku pandang dia?” Hati Azmi berbisik sendirian.

**********

LISA, habis kelas Bahasa Melayu ni kita pergi perpustakaan ok?” pinta Azura.

“Eh, mak kau tak bising ke kalau balik lambat ni?” Soalku. Azura hanya tersenyum dan menerangkan keadaan sebenar.

“Tak... Aku dah tunjuk bukti berkenaan dengan tugasan yang kita kena buat yang cikgu Hamdan bagi semalam. Aku katalah dekat mak aku, kesian dekat korang semua sebab korang saja yang datang rumah aku. Tak baiklah begitu. Kemudian mak aku faham dan sempat bagi pesanan, habis terus balik rumah.” Terang Azura dan aku tersenyum. Hati ibu selalu begitu.

“Baguslah macam tu. Kebetulan petang ni aku tak ada training jadi boleh lah kita cari idea untuk projek kita ni…”

“Alamak! Harini aku pulak ada hal. Tak boleh pulak nak 'join' korang cari idea. Sorry kawan-kawanku...” Mastura mencelah.

“Alah ada hal nak pergi dating lah tu.” Usik Marini. Memang sengaja cari penyakit nak bertelagah.

"Mana ada! Please ok. Tak ada masa aku nak dating semua ni. Bapak aku mintak aku tolong dia dekat kedai. Mak aku kurang sihat harini. Demam katanya. Jadi aku kena tolong bapak aku dekat kedai awal.” Terang Mastura dan membuatkan aku, Azura tersenyum melihat peel kembar tak seiras berdua ni.

“Tak mengapa... Dah…dah kalau tak boleh join. Nanti kitaorang singgah sekejap kedai bapak kau bagitau pasal idea yang nak diguna untuk projek kita.” Kataku mencelah agar perang mulut Marini dan Mastura berakhir dengan cepat.

“Ini yang aku sayangkan kau ni Lisa. Bukan macam Mar tu, asyik-asyik nak complaint pasal aku. Geram tau dengan Mar ni...”

“Hahaha... Mana ada complaint. Itu cara aku tunjuk kasih sayang. Aku sayang kau tau Mas... Hahaha…” Gelak Marini mengusik Mastura. Mastura mengejek dan kami semua ketawa lagi. Kadang-kadang aku rasa macam nak cekik-cekik diaorang berdua ni tau.

“Err...Mas, nanti kitaorang singgah datang kedai. Aku nak ABC Mas… ABC kedai bapak kau sedap tau Mas. Hehehe...” Rayu Marini.

“Oh tak ada masalah kalau kau nak ABC ye Mar... Tapi kau sendiri putar mesin tu! Ok tak Mar...hehehe…”

“Kalau aku sendiri putar, alamatnya tak balik rumahlah. Sebab ambil kontrak bekerja dekat kedai bapak kau Mas. Hahaha...”

“Ok aku jadi boss kau jadi kuli. Jom sign kontrak sekarang! Hahaha…” Kata Mastura pula mengusik Marini.

“Banyak cekadak...Hahaha…” Balas Marini semula.

“Korang berdua ni kan tadi macam kucing dengan anjing sekarang tiba-tiba macam belangkas pulak. Hahaha…” Aku pula yang mencelah. Azura hanya ketawa dan akhirnya kami semua ketawa tak henti-henti.

Teringat aku sewaktu mula-mula aku berpindah dan memasuki kelas mereka. Ketika itu aku hanya melayani dunia aku sendiri dan duduk bersendirian. Tak pedulikan orang sekeliling. Ramai yang ingat aku sombong termasuk juga dengan Mastura, Marini dan Azura, tapi aku tetap buat tak peduli. Bagi aku kalau aku tak kacau orang jadi orang pun jangan kacau aku. Kalau orang sibuk-sibuk perihal aku.

Siap !

***********

ZANITA NURAINA merupakan pelajar popular di sekolah. Mulutnya yang becok dan suka memaki hamun orang membuatkannya menjadi murai popular. Ramai pelajar perempuan tidak berani mendekati ataupun berkawan dengannya.

Dengan sikapnya itu membuatkan dia menjadi semakin bongkak dan sombong meninggi diri. Pada dia tidak layak orang miskin berkawan dengannya. Dia terlalu melihat taraf dan kedudukkan.

Kalau masuk kubur boleh bawa ke semua tu?

Entah apa penyakitnya yang suka mengherdik aku dan teman-temanku. Asal berjumpa mesti akan bertekak. Padahal masa hari pertama aku di sekolah pun dia sudah menjeling-jeling. Korek biji mata tu baru padan muka. Takpun cucuk dengan pensel 2B!

Bak kata Marini dan Mastura, mungkin dia rasa tergugat tentang kehadiran aku. Aku sendiri pelik apa bendanya pulak dia nak rasa tergugat. Aku sendiri pun tak hadap apa-apa sangat. Setakat datang sekolah dan timba ilmu bukan nak gugat apa-apa pun. Teringat aku pada peristiwa Zanita tiba-tiba sahaja memaki aku tak tentu pasal di hadapan kelas. Ketika itu aku menjadi betul-betul panas hati. Ada saja mencari masalah.

“Hei perempuan! Kau ingat kau budak baru kau dah perasan bagus? Nak berlagak dengan aku? Kau belum kenal siapa aku! Hormat sikit kalau nampak aku berjalan dekat sini tahu!” Herdik Zanita dan menolak bahuku dan membuatkan aku terorong ke depan. Nasib tak jatuh dalam longkang.

“Kau ni apahal pulak? Tiba-tiba nak tolak aku? Apa masalah jiwa kau ni!”

“Eh buat-buat tanya pulak. Kau tu jalan tak tunjuk muka hormat langsungkan dekat aku. Eksyen dengan aku pulak!” Herdik Nita.

“Buat apa aku mesti kena hormat kau? Dah ini depan kelas aku. Lantak akulah nak pandang kemana pun kan. Kau ni tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba datang meroyan dekat aku kenapa pulak?” Balasku walaupun amarah sudah mula menguasai diri tapi aku masih lagi bersabar dengan saki baki yang ada. Yang lain hanya memandang pertengkaran antara aku dan Zanita. Tidak berani ada yang masuk campur. Silap-silap dengan diaorang sekali terkena.

“Kurang ajar punya betina ni! Nak kena penampar aku agaknya!” Zanita mengherdik lagi dan benar-benar marah dengan sikapku yang melawan. Takkan nak duduk diam pula.

“Betina itu untuk orang seperti kau yang tak tahu adab bercakap dengan orang! Nak herdik orang sesuka hati dan mementingkan diri sendiri. Muka saja cantik tapi perangai macam orang tolol!” Zanita semakin geram dan mengangkat tangannya untuk menampar muka aku. Belum sempat dia berbuat demikian aku terlebih dahulu menghalangnya. Zanita menjadi semakin geram dan sakit hati.

“Kau ingat muka aku ni papan diskaun boleh suka-suka ditampar? Walaupun aku baru dalam sekolah ni tapi tak bermakna kau boleh suka hati nak letak tangan kau kat muka aku. Sebelum datang angin aku bertambah buruk dan tapak kasut aku melekap dekat muka kau baik kau berambus sekarang! Jangan nak cari pasal dengan aku! Pergi cermin muka kau dulu dan tatap baik-baik. Perangai macam budak kecik.” Tegasku dan hilang sudah semua kesabaran.

“Kau ingat Lisa! Jangan kau ingat kau senang terlepas dari cengkaman aku. Kau tengok sajalah nanti apa akan terjadi” Getus Zanita memberi amaran.

“Ok...aku tunggu saat itu. Tapi jangan akhirnya nanti kau pula yang melalak tanda menyesal.”

Zanita berlalu pergi dan memandang aku dengan pandangan yang begitu tajam dan penuh dendam. Aku menggeleng dan hairan dengan sikap Zanita yang selalu negatif terhadap aku. Apa punya manusia pun aku tak tahulah. Sikit-sikit nak cari pasal dengan aku. Cukuplah sejarah lalu yang membuatkan aku tercampak ke sekolah lain. Aku tak nak perkara yang sama berulang dalam sejarah hidup aku.

“Kau ok ke Lisa? Nita tu memang dah melampau. Sukahati dia je...” Soal Marini.

“Aku ok aje. Maaf susahkan korang pulak.”

“Dia memang macam tu Lisa, suka cari masalah dengan orang. Paling habis mengadu dengan bapak dia. Mentang-mentang bapak dia selalu bagi sumbangan derma paling besar itu yang dia jadi berlagak.”

“Biarlah dia. Kita tak perlu nak sakit hati orang macam dia. Kita sendiri rugikan. Sudah jom kita balik. Nanti mak Zura marahkan dia pula sebab balik lewat.” Pujukku dan kami beriringan pergi.

Aku terfikir apa ugutan Zanita terhadapku nanti. Hubungan aku dan ibu bapaku baru saja pulih. Takkan Zanita nak mengadu pada bapak dia pulak dan suruh guru besar ambil tindakan tukarkan aku ke sekolah lain. Aku mula terfikir-fikirkan ke arah itu.

***********

"LISA...kau perasan tak budak tu selalu pandang-pandang kau? Macam nak telan aje aku tengok...” Kata Mastura kepadaku.

“Siapa pula yang nak tengok muka comot aku ni Mas? Perasaan kau je agak tu. Lagipun semua orang berhak nak tengok apa yang dia nak tengok. Biarlah, mata dia... Kalau mata aku dah lama aku korek pakai pisau! Hehehe...” Kataku berseloroh dan malas nak layan gosip-gosip yang tak memberi faedah.

“Betullah Lisa... Kalau kau tak percaya kau balas pandangan dia sekarang. Aku dari tadi intai dia ni...” Pujuk Mastura.

“Aku malas! Dah jom kita bincang pasal nota ringkas ni. Lagi di layan kau ni makin menjadi-jadi nanti...” Kataku ringkas.

Azmi dan Anuar secara kebetulan berada di perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran.

Secara tidak sengaja Lisa pun datang bersama rakan-rakannya untuk mentelaah. Azmi sengaja mengajak Anuar tukar duduk tempat duduk agar dia dapat melihat Lisa dengan lebih dekat. Anuar hanya menggeleng dan tersenyum-senyum melihat perangai Azmi sejak kebelakangan ini.

“Cantik tapi garang...” Ngomel Azmi sendirian sambil tersenyum.

“Hoi! Berangan apa kau ni? Kau minat dekat Lisa tu eh? Nak aku tolong cakapkan ke?” Ujar Anuar mengenakan Azmi.

“Mana ada! Aku sengaja tengok-tengok keadaan perpustakaan ni. Tersusun kemas je buku-buku dia. Rajin betul pengawas perpustakaan ni kan… Kita datang pun sedap mata memandang.” Azmi memberi alasan yang tak boleh di terima pakai oleh Anuar.

“Sudahlah kawan. Lagi nak sorok-sorok dari aku! Aku dah kenal kau dari sekolah tadika lagi lah. Jangan bagi aku alasan yang tak relevant. Hahaha...” Balas Anuar mentertawakan Azmi.

“Syhhhhhh! Jangan buat bising." Tiba-tiba datang pengawas perpustakaan memberi peringatan. Azmi dan Anuar mengangguk tanda faham sambil tersenyum-senyum. Azmi hanya menggarukan kepalanya yang tidak gatal dan rahsianya sudah terbongkar. Anuar sudah mengetahui isi hatinya. Namun Lisa tidak pernah melayani segala surat layang yang dia letakkan di dalam mejanya. Semuanya sepi tidak berbalas.

“Sayang dekat sini you rupanya. Puas I cari you tau. Kenapa tak beritahu I you nak datang library? Boleh juga I temankan you...."”Tiba-tiba Nita datang menyapa Azmi. Tanpa segan dan silu Nita duduk di kerusi sebelah Azmi. Anuar hanya memandang sambil tersenyum dan Azmi sudah menunjukkan muka meluat.

“Sukahati I lah nak pergi mana pun. You bukan siapa-siapa dalam hidup I yang perlu I nak report kemana saja I nak pergi! You nak sibuk sangat kenapa dalam hidup I? Rimaslah I orang datang menggedik-gedik ni!” Balas Azmi tanda bengang dengan sikap Nita yang terhegeh-hegeh menganggu hidupnya.

“Sampai hati you sayang cakap begitu dengan I. You tahukan yang I sayangkan you?" Ujar Nita memujuk.

“You seorang saja yang perasan begitu. I langsung tak ada perasaan terhadap you ok! Lagipun you yang datang terhegeh-hegeh pada I siapa suruh!”

“I tak kira walau apapun yang you kata, I tetap akan bersama dengan you sampai bila-bila. You milik I seorang...” Balas Nita meluahkan rasa hatinya.

“Maaf ya, kamu diminta tolong senyap. Di perpustakaan dilarang membuat bising. Terima kasih di atas kerjasama anda semua.” Celah pembantu perpustakaan memberi peringatan terhadap Nita dan Azmi. Secara tidak langsung telah membuat bising dan menganggu pelajar lain yang sedang mengulangkaji. Lisa dan rakan-rakannya buat tak tahu apa yang terjadi.

Hei! Kau jangan sibuk dalam hal peribadi orang boleh tak? Sukahati akulah nak diam ke nak bising ke! Kau pergi jauh-jauh sebelum aku tampar kau!’ Nita menyeringai pembantu perpustakaan berikut dan membuatkan pembantu itu terkedu seketika.

“Kau ni memekak betullah! Dekat kantin sekolah kau memekak, dalam kelas pun kau memekak! Situ sini kau memekak! Semua tempat kau nak memekak dengan suara nyaring kau ni! Sakit telinga orang dengar! Bagilah sekolah ni aman boleh tak?”

“Kurang ajar punya betina! Kau cari pasal dan mencabar aku ni! Ambil ni!” Tidak semena-mena Nita cuba menampar Lisa tetapi Azmi bertindak lebih pantas menghalang perbuatannya.

Lisa sedikit pun tidak merasa gentar malah sudah bersedia lebih awal. Nita tidak mengetahui bahawa Lisa ada mendalami ilmu seni persilatan. Cuma Lisa sembunyi-sembunyi daripada rakan-rakannya.

“Korang berdua sepatutnya carilah tempat lain nak bercengkerama bukan di perpustakaan. Sini tempat orang nak belajar, mengulangkaji pelajaran dan sebagainya. Bukan nak dengar masalah korang berdua bab-bab bercinta ni. Faham!” Kata Lisa tanpa mempeduli sesiapa yang memandangnya.

“Betina sundal ni nak mampus agaknya! Siap kau aku kerjakan nanti!” Herdik Nita seperti orang yang sudah kehilangan akal.

Pangggggggggggggg!

“Shut up and get out from here! Leave us alone!" Azmi menampar muka Nita dan membuatkan semua terkejut melihat insiden yang tidak di jangka. Lisa tergamam seketika dan memandang Azmi yang kelihatan menahan kemarahan.

“Sampai hati you tampar I depan semua orang! You malukan I depan betina bodoh ni! You don't be regret after this Azmi!” Nita berlalu pergi sambil melanggar bahu Lisa dan Lisa sedikit terdorong ke tepi. Nita menangis menahan malu dan memegang pipinya yang sakit akibat ditampar kuat oleh Azmi.

“Maafkan Zanita pasal tadi Lisa… Kata-katanya sudah melampaui batas.” Kata Azmi dengan redup mata yang suram kepada Lisa.

“No hal. Saya dan biasa dengan kata-kata dia. Cuma kalau boleh tolong cari tempat sesuai kalau nak bermadah helah semua. Sini tempatnya kurang sesuai.” Balas Lisa dan terus berlalu pergi. Azmi tidak sempat untuk menyatakan apa-apa. Azmi hanya memandang sepi dan Lisa mengajak rakan-rakannya menyambung semula ulangkaji mereka. Lisa memalingkan mukanya memandang Azmi dan Azmi hanya tersenyum ikhlas. Seperti biasa Lisa buat tak tahu terhadap senyuman yang bisa menggetarkan jiwa itu.

**********

SIAP kau Lisa! Aku akan kerjakan kau cukup-cukup petang ni. Biar kau tahu siapa sebenarnya aku! Kau ingat kau akan terlepas selepas aku dimalukan sebegitu? Ini Zanita Nuraina Binti Dato' Izzudin yang tidak takut pada sesiapa! Baru kau tahu akan langit itu tinggi ataupun rendah. Hahaha...” Dendam Nita terhadap Lisa masih belum berakhir.

Dia mula bertindak merancang sesuatu yang melebihi batasan. Sifat dendam itu telah mengaburi mata Zanita untuk berfikir sama ada perkara itu betul ataupun salah.

“Aku rasa macam tidak sedap hati pula harini. Dari pagi tadi aku rasa semacam. Macam ada benda tak baik nak berlaku.” Jelas Lisa kepada rakan-rakannya ketika mereka usai pada subjek terakhir, mata pelajaran Matematik.

“Apa yang kau rasa? Pelik pulak aku tengok kau harini Lisa. Selalu kau tak macam ini pun.” Kata Zura penuh bimbang.

“Entahlah, aku sendiri pun tak tahu kenapa. Tapi tak mengapalah biarkan je... Sudah korang semua tak perlu risau ok?” Kenyit mataku untuk menenangkan semua pihak.

“Cuba kau tarik nafas dalam-dalam lepas tu hembus perlahan-lahan. Mana tahu kalau-kalau itu dapat membantu?” Ujar Mastura. Lisa mengangguk dan mereka pun berjalan beriringan. Lisa hanya terdiam sepi sedangkan rakan-rakannya sedang sibuk berceloteh.

“Harini aku ingat aku nak balik lambat sikitlah. Kalau korang nak balik dulu…baliklah aku tak kisah. Aku ingat nak cari bahan dekat library. Esok kita jumpa mcam biasa pukul tujuh pagi dekat warung Pak Man. Korang jangan terhegeh-hegeh pulak, nanti aku sebat pakai rotan! Hehehe...” Pesanku selamba. Mereka tersenyum.

“Ok Lisa. Kalau ada apa-apa just called us. Bye Lisa. Assalamualaikum...”

“Waalaikumsalam semua.” Balas Lisa dan terus berlalu menuju ke library sendirian.

Azmi yang hanya memandang dari jauh mengikuti gerak langkah gadis itu. Dia sengaja tidak balik bersama Anuar. Entah kenapa hatinya ingin menemani gadis itu dan membiarkan Anuar pulang terlebih dahulu. Anuar yang sudah mengerti bahawa sahabatnya sudah gila bayang!

Lisa yang terlalu asyik tanpa sedar Azmi merenunginya dari jauh. Azmi tidak berani mendekati Lisa sebab dia tahu Lisa bukan sebarangan gadis yang mudah di dekati.Diam tak diam jam sudah menunjukkan pukul tiga petang. Perut Lisa sudah berkeroncong meminta untuk diisi.

Lisa mula mengemas segala buku-buku yang di pinjamnya dan meletakkan semula di rak yang betul. Akhirnya Lisa mengambil keputusan untuk pulang ke rumah terus. Malas hendak mencari makanan di kantin. Azmi yang masih setia mengekorinya dari belakang.

Di luar pintu sekolah, ada seseorang yang menanti dengan penuh rasa sabar dan dendam kesumat. Enjin kereta dibiarkan hidup dan dia akan bertindak gila mengajar musuh ketatnya. Dia sudah tidak dapat berfikir dengan waras dan terlalu mengikut kata hati. Lantas dengan tanpa rasa ragu-ragu terus dia menekan pedal minyak dan memecut laju.

Lisa memandang kiri dan kanan dan melihat tiada kenderaan yang lalu lalang. Lantas dia pun menyeberangi jalan dengan berhati-hati. Lisa tidak perasan akan kehadiran sebuah kenderaan yang tiba-tiba memecut laju lalu menghentam dirinya tanpa rasa belas kasihan.

Lisa akhirnya tercampak di seberang jalan dan pandangan Lisa mulai kelam serta gelap. Azmi yang menyaksikan kejadian itu terjerit dan pantas mendapatkan Lisa yang sudah pun terbaring kaku.

“Lisa!”

Azmi berlari mendapatkan tubuh longlai Lisa. Azmi geram melihat pemandu yang melanggar lari tanpa ada rasa perikemanusiaan. Lisa yang ditatapinya berlumuran darah. Bajunya juga terkena darah milik Lisa. Azmi tidak pedulikan. Hanya Lisa di beri sepenuh tumpuan.

Azmi bernasib baik kerana ada sebuah teksi melalui kawasan itu dan membantunya menghantarkan Lisa ke hospital.Puas Azmi mengelap darah pekat dari hidung dan mulut milik Lisa. Menitis airmata Azmi melihat keadaan Lisa yang tidak berdaya.

“Hahaha... Padan muka kau Lisa! Mampus kau dekat situ! Puas hati aku melunaskan segala yang terbuku di hati ini!” Gelak Zanita sendirian dan dia berjaya melunaskan segala rasa dendam dalam hatinya. Namun tanpa sedar bahawa nombor kenderaannya telah di catat seseorang. Dia juga merupakan saksi kejadian untuk di jadikan sebagai bahan bukti.

***********

CIK ZANITA ZURAINA, kami terpaksa menahan awak atas kejadian langgar lari Cik Melissa Natasha tempohari di hadapan sekolah. Sila ikut kami ke balai untuk siasatan lanjutan...”

“Eh! Kenapa nak siasat saya pulak! Saya tak bersalah! Bukan saya yang langgar dia! Saya ada di rumah ketika itu mengulangkaji pelajaran. Kalau tak percaya encik semua boleh tanya mama saya...”

“Ada saksi mengatakan Cik Zanita yang melanggar mangsa dan memberi keterangan segala kejadian yang berlaku. Nombor kenderaan milik Cik Zanita adalah bukti sahih.”

“Cik Zanita telah melanggar Cik Melissa dengan niat. Kami telah melakukan siasatan lanjut terhadap kenderaan milik Cik Zanita.” Balas pegawai polis berpangkat inspektor itu dengan panjang lebar dan Zanita terkedu.

“Tidak! Tidak! Saya tak bersalah! Perempuan tu yang memalukan saya. Betina tu memang patut mampus! Tidak! Tidak! Lepaskan saya. Saya tak bersalah! Mama! Papa! Tolong Nita!” Jerit Zanita seperti orang terkena histeria.

Ruang legar dewan peperiksaan menjadi hingar bingar dan kelam kabut. Akhirnya Zanita jatuh terjelepok ke lantai setelah puas meronta minta di lepaskan. Azmi, Anuar serta rakan-rakan Lisa berasa geram di atas berita tentang kes langgar lari tempohari. Tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana Zanita sudah di bawa pihak polis. Kalaulah mereka tahu sudah lama mereka 'mengerjakan' Zanita cukup-cukup.

Kedua orang tua Zanita hanya menangis pilu melihat anak gadis mereka di tangkap polis.

Malu tidak terkira di atas perbuatan lampau anak gadisnya. Sanggup melanggar lari demi melunaskan segala amarah dan dendam kesumat. Cikgu serta pengawas peperiksaan mula bertindak menenangkan keadaan yang kecoh berikutan penangkapan Zanita.

Semua pelajar telah kembali ke tempat masing-masing dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Azmi hanya memandang sepi pada kerusi serta meja kosong milik Lisa.

“Kalau aku tahu si bedebah tu yang langgar Lisa, akulah orang pertama yang akan lanyak muka dia. Orang kaya tak ada hati perut langsung. Geram pulak aku! Rasa nak lenyek-lenyek muka dia dengan kasut ni masa dia pengsan tadi. Kesian Lisa tak pasal-pasal jadi mangsa keadaan.” Bebel Mastura tanda geram. Marini dan Azura hanya menggeleng sambil tersenyum.

“Sudahlah yang penting sekarang Zanita tu dah dapat balasan dia. Kita ni perlu tumpukan perhatian untuk peperiksaan besar bagi menentukan masa depan kita semua. Balik nanti kita singgah hospital lawat Lisa.” Kata Marini.

“Lisa pun tak tahu siapa yang tolong dia haritu. Aku pun nak ucapkan terima kasih atas tindakan pantas dia membawa Lisa ke hospital. Kalau tak ada dia masa tu tak tahulah apa jadi dengan Lisa kan… Menurut kata doktor, pemuda itu tidak memberi butir-butir diri yang lengkap. Apa yang dia cakap, kawan satu sekolah.” Kata Zura mencelah.

Anuar membaling pemadam ke meja Azmi dan Azmi memberi isyarat supaya menutup mulut. Dia tidak mahu sesiapa tahu melainkan dirinya, Anuar dan pemandu teksi tersebut. Biarlah menjadi rahsia dan dia tidak mahu Lisa terhutang budi kepadanya. Anuar hanya mengetap bibir terhadap sikap Azmi yang suka sangat berahsia.

***********

SETELAH sepuluh tahun berlalu. Mellisa Natasha dan Azmi Iskandar mengatur hidup masing-masing. Siapa sangka akhirnya mereka tetap bertemu jua. Kini Mellissa telah menjawat jawatan pembantu pentadbiran di syarikat milik papa Azmi Iskandar.

“Lisa, masuk ke bilik saya sekejap! Ada perkara yang saya nak bincangkan dengan awak! Sekarang juga!” Terperanjat Lisa mendengar suara itu dan membuatkan ramai yang memandang ke arahnya. Lisa menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pelik sungguh.

“Apahal pula si harimau muda ni? Pagi-pagi sampai lalu depan meja aku nak marah-marah. Pantang aku kalau orang main nak herdik-herdik terus.”

“Ikut sukahati dia je. Dahlah dulu satu sekolah buat masalah dalam hidup aku dengan Zanita yang tak tentu arah nak bermusuh dengan aku. Sekarang ni boleh pulak aku satu syarikat dengan dia.”

“Hairan macam mana aku senang betul dapat kerja di sini sedangkan ramai lagi yang hebat-hebat dari aku.” Ngomel Lisa sendirian.

“Saya Encik Azmi? Ada apa-apa yang boleh saya tolong?” Soalku lembut dan memaniskan muka.

“Awak ni tahu ke tidak buat kerja!” herdik Azmi secara tiba-tiba. Sungguhpun majikan tapi dia tak ada hak nak menengking orang tanpa usul periksa.

“Kerja? Kerja apa Encik Azmi? Semalam saya...” Belum sempat aku habiskan ayat tiba-tiba Azmi mencelah.

“Surat tender yang saya suruh awak buat semalam itulah. Ini ke tatacara kerja awak dalam syarikat? Ayat semua langsung tidak teratur dan tunggang langgang isinya. Tak ikut format langsung!” Azmi mengherdik. Dia sengaja berbuat begitu.
“Surat apa Encik Azmi suruh saya buat? Sedangkan semalam saya bercuti.” Balasku untuk mematahkan kata-kata Azmi. Aku dah jadi geram dekat dia ni.

“Semalam awak bercuti? Err....err...” Gugup Azmi seketika. Entah kenapa dia sendiri pelik sebab selalu sangat nak memarahi Lisa tanpa usul periksa.

“Ya, Encik Azmi sendiri yang meluluskan cuti saya. Saya ada urusan peribadi yang perlu diselesaikan dengan kadar segera. Takkan Encik Azmi lupa pulak...” Kataku lagi.

“Hmm…Kalau macam itu awak boleh keluar sekarang. Terima kasih…” Balas Azmi ringkas. Lisa terpinga-pinga dan berkerut dahinya. Pelik dengan sikap Azmi.
“Baiklah terima kasih Encik Azmi. Saya keluar dulu…" Aku berpaling dan terus keluar. Hatiku berbisik sendirian. Sendiri bagi kelulusan aku bercuti sendiri boleh lupa! Majikan apa macam ni. Lama-lama aku boleh kena sakit jantung!

“Aduh...! Macam mana aku boleh lupa dia bercuti semalam. Tak pasal-pasal aku malu sendiri. Tapi cair pulak aku tengok senyuman minah ni tadi. Daripada sekolah sampai sekarang senyuman itu selalu aku angau. Cantik!”

Dia hanya tergelak kecil ketika Lisa membalas kata-katanya dan membuatkan dia termalu sendirian akhirnya.Azmi sendiri tak mengerti mengapa selalu sangat dia nak 'serang' Lisa. Sedangkan Lisa tidak membuat kesalahan apa pun. Malah rajin membuat kerja dan sentiasa tersenyum.

Cuma satu sahaja dia pantang kalau orang cari pasal. Dia akan mempertahankan diri dia sendiri. Macam kejadian sebentar tadi. Teringat kembali dia bagaimana Lisa melawan kata-kata Zanita dan membuatkan Zanita menjadi pendendam dan sakit hati terhadap Lisa. Azmi tiba-tiba membandingkan diri dia dan Zanita. Macam sama pula sebab selalu nak cari pasal dengan Lisa. Azmi terus tersedar dan menggeleng.

“Lisa....Maafkan saya sebab selalu buat awak sakit hati. Saya pun degil sengaja mencari amarah awak.” Akhirnya Azmi tersenyum sendirian.

Lisa meneruskan kerja hariannya, tanpa sedar ada sepasang mata yang memerhatikannya tanpa lepas. Sejak dari sekolah Lisa diperhatikan oleh sepasang mata yang sama. Mata yang mencuri-cuti pandang wajahnya selalu.

“Aduh! sakit pula mata ni tenung lama-lama....hehehe…” Azmi berpaling dan menggosok-gosokkan matanya yang pedih. Akibat merenung terlalu lama.

**********

LISA... Masuk bilik saya sekarang, ada perkara yang caya nak cakapkan.

“Baik Encik Azmi saya datang sekarang..."”Balas Lisa dan hairan dengan panggilan tiba-tiba daripada Azmi.

“Hish! Nak apalagi si harimau ni. Tak senang betul aku nak buat kerjalah. Kenapalah aku aje yang dia nak panggil?” Ngomel Lisa sendirian.

Terkadang Lisa sendiri pelik kenapa Azmi selalu memanggilnya masuk ke bilik. Ada pembantu peribadi pun masih nak memanggil dia.

“Saya Encik Azmi. Ada apa-apa yang perlu saya tolong?” Soal Lisa setelah memasuki bilik Azmi.

“Minggu ini saya ada kursus di Pulau Pangkor dan saya nak awak ikut menyertai kursus ini. Saya sudah pun masukkan nama awak sekali. Hari Jumaat ni kita bertolak dan awak kena pergi bersama saya. Saya mahu awak berkemas awal-awal dan lagi saya tak mahu terlambat. Ingat saya tahu segalanya mesti berjalan dengan lancar.” Kata Azmi dengan penuh semangat.

“Tapi saya...”

“Sudah! Tak ada nak tapi-tapi lagi. Itu arahan syarikat dan awak kena patuh! Sekarang awak boleh keluar. Terima kasih!” Celah Azmi mematahkan kata-kata Lisa.

“Baiklah Encik Azmi, saya keluar dulu...” kata Lisa dengan langkah yang longlai.

Azmi hanya tersenyum gembira melihat rancangannya di peringkat awal menjadi. Dia perasan melihat perubahan airmuka Lisa. Seperti orang tidak berpuas hati tetapi dia tidak peduli. Janji rancangannya untuk mendekati Lisa perlu dijalankan dengan segera. Sudah lama dia menyimpan rasa hati dan itu adalah saatnya untuk meluahkan segala yang terbuku.

“Geramnya aku, tak pepasal aku pulak yang kena ikut si harimau ni! Apa kena mengena kursus yang dia ikuti dengan bidang kerja yang aku buat? Sudahlah kena naik kereta berdua dengan dia! Tak aman betullah dari sekolah sampai sekarang asyik nak mengadap muka dia je. Kalau ikutkan rasa hati lama dah aku berhenti.” Lisa menghamburkan segala amarahnya.

“Apa benda yang kamu bercakap sorang diri ni Lisa? Lain macam pula akak tengok kamu ni...” Tiba-tiba datang Kak Maznah menegurku. Kak Maznah merupakan seniorku di dalam syarikat.

“Eh tak adalah Kak Maz. Lisa cari satu file ni tapi tak jumpa-jumpa pulak. Dari tadi cari tak dapat-dapat tu yang membebel sorang-sorang…” Aku memberi alasan sambil tersengih.

“Akak ingatkan apa bendalah sangat tadi. Lisa… Lisa...” Kak Maznah menggeleng.

“Kamu tahukan minggu ni kamu kena pergi kursus di Pulau Pangkor? Encik Azmi ada panggil kamu tadi?” Soal Kak Maznah.

“Ada tadi kak... Encik Azmi dah maklumkan pada saya.” Terangku sambil tersengih.

“Kalau macam tu baguslah. Mana-mana kerja kamu yang tak sempat disiapkan tu akak akan minta Suhana tolong sambungkan...”

“Eh, tak mengapalah Kak Maz saya akan cuba siapkan semua. Lagipun tak banyak dah ni...” Balasku semula.

“Baiklah. Tapi kalau tak boleh jangan dipaksa Lisa...” Kata Kak Maznah sambil tersenyum dan berlalu pergi.

**********

LISA leka menyiapkan segala kerja yang tertangguh. Tanpa sedar jam sudah menunjukkan pukul sepuluh malam. Ramai yang sudah pulang ke rumah. Lisa tersedar bahawa hanya dia sahaja yang tinggal di dalam pejabat. Lisa menyimpan segala data yang telah selesai dia siapkan di dalam folder yang mudah untuk dicari. Setelah siap, Lisa berpuas hati dan memadamkan komputernya. Ketika Lisa sedang melintasi bilik Azmi, dia terperasan lampu masih lagi terpasang.

“Muda-muda lagi dah pelupa! Sampai lampu pun tak bertutup...” Ngomel Lisa sendirian dan niatnya untuk memadamkan lampu terhenti apabila dia melihat Azmi sudah tertidur di depan komputer ribanya. Lisa rasa serba salah sama ada ingin mengejutkan ataupun membiarkannya sahaja.

“Alamak! Ada rupanya mamat ni. Ingatkan dah balik. Tengok tu boleh pula dia tertidur, kalau ye pun baliklah rumah dulu.” Akhirnya Lisa terpaksa juga mengejutkan Azmi walaupun dia sendiri tidak berasa selesa. Perlahan-lahan Lisa mengejutkan Azmi dari tidurnya tapi tidak berjaya. Azmi tetap kaku dan terdiam dalam lenanya.

“Aku menjerit kuat-kuat nanti baru padan muka si harimau ni!”

“Encik Azmi…Oooo Encik Azmi. Bangunlah, dah malam ni. Encik Azmi tak nak balik tidur dekat rumah ke? Takkan nak tidur dekat pejabat sampai esok pagi?” Panggil Lisa lembut tapi Azmi masih tidak berjaga. Lisa semakin geram.

“Alahai harimau ni takkan tidur mati pula. Kalau berterusan begini takkan bangunnya si harimau ni. Kena guna cara lain ni...” Akhirnya Lisa mengambil segelas air paip di pantry dan kembali semula ke bilik Azmi. Lisa menadahkan tapak tangannya dan menuangkan sedikit air untuk di renjis ke muka Azmi. Lisa mencuba dan nasib menyebelahinya. Azmi tersedar tetapi dia masih lagi dalam keadaan mamai. Lisa hanya tergelak kecil dan Azmi belum perasan akan kehadiran Lisa yang mengejutkannya daripada tidur.

“Kamu tak nampak saya sedang sibuk ni! Kalau nak masuk pun ketuk lah pintu tu dulu!"”Herdik Azmi dan Lisa tiba-tiba tergamam daripada tawanya. Lisa masih berdiri dan mendiamkan diri.

“Apalagi, pergilah berambus keluar!” Herdik Azmi dan membuatkan Lisa terperanjat. Sekaligus dengan rasa amarah Lisa bertindak mencurahkan air yang masih berbaki ke muka Azmi. Ketika itu barulah Azmi tersedar sepenuhnya. Dia melihat Lisa yang berada di hadapannya. Dia terkedu seketika di atas kata-katanya terhadap Lisa. Dia mengerling jam di tangan sudah pun menunjukkan pukul sepuluh lima belas minit malam. Barulah Azmi tersedar bahawa dia sudah tertidur. Dia sendiri pelik mengapa sejak akhir-akhir ni dia kerap tertidur sendiri.

“Maafkan saya Encik Azmi sebab tersiram air ni dekat muka Encik Azmi.”

“Kalau ye pun mengantuk Encik Azmi balik rumahlah. Saya tak sampai hati pula nak biarkan Encik Azmi tertidur di pejabat.”

“Saya mohon maaf sekali lagi sebab kejutkan tidur lena Encik Azmi dan terima kasih atas kata-kata tadi. Saya balik dulu dan Encik Azmi dah pun tersedar sepenuhnya. Selamat malam dan Assalamualaikum.” Lisa berlalu pergi dan hatinya berasa sedikit terguris.

Azmi mengejarnya untuk memohon maaf.

“Lisa...maafkan saya. Tadi kata-kata saya tu tidak sengaja. Betul Lisa, saya tak sedar apa yang berlaku. Maafkan saya Lisa...” Pohon Azmi merayu pengertian daripada Lisa.

“Tak mengapalah Encik Azmi, lagipun Encik Azmi majikan saya. Memang berhak Encik Azmi memarahi saya yang menganggu 'kesibukkan' Encik Azmi sebentar tadi. Maafkan saya sebab pandai-pandai simbah air. Kata Lisa.

“Tapi tadi tu saya...” Kata-kata Azmi terhenti.

“Maaf Encik Azmi saya balik dulu. Hari pun dah lewat malam esok kena datang kerja lagi.”

“Kalau terlambat kena hambur dengan Encik Azmi pula dan mengatakan saya tidak berdisipilin.” Kata-kata Lisa membuatkan Azmi tersentak dan terdiam seribu bahasa. Keterlaluannya menyebabkan gadis yang dipujanya terguris hati.

“Maafkan saya Lisa... Saya tak sengaja memarahi awak. Kenapa dengan saya sekarang ni?” Ujar Azmi tersandar di dinding dan berasa menyesal di atas kata-katanya.

“Lisa... Saya...” Azmi meraup mukanya.

**********

AWAK dah siap-siapkan semua pakaian awak?” Tiba-tiba Azmi menegur ketika dia melintasi di hadapanku.

“Sudah. Dari semalam saya dah siapkan. Tinggal bantal dengan selimut aje saya tak dapat nak bawa...” Jawabku selamba.

“Sudahlah dua malam lepas suka hati nak marah-marah aku. Itu pun bernasib baik aku nak tolong kejutkan kalau tak tidur lah sampai ke pagi. Nasib baik bos, kalau tak dah lama aku baling dengan kasut tumit tinggi aku ni.” Sempat lagi Lisa mengomel di dalam hati dan dia tidak memandang muka Azmi yang tersengih macam kerang busuk.

“Saya nak minta maaf sebab kata-kata saya tempohari. Betul Lisa, saya tidak sedar apa yang telah saya buat. Tahu-tahu nampak awak depan muka saya...” Lisa terkesima dan dia ingatkan Azmi akan mengherdiknya lagi tetapi Azmi dengan rasa rendah diri memohon maaf.

“Eh! Tak mengapa Encik Azmi sebab memang salah saya pun sebab pandai-pandai simbah air dekat muka majikan sendiri.” Balas Lisa sambil mengemas segala fail-fail yang ada di atas mejanya.

“Baiklah, kalau begitu esok saya ambil awak di rumah pukul sepuluh pagi...”

“Eh! Tak perlulah Encik Azmi. Esok saya tunggu Encik Azmi di pejabat. Lagipun ada fail yang perlu saya serahkan sendiri pada Puan Maznah esok pagi.” Kataku mengelak.

“Hmm… Bagus juga cadangan awak. Jimat juga minyak kereta saya. Esok kita jumpa di pejabat.” Balas Azmi mengusik Lisa. Dia berlalu pergi kerana tidak mahu Lisa mematahkan kata-katanya.

“Eh eh… Dia yang sibuk-sibuk nak ambil aku. Lepas tu nak complaint pasal minyak kereta. Itu pun nasib baik aku mengelak dari dia datang datang rumah sewa aku. Mentang-mentang aku duduk sorang-sorang. Aku pun tak hingin dia datanglah rumah aku...”

Azmi tersenyum-senyum sendirian di dalam biliknya. Dia menyusun segala rancangannya. Yang pasti sesi luahannya tiada gangguan dari siapa-siapa

***********

MALAM ni kita keluar makan dan saya yang akan belanja awak. Lagipun masa rehat tadi saya tengok awak makan sikit aje...” Pelawa Azmi.

“Eh! Tak perlulah Encik Azmi. Nanti duit Encik Azmi jadi kurang pula dan baik Encik Azmi 'berjimat' lagi bagus begitu. Saya naik kereta Encik Azmi pun tiada satu sen pun Encik Azmi minta pada saya.” Balas Lisa memulangkan paku buah keras kepada Azmi. Barulah dia berkesempatan membalas. Puas!

Azmi hanya tertawa besar dan Lisa berasa hairan melihat gelagat Azmi. Lisa hanya mengangkat bahu dan memulakan langkah untuk pulang ke biliknya semula. Azmi bertindak pantas menahan Lisa.

“Please... Lisa! Ada perkara yang perlu saya bereskan bersama awak. Malam ini penting dan menentukan segala-galanya bagi saya Lisa...” Kata Azmi dan mempamerkan muka berharap agar Lisa mengerti.

“Sekarang tak boleh nak cakap ke? Dalam mulut tu ada emas ke? Berlian ke? Permata ke?” Balas Lisa selamba.

“Awak ni Lisa langsung tak beri peluang pada saya. Asyik nak patahkan segala kata-kata saya. Dari sekolah sampai sekarang. Sudah, saya tahu awak siap-siap dan malam nanti lepas Isya' saya jemput awak depan bilik.” Arah Azmi dan terus berlalu pergi. Dia tahu kalau lama-lama dia di situ semakin bijak Lisa memutarkan kata-kata. Lisa semakin geram melihat perangai Azmi yang entah apa-apa. Lisa menghentakkan kaki tanda protes terhadap Azmi yang sesukahati terhadap dirinya. Lisa masuk ke bilik sambil menghempaskan pintu.

“Adoi! Geramnya aku! Menyampah betullah! Aku tak nak pergi dia paksa-paksa pulak. Apa jenis manusia dia ni?”

“Masa sekolah dulu tak adalah seberani macam ni. Mentang-mentang aku ni kuli, dia buat sesukahati dia saja jer.” Ngomel Lisa sendirian menghambur segala rasa hatinya yang panas.

Setelah usai solat Isya' Lisa melangkah malas ke hadapan cermin. Lisa hanya mengenakan track suit dan t-shirt panjang serta tudung berwarna merah jambu. Dia hanya mengenakan pakaian seringkas yang mungkin. Malas dia nak cantik-cantik. Baru padan muka Azmi. Lisa tersenyum sendirian. Dia kembali geram teringat perangai Azmi yang tiba-tiba berubah menjadi lain dan tidak seperti selalu.

Tingg tonggg!

Tiba-tiba terdengar loceng pintu hotel ditekan. Lisa melangkah malas untuk membuka pintu. Pasti Azmi sudah menunggunya. Langkah Lisa semakin longlai dan sememangnya dia tidak ingin keluar malam ini bersama Azmi. Namun apakan daya dia sudah dipaksa!

“Assalamualaikum Lisa! Awak dah siap? Mari kita pergi.” Kata Azmi ringkas dan mula mengorak langkah. Lisa semakin geram melihat perangai Azmi yang seperti kebudak-budakkan.

“Waalaikumsalam.” Balas Lisa ringkas dan terus mengunci pintu. Dia terus membuntuti Azmi dari belakang dan mengomel sendirian. Baru Azmi tersedar bahawa Lisa berjalan di belakangnya dan dia di hadapan seorang diri.

“Kenapa awak berjalan di belakang saya? Awak mengintai saya ke?” Soal Azmi tiba-tiba sambil mengenyitkan mata kepada Lisa. Terkejut Lisa ketika itu.

“Eh! tak adalah. Buat apa saya nak intai Encik Azmi? Daripada saya intai Encik Azmi baik saya intai budak hotel di sini...” Kata Lisa mengelak.
“Alasan... Padahal memang awak mengintai saya kan? Amacam kacak tak saya daripada belakang?" Azmi semakin galak mengusik Lisa.

“Please! Saya tak ada masa nak mengintai lelaki macam Encik Azmi. Jangan nak perasan ok? Daripada saya mengintai Encik Azmi lebih baik saya mengintai Encik Anuar tu.” Balas Lisa semula mempertahankan kata-katanya. Apabila Azmi mendengar kata-kata Lisa terus dia berpaling semula ke depan.

“Buruk sangatkah saya di mata awak Lisa? Hina sangatkah saya di mata suci awak itu?” kata-kata Azmi membuatkan Lisa tergamam seketika.

"Err... Bukan itu maksud saya Encik Azmi. Saya…saya...”

“Tak mengapalah, kita batalkan saja rancangan saya. Lagipun saya tak nak memaksa awak keluar malam ni. Awak boleh balik ke bilik awak semula. Maklumlah saya ni kan nampak buruk saja pada awak Lisa.” Rajuk Azmi tidak semena-mena.

“Eh! Tak mengapalah. Saya temankan Encik Azmi dan lagipun kita dah separuh jalan ni. Orang tua-tua kata tak baik berpatah-patah balik semula.” Ulas Lisa untuk memperbetulkan keadaan. Azmi hanya mendiamkan diri dan meneruskan perjalanan di tempat letak kereta. Lisa semakin resah kerana sudah melampaui batas.

Sesudah memasuki kereta Lisa dan Azmi hanya diam seribu bahasa. Tiada gurauan, tiada lagi usikkan dan tiada gelak tawa yang berkumandang. Hanya sunyi sepi dan deruman enjin kereta yang sesekali memecahkan kesunyian malam. Lisa mencari-cari idea untuk menjernihkan keadaan.

“Maafkan saya Encik Azmi sebab saya dah melampaui batas. Tidak sepatutnya pekerja makan gaji macam saya ini berkata begitu terhadap majikan sendiri. Saya bersalah dalam hal ini dan mengguriskan perasaan Encik Azmi.”

“Saya pohon maaf dan berharap Encik Azmi tidak memecat saya. Saya sayangkan pekerjaaan ni Encik Azmi.” Kata Lisa meluahkan rasa hatinya. Gusar bukan kepalang apabila Azmi mendiamkan diri. Hampir tersembur Azmi mendengar baris terakhir kata-kata Lisa. Dia tertawa besar dan Lisa terkedu.

“Lisa... Lisa. Takkan perkara remeh macam tu saya sampai nak berhentikan awak pulak. Saya pun satu tiba-tiba saja nak beremosi. Ok saya pun minta maaf pada awak kalau rajuk saya tadi buatkan awak rasa susah hati. Jadi kita berdamai?”

“Terima kasih Encik Azmi. Saya janji takkan melebihi batasan lagi.”
“Tapikan kalau saya merajuk best jugak. Dapatlah saya nak manja-manja dengan awak kan...” Kata Azmi sehingga hampir meluahkan rasa hatinya.
“Maaf Encik Azmi nak manja-manja dengan saya? Saya bukan pengasuh Encik Azmi nak manja-manja ok? Saya...” Tiba-tiba bibir nipis Lisa ditahan dengan jemari Azmi.

“Saya memang nak manja-manja dengan awak Lisa. Sungguh sejak dari bangku sekolah saya cuba nak mendekati awak tapi saya tengok awak sentiasa bersikap dingin memang seperti sekarang.”

“Oleh kerana itu tiba-tiba buat saya jatuh hati, jatuh cinta, gila bayang dan segala-galanya. Setiap hari saya suka mengusik awak Lisa sebab dengan cara itu saya dapat mendekati awak.”

“Saya terhibur dengan kata-kata awak, menjeling saya dan menghentak-hentakkan kaki bila awak rasa geram dengan perangai saya. Saya sentiasa rindukan wajah awak, suara awak, keletah awak dan perangai awak.” Luah Azmi tanpa rasa segan silu dan membuatkan Lisa terpana seketika.

“Awak nak tahu Lisa, saya tak pernah rasa gila sebegini. Saya makin geram bila awak jual mahal. Ada saja alasan awak nak kenakan saya balik. Tapi saya terhibur Lisa. Tengok tadi awak berjaya membuatkan hati saya rajuk seketika. Saya tiba-tiba jadi cemburu. Tapikan awak ni nampak saja garang tapi sebenarnya awak ni cepat menggelabah juga ye...” Kata Azmi sambil tersenyum. Lisa masih lagi berdiam diri dan menundukkan wajahnya kerana tidak berani memandang muka Azmi.

“Ok sekarang kita dah sampai. Mari...” Kata Azmi dan Lisa terus terpinga-pinga.

“Saya sengaja pilih tempat ini khas untuk kita berdua.”

“Saya... Saya...” Tergagap-gagap Lisa mencari idea.

Setelah duduk dan selesai memesan hidangan. Lisa masih menundukkan wajahnya. Azmi hanya memandang Lisa sambil tersenyum. Lisa menjadi semakin tidak keruan. Azmi berkata dalam hati.

Pemalu rupanya!

“Dengan ikhlas hati saya mencintai awak Cik Melissa Natasha Binti Kamaruddin. Sesungguhnya saya mencintai awak kerana Allah SWT. Saya ikhlas dan jujur di atas semua perasaan saya terhadap awak Lisa.....” Luahan Azmi membuatkan Lisa secara automatik memandangnya.

Azmi tersenyum dan Lisa terpaku.

***********

ASSALAMUALAIKUM sayang.... Morning!” Kata Azmi sambil mengenyitkan mata kepada Lisa. Terperanjat Lisa apabila Azmi berkelakuan secara terang-terangan di pejabat. Rakan-rakan Lisa tersenyum sumbing melihat drama yang terjadi. Lisa menjengilkan matanya yang bulat kepada Azmi. Tidak selesa dibuat sebegitu rupa.

“Errr... Waalaikumsalam Encik Azmi. Morning too...” Balas Lisa tergugup-gugup.

“I missed and loved you so much! Malam nanti saya bawa awak dinner ok? Jangan bagi alasan ye. Nanti saya cium awak depan diaorang semua ni.” Kata Azmi selamba sambil mengangkat-angkat keningnya.

“Awak gila cakap macam tu dalam pejabat. Nanti apa kata diaorang? Tak manis sebegini tau.” Lisa mengetus tanda protes dan Azmi hanya tersenyum. Masak sudah dia dengan perangai Lisa yang dikenalinya semenjak di bangku sekolah lagi.

“Biarlah apa yang diaorang nak kata dan pandang. Kitakan pasangan bahagia. Ok jangan lupa malam ni pukul Sembilan. Saya jemput.” Balas Azmi dan terus berlalu pergi. Lisa semakin geram sikap Azmi yang tidak mempedulikan keadaan sekeliling. Namun ada sepasang mata yang tidak tahan melihat drama itu. Cukup marah dan sakit hati. Ingin dia baling Lisa dengan pasu bunga yang ada di atas mejanya.

Natrah, merupakan pembantu peribadi Azmi cukup anti dengan Lisa. Sudah sekian lama Natrah menaruh hati kepada Azmi tetapi majikannya itu buat-buat tidak perasan yang suka menggodanya. Seringkali Azmi menolak pelawaan Natrah untuk makan tengahari bersama. Mujur ada Anuar yang selalu menyelamatkannya dari Natrah.

Begitulah keadaan yang sama ketika Zanita yang tidak tahu malu asyik nak berkepit dengannya. Zanita kini ditempatkan pesakit mental selepas kejadian dia melanggar lari yang menyebabkan Lisa terlantar di hospital tidak sedarkan diri selama seminggu. Sehingga kini Lisa masih tidak mengetahui bahawa Azmi yang membawa dia ke hospital demi menyelamatkan nyawanya. Setiap kali Lisa bertanya kepada Anuar, jawapan yang Lisa dapat tetap hampa. Pakcik teksi yang membawanya dulu pun ingat-ingat lupa. Lisa rasa terkilan sebab tidak dapat berterima kasih terhadap pemuda yang bertindak pantas menyelamatkan dirinya.

Natrah sememangnya gadis genit yang seksi lagi menggoda. Siapa yang tidak tahan imannya pasti sudah cair. Anuar yang menaruh hati terhadap Natrah terpaksa dipendamkan sahaja. Natrah selalu memandang dingin jikalau Anuar menegurnya.

“Benci betul aku tengok perempuan seorang ni. Meluat!” Gerutu Natrah sendirian. Lisa yang tidak mengetahui perasaan cemburu Natrah tetap menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugasannya. Natrah sengaja datang menyinggah.

“Kau ni perasan betul! Cermin dulu muka tu. Tengok cantik ke tidak kalau nak dibandingkan dengan aku! Faham!” Tiba-tiba Natrah mengherdik Lisa. Satu kepantangan Lisa jika orang mengherdiknya tidak tentu hala.

“Perasan? Eh! Setiap hari saya cermin muka saya ni Cik Natrah. Sempurna ciptaan Illahi....” Balas Lisa sambil tersenyum dan membuatkan hati Natrah semakin membengkak.

“Amboi! Bukan main lagi kau. Ingatlah sikit siapa diri kau! Jangan perasan cantik!” Bentak Natrah. Lisa buat tak tahu.

“Saya tak pernah nak perasan cantik. Malah saya lebih suka begini. Ini cara saya dan kalau Cik Natrah tak suka janganlah selalu pandang-pandang saya....” Balas Lisa selamba. Malas mahu melayan.

“Kurang ajar awak ye Lisa!” Herdik Natrah.

“Maaf kalau saya kurang sopan. Sila beri saya ruang untuk selesaikan tugasan. Terima kasih!” Kata Lisa dan terus berlalu membiarkan Natrah sendirian.

Natrah semakin geram terhadap Lisa. Hatinya mencemburui Lisa kerana berjaya menambat cinta Azmi. Sedangkan dia berhempas pulas beberapa kali menggoda Azmi. Kebenciannya semakin hari semakin bertambah. Lisa hanya menggeleng sebab dari sekolah sampai sekarang ada saja yang nak bermusuh dengannya. Lisa sendiri pelik apa salahnya pada mereka.

“Nasib kaulah Natrah, malas aku nak layan kau. Kalau layan nanti lag berjela-jela. Serupa pula perangai kau dengan Zanita dulu.” Ngomel Lisa sendirian di stor filing.

***********

NATRAH! Awas!” Jerit Lisa.

Natrah hampir-hampir di langgar kenderaan pacuan empat roda sebentar tadi. Dia bernasib baik kerana tersedar dengan jeritan Lisa. Berlari Lisa mendapatkan Natrah yang pucat lesi dan binggung seketika. Natrah menggigil ketakutan. Lisa mendapatkan Natrah untuk menenangkannya. Natrah menangis sambil memeluk Lisa. Jika tidak kerana Lisa mungkin dirinya sudah timpa kemalangan.

“Maafkan aku Lisa sebab selalu menyakiti hati kau. Gara-gara cemburu aku selalu mengherdik kau. Maafkan aku...” Jujur Natrah memohon kemaafan.

“Sudahlah Cik Natrah. Saya tak simpan dalam hati pun. Buang yang keruh kita ambil yang jernih." Lisa tersenyum memaniskan muka dan Natrah memeluknya erat. Orang ramai beredar dari situ dan Lisa memapah Natrah pergi ke klinik berhampiran.

Lisa bersyukur kerana permusuhan antara dia dan Natrah sudah berakhir. Tidak sia-sia doanya agar Allah membuka hati Natrah agar tidak membencinya. Malah dia gembira sebab sempat membantu Natrah dari terkena kecelakaan.

“Ya Allah! Terima kasih kerna mengabulkan doaku selama ini. Amin…" Bisik Lisa perlahan di dalam hati.

***********

SETELAH lebih tiga bulan berlalu Lisa masih juga tidak berjaya menjumpai diri Azmi. Patah hati Lisa apabila Azmi Iskandar tidak lagi mempedulikan dirinya. Lisa mula memikirkan bahawa Azmi hanya ingin mempermainkan hati serta perasaannya. Lisa menjadi marah dan menganggap segala apa yang Azmi ucapkan kata-kata indah padanya hanyalah omongan kosong belaka.

“Penipu! Kau penipu Azmi!” Bentak Lisa sendirian. Dia begitu kecewa dan terluka dengan apa terjadi antara dia dan Azmi.

“Bodoh betul aku ni! Bodoh sebab perasan seorang diri dan terus menerima cinta palsu orang macam dia. Orang yang ada rupa, harta, pangkat serta kedudukan mana mungkin akan menginginkan orang seperti aku.”

“Kenapa aku tak nampak semua tu? Butakah aku kerana cinta?” Gumam Lisa sendirian dan dia mengambil gambar Azmi Iskandar yang terletak cantik di atas meja soleknya dan terus menghempaskan ke lantai.

Pranggggggggggg..!

Pecah berderai cermin gambar yang di hiasi kemas gambar milik kekasih hatinya. Lisa hanya memandang sepi. Kemudian dia menangis semahu-mahunya. Terhiris perasaanya tatkala ini.

“Aku benci kau Azmi! Sungguh hati ini amat membenci dirimu Azmi Iskandar!” Kata Lisa ketika menahan rasa rawan di dalam hatinya. Lisa menghempaskan diri di atas katil dan membiarkan tangisannya berlalu pergi. Tersedu-sedan Lisa menahan hiba sehingga terlena tanpa sedar.

***********

ASSALAMUALAIKUM…Hello Anuar! Lisa ni...”

“Waalaikumsalam Lisa… Apa khabar Lisa? Sihat?” Anuar bertegur sapa.

“Lisa sihat-sihat aje Anuar… Anuar sihat ke? Lisa menganggu Anuar tak?” soalku berbasa basi.

“Anuar sihat alhamdullillah Lisa… Eh! tak menganggu pun Lisa. Boleh je nak berbual. Lama tak jumpa Lisa.” Balas Anuar.

“Erm...boleh Lisa tanya Anuar?”

“Boleh Lisa… Nak tanya apa tu?”

“Boleh tak petang ni kita berjumpa di Oldtown White House Coffee dekat Jalan Bangsar?” Soalku.

“Petang ni? Boleh tak ada masalah. Lepas kerja ok lah…”

“Saya tunggu awak dekat sanalah. Ada perkara yang Lisa nak bincangkan…”

“Ok. Kita jumpa petang ni…”
“Ok Anuar... Thanks! Assalamualaikum...”

“Waalaikumsalam Lisa.” Talian dimatikan dan Anuar sudah dapat mengagak berkenaan perkara yang hendak dibincangkan.

“Kenapa kau larikan diri Mi? Serba salah aku sekarang. Lisa… Maafkan Nuar sebab dah janji dengan Azmi rahsiakan perkara ni.” Ngomel Anuar sendirian.

Dia sendiri takut mungkin satu hari nanti dia akan terlepas cakap pada Lisa. Demi kerana persahabatan yang utuh dengan Azmi, membuatkan Anuar terikat pada perjanjian yang telah termeterai. Anuar telah berjanji akan merahsiakan perihal yang berlaku ke atas diri Azmi.

Lisa menunggu Anuar di tempat yang telah dijanjikan. Lisa memesan kaya dan marjerin toast double set serta pepsi fload. Lisa sempat menjamah toast berkenaan memandangkan dia tidak keluar makan tengahari tadi. Sejak akhir-akhir ini selera makannya tidak menentu. Fikirannya lebih melayang mengingatkan Azmi yang telah menghilangkan diri lebih dari tiga bulan.

“Assalamualaikum Lisa. Maaf sebab Nuar terlewat. Biasalah jalan jammed waktu-waktu begini...” Sapa Anuar.

“Waalaikumsalam Nuar. Tak mengapa, Lisa pun baru sampai. Sempatlah jamah roti ni sekeping. Anuar nak pesan apa-apa ke?”

“Tak apa lah Lisa. Kalau Nuar nak nanti Nuar pesan sendiri.”

“Kalau macam tu Lisa belanja Nuar lah kalau nak makan apa-apa. Memandangkan Lisa yang mengajak Nuar keluar.” Balasku dengan senyuman.

“Lisa sihat ke? Nuar tengok Lisa macam orang tak bermaya aje...” Soal Nuar tiba-tiba.

“Eh Lisa oklah Nuar. Sihat je. Mungkin sebab sibuk bekerja tu yang nampak letih sedikit. But truly I'm feeling well. Don't worry ok?” Aku cuba menyembunyikan perasaan yang sebenar.

“Kalau macam itu ok lah. Tak ada lah Nuar risaukan Lisa.”

“Tak perlu risaukan Lisa Nuar. Lisa baik-baik aje...”


“Errmm... Nuar boleh Lisa tahu kalau-kalau Nuar ada berhubung dengan Azmi? Lama Lisa tak nampak Azmi. Kemana dia pergi? Sakitkah?”

“Kenapa dia tak hubungi Lisa dan tak menjawab panggilan Lisa? Pesanan ringkas pun tidak berbalas. Lisa risaukan dia Anuar...” Soalku dengan panjang lebar.

“Err...Maafkan Lisa. Nuar pun buntu. Kemanalah agaknya si Mi ni pergi ye. Dengan Nuar pun dia tak cakap apa-apa. Tempat yang selalu dia pergi pun tak ada Nuar cari. Nuar ada jugak hubungi Mi tapi tak berjawab. Kadang-kadang telefon bimbitnya dimatikan.” Balas Anuar berbohong. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Biarlah dia terpaksa menipu Lisa demi memenuhi permintaan Azmi.

“Buntu Lisa sekarang ni Anuar. Kemanalah Azmi ni pergi. Kenapa dia buat begini pada Lisa? Ada apa-apa yang membuatkan dia berkecil hati dengan Lisa ke?” Soal Lisa lagi sehingga tubir matanya sudah bergenang menahan kesedihan.

“Jangan begini Lisa, mungkin ada sebab Azmi menghilangkan diri. Anuar pun tak tahu nak kata apa sekarang...”

“Tak mengapalah Nuar, Lisa akan tunggu sampai Azmi pulang. Lisa sendiri akan bertanyakan pada Azmi kenapa dia buat begini. Terima kasih Nuar sebab sudi datang sini berjumpa dengan Lisa.” Anuar hanya mendiamkan diri dan mengangguk setiap baris kata-kata Lisa. Anuar sendiri susah hati melihat keadaan Lisa ketika ini.

Dari jauh ada sepasang mata yang memerhatikan gerak laku Lisa dan Anuar. Tanpa Lisa sedari bahawa mata itu adalah kepunyaan insan yang di cari-cari selama ini. Azmi Iskandar melarikan diri daripada Lisa dan ahli keluarganya di atas sebab-sebab yang tertentu. Dia tidak sanggup melihat orang-orang di sekelilingnya bersimpati dan meratapi terhadap dirinya yang semakin tidak bermaya. Wajah berjambang, rambut panjang tidak terurus dan badan semakin kurus. Azmi semakin nazak. Kerna sudah ketentuan dari Illahi dia sanggup berkorban untuk segala-galanya demi tidak membebani terhadap orang-orang yang dikasihinya. Hanya Anuar tempat dia bertanya khabar tentang keluarganya, syarikatnya dan kekasih hatinya, Lisa.

Setelah puas dia menatapi wajah kesayangannya yang selama ini dia rindui, Azmi mengorak langkah meninggalkan mereka. Anuar yang mengetahui Azmi akan hadir sama tetapi dia sendiri tidak mengetahui di mana Azmi menyembunyikan diri. Dia juga bimbang kalau-kalau Lisa bertembung dengan dirinya yang semakin tidak terurus. Itu akan mengeruhkan lagi keadaan.

***********

AZMI mengalirkan airmatanya dan duduk bersendirian mengenangkan saat-saat akhir saki baki kehidupannya yang semakin singkat. Berteleku dia seorang diri dan memandang jauh ke arah lautan yang hanya bertemankan deruan ombak yang menghempas pantai. Seperti mana ombak menghempas pasir begitulah perit rasa dalam hatinya. Biarpun redha atas apa yang terjadi namun sebagai manusia kerdil dia juga bisa menangis biarpun dia seorang lelaki! Sungguh tangisan itu tangisan yang bukan di buat-buat.

“Ya Allah! Sesungguhnya aku hanya insan kerdil yang tak bisa mampu untuk menahan segala rasa duka dan hiba. Semakin aku cuba untuk bertenang tetapi semakin sempit dada ini ku rasakan Ya Allah. Ya Tuhanku! Hanya padaMu aku berserah dan kepadaMu jua aku akan kembali. Ampunilah daku dan segala dosa-dosa yang pernah daku lakukan ketika hayatku di kandung badan Ya Allah. Amin, ya rabbal alamin.....” Azmi berdoa setelah usai menunaikan kewajipannya kepada Illahi. Azmi melipat semula sejadah dan membetulkan diri di hadapan cermin. Dia menatap wajahnya yang semakin tidak terurus.

Tertancap matanya pada sebingkai gambar yang mencerminkan wajah insan yang teramat di rinduinya. Azmi menatap gambar itu sedalam-dalamnya dan sekejap-sekejap dia memeluk bingkai gambar itu dengan penuh erat. Sambil mata terpejam, ingatannya jauh melayang kepada kekasih hati yang di tinggalkan tanpa sebarang pesan.

“Lisa...” rintih Azmi hiba dan kesekian kali airmatanya menitis.

“Maafkan Mi sebab tinggalkan Lisa macam itu aje.....Mi tak berdaya nak berdepan dengan Lisa.... Sungguh Lisa, Mi sayangkan Lisa dan kerana sayanglah Lisa...Mi sanggup berkorban....Maafkan Mi sayang...” rintih Azmi lagi. Ketika ini perasaannya semakin parah. Azmi menulis warkah terakhir buat insan-insan yang tersayang sebagai tanda kenangan. Pabila tiba saat itu, mereka akan menerima wasiat terakhir itu. Harapan Azmi mereka akan mengerti di atas apa yang berlaku kepada dirinya.

***********

AZMI!” terjerit Lisa dari lenanya. Peluh dingin membasahi dahi. Lisa tercungap-cungap untuk bernafas. Mimpi ngeri yang Lisa alami membuatkan dia berasa semakin tidak tenang.

“Astaqfirullahalazim! Ya Allah, dugaan apakah ini? Kenapa mimpi ini yang datang dalam tidurku? Apakah ini alamat ataupun tanda daripadamu Ya Maha Agung?” Lisa berteleku sendirian. Lisa bangun dan terus masuk ke bilik air. Dia mengambil whuduk dan menunaikan solat sunat dengan penuh khusyuk. Seketika itu dia menadah tangan berdoa memohon ketenangan. Lisa bermimpi Azmi datang kepadanya dengan pakaian serba putih bersih dengan wajah yang terpancar indah. Azmi tersenyum kepadanya dan terus hilang dari pandangan.

“Ya Allah Ya Tuhanku! Ampunilah hambaMu yang serba kerdil ini Ya Allah. Sesungguhnya aku tidak layak menyoalMu ketika engkau memberikan ilham kepadaku dalam lenaku sebentar tadi Ya Allah.”

“Aku seharusnya bersujud kepadaMu memohon ketenangan dalam kegusaran. Ya Allah, Kau lapangkanlah dadaku ini yang semakin sarat dan berat. DemiMu Ya Allah aku berdoa agar segala apa yang Engkau ilhamkan tadi hanya mainan tidur semata-mata. Berilah daku petunjuk di atas jalanMu Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin." Setelah usai Lisa berdoa dia kembali semula ke katilnya.

Jam menunjukkan baru pukul tiga setengah pagi. Lisa menarik nafasnya dalam-dalam dan menghembus perlahan-lahan agar merasa tenang. Lisa memujuk matanya untuk lena semula. Dalam tidur-tidur ayamnya fikiran Lisa ligat memikirkan mimpi yang datang sebentar tadi.

“Azmi...” Nama itu masih yang terukir di bibirnya.

Sudah beberapa malam Lisa tidak dapat tidur lena. Kerja yang dia lakukan di pejabat pun tidak diberikan sepenuh perhatian. Seringkali mengulangi kesilapan yang sama. Puas Kak Maznah menyuruhnya mengambil cuti untuk menenangkan fikiran tetapi Lisa berkeras. Suhana serta rakan-rakan yang lain bersimpati terhadap Lisa sejak kehilangan Azmi. Kadang-kadang Lisa berkhayal sendirian dan beberapa kali hampir-hampir di langgar kenderaan. Keadaan Lisa semakin tidak menentu. Ingatannya terhadap Azmi membuatkan dia hilang arah pertimbangan.

Lisa selalu menangis di rumah, di bilik air mahupun di meja pejabatnya sendiri. Anuar yang tidak sampai hati melihat keadaan Lisa, mahu saja dia memberitahu di mana Azmi berada. Namun apakan daya Azmi telah berkeras kepada Anuar agar menyimpan rahsia itu sehingga tiba saat itu nanti. Anuar merasa serba salah diluah mati emak dan ditelan mati bapak.

Azmi yang mendengar perkhabaran dari Anuar membuatkan hatinya semakin gundah. Kasihan benar dia mendengar berita mengenai Lisa. Dalam pada masa yang sama dia tidak mahu Lisa melihat keadaan dirinya yang semakin nazak. Biarlah dia menanggung semuanya sendiri. Setiap panggilan dari sesiapa Azmi tidak akan menjawab kecuali Anuar. Cinta yang baru di semai tak dapat bertahan lama kerana Azmi menghidapi brain tumor yang kritikal. Azmi hampir jatuh pengsan dan terduduk mendengar berita daripada Doktor Hazman yang merupakan doktor peribadinya.

Azmi seringkali tetidur sendiri di pejabat dan kerap kali sakit kepala sehingga pernah termuntah beberapa kali. Suhu badannya yang tidak menentu sekejap panas dan sekejap sejuk.Keadaan Azmi itu memaksa Anuar membawanya ke hospital Pantai Medical Centre untuk membuat rawatan selanjutnya.

Azmi dan Anuar seringkali berulang alik untuk pemeriksaan seterusnya tanpa pengetahuan sesiapa. Azmi meminta doktor peribadinya merahsiakan perihal itu. Anuar yang selalu menemani Azmi membuat ujian darah dan sebagainya. Hanya Anuar yang mengetahui segala-galanya perit jerih yang ditanggung oleh Azmi. Setiap kali bersama Lisa, Azmi menyembunyikan rasa sakitnya. Setelah mendapat keputusan yang positif. Azmi tiba-tiba menghilangkan diri tanpa berita. Pihak keluarganya buntu tentang kehilangan Azmi. Hendak buat laporan polis, tiada sebarang ugutan yang di terima. Mama Azmi sudah puas menangis menanti anak tunggalnya kembali.

***********

KEADAAN Azmi sudah semakin nazak. Anuar semakin resah. Dalam kedegilan Azmi tidak mahu diberi rawatan susulan membuatkan Anuar semakin geram.

“Kau ni Mi dah dalam keadaan begini pun tak nak pergi hospital. Kenapa degil sangat!” soal Anuar tidak berpuas hati.

“Aku tak nak susahkan sesiapa Anuar. Biarlah aku begini.” Azmi terbatuk-batuk dan memegang kepalanya yang kerapkali terasa bengal.

“Aku tak kira! Kau bangun sekarang! Aku bawa kau ke hospital kalau kau tak dengar cakap aku, aku call Lisa sekarang!” ugut Anuar.

“Ja..Jangan! Anuar tolong jangan beritahu apa-apa dekat Lisa! Please Anuar...." Rintih Azmi.

“Kalau macam tu kau kena pergi hospital sekarang jugak! Bangun!” Arah Anuar.

Dengan sisa tenaga yang masih ada Azmi gagahkan diri untuk bangun. Anuar membantu kawan baiknya dan memapah menuruni anak tangga. Anuar menghidupkan enjin, masukkan gear dan memecut laju kenderaannya. Azmi hanya terdiam sepi dan sekali sekala memandang Anuar. Azmi hanya tersenyum melihat kegusaran Anuar dan dalam pada itu dia teringat bagaimana keadaan Lisa.

“Sayang...” Rintih perlahan dari bibir Azmi.


Apabila sampai di kawasan hospital. Anuar memapah Azmi yang semakin lemah dan tidak berdaya. Jururawat secara tidak langsung membantu membawakan katil beroda untuk membawa Azmi ke bahagian kecemasan. Bergenang airmata Anuar apabila melihat keadaan Azmi. Pilu hatinya kerana Azmi rela menanggung seorang diri. Tubuh badan Azmi yang dahulunya tegap kini semakin cengkung.

“Azmi... Kenapa kau degil sangat? Kenapa nak tanggung seorang diri?” Azmi yang dalam keadaan tidak sedarkan diri terdiam kaku. Pernafasannya turun naik menunjukkan tidak stabil. Kata doktor Azmi kini dalam peringkat merbahaya. Ini membuatkan Anuar semakin pilu dan bertambah pilu.

Anuar menemani Azmi sehingga dia terlelap. Azmi tidak membenarkan Anuar memberitahu sesiapa tentang dirinya yang kini terlantar di wad kritikal. Azmi merayu agar Anuar memahami keadaan dirinya. Anuar merasa semakin tertekan dan serba salah.

***********

ANUAR... Sakitnya! Ya Allah!" Rintih Azmi menahan kesakitan yang tidak tertanggung. Anuar tersedar dari lenanya yang panjang dan menggosokkan mata yang masih terpisat-pisat”


“Mi... Kau ok ke ni…? Kenapa ni? Sakit apa ni? Jangan takutkan aku Mi” Soal Anuar gelisah.

“Kepala aku sakitlah Nuar... Macam nak pecah kepala aku ni... Dada pun sakit.... Nak bernafas pun susah.... Kenapa kaki aku rasa sejuk sampai ke tulang?” Adu Azmi perlahan.

“Aku… Aku panggilkan doktor sekarang!” Berlari Anuar mendapatkan jururawat yang bertugas malam itu. Setelah memberi keterangan kepada jururawat Anuar bergegas kembali masuk ke dalam bilik melihat keadaan Azmi. Pucat dan tidak berdarah. Jururawat berkejaran memanggil doktor yang bertugas untuk sebarang kecemasan yang bakal berlaku.

“Mi... Mi.... Kau ok tak ni?” Panggil Anuar sambil meggoncangkan tubuh lemah milik Azmi.

“Ka…Ka… Kaki aku sejuk Nuar... Da… Dada aku rasa sempit... Se… Se… Sekarang sejuk tu dah naik ke peha aku dan semakin lama semakin naik ke atas." Tersekat-sekat Azmi berbicara.

“Mi... Jangan takutkan aku Mi... Tahan Mi, doktor sampai kejap aje lagi...”

“Allahuakhbar! Anuar sakitnya... Ya Allah Ya Tuhanku!" Azmi mengaduh dan membuatkan Anuar semakin panik. Sekali lagi Anuar menjerit kepada jururawat yang bertugas.

"Nurse! Nurse!" Panggil Anuar.

Azmi semakin nazak dan Anuar semakin kaget. Azmi sedang bertarung nyawa dan berdepan dengan nazak yang amat menyakitkan. Doktor dan jururawat bergegas datang mendapatkan Azmi. Anuar diarahkan keluar. Anuar ke hulu hilir tidak senang duduk. Dia mencapai telefon bimbitnya dan mendial nombor telefon Dato' Murad.

Anuar terpaksa menceritakan hal sebenarnya apabila melihat keadaan Azmi semakin serius.Tiba-tiba dia terpandang nombor telefon bimbit milik Lisa. Belum ada kekuatan untuk dia berbuat demikian. Pasti Lisa akan bersedih!

“Maafkan Anuar Lisa...” Selama tiga jam Anuar menanti di luar akhirnya doktor muncul. Anuar mendapatkannya untuk mengetahui keadaan Azmi. Dato' Murad dan Datin Munirah yang masih lagi menangis sama-sama mendengar jawapan dari doktor. Dato' Murad terkedu tanpa berkata-kata. Datin Munirah pengsan dan hampir terjelepok ke lantai tapi sempat di tahan Anuar.

“Tak...tak... Tak mungkin doktor... Tak mungkin!” Jerit Anuar. Dato' Murad menangis sambil memeluk Datin Munirah. Anuar belari mendapatkan Azmi. Azmi terbaring kaku tiada hembusan. Terdiam dan membisu. Mata terpejam rapat!

“Azmi Iskandar!”

“Lisa... Azmi dah tinggalkan kita Lisa... Aku... Aku...” Anuar tidak mampu untuk meneruskan kata-kata.

***********

DI KAWASAN perkuburan itu Lisa termanggu seketika. Menatap nama yang terukir indah di batu nisan yang tegak berdiri dan tanahnya yang masih merah. Nama yang pernah mengajarnya erti cinta, erti sayang, erti kasih dan erti rindu. Mengalir airmatanya apabila menyentuh ukiran nama itu. Si dia kembali menemui kepada Pencipta yang Maha Agung. Takdir yang telah memisahkan mereka untuk selama-lamanya. Kebahagiaan yang baru disemai telah diragut pantas dari hatinya. Duka yang kini mula bersarang di hati dan bahagia perlahan-lahan menghilang.

“Lisa...” Anuar memanggil lembut untuk memujuk.
“Maafkan aku Lisa sebab tak beritahu kau awal-awal tentang Azmi. Lagipun Mi sendiri minta aku diamkan perkara ini dari pengetahuan kau Lisa...”

“Dia tak mahu kau rasa susah hati dan terbeban di atas apa yang dia alami. Aku sendiri tak bersetuju dengan apa yang dia rancang untuk menjauhkan diri. Aku nasihatkan dia beritahu segala-galanya tapi Mi sendiri degil. Aku...aku…" Anuar tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila melihat airmata Lisa semakin laju turun ke pipi. Tersedu-sedu Lisa di hadapan batu nisan milik arwah Azmi. Dia menjadi semakin serba salah. Kalau dia tahu jadi begini mana mungkin dia benarkan Lisa datang menziarahi pusara Azmi.

“Tapi apa yang dia buat tu Anuar membuatkan aku rasa terseksa dan terluka. Kenapa harus dia asingkan aku dari dalam hidup dia? Walaupun dia sedang menderita? Macam orang gila aku tunggu khabar berita tentang dia.”

“Setiap hari aku cuba menghubungi dia tapi tak berjaya. Beratus-ratus pesanan ringkas aku hantar semua tidak berjawab. Alih-alih hanya batu nisan yang aku jumpa...” balasku semula dan menghamburkan segala rasa dalam sanubari.
“Aku faham apa yang engkau rasakan Lisa. Aku berasa kesal sangat-sangat. Maafkan aku Lisa...” Anuar tertunduk dan semakin menebal perasaan bersalahnya.

“Takpelah Anuar, nasi dah jadi bubur… Bukan salah kau pun. Boleh tak kau tinggalkan aku sendirian sekejap?” Pintaku.

“Boleh Lisa, tapi jangan lama sangat ok? Maghrib pun dah tak lama ni. Tak baik waktu senja kita berada di sini. Aku tunggu kau dalam kereta.” Kata Anuar dan aku hanya mengangguk tanda faham.

Lisa hanya termenung melihat pusara Azmi. Dia tidak mampu untuk berkata apa-apa. Perkhabaran yang dia terima mengenai Azmi membuatkan dia jatuh pitam di pejabat. Mengalir airmatanya walaupun sudah puas dia mencuba untuk bertahan. Hatinya menjadi semakin sebak dan bertambah pilu. Apa yang dikesalkan dia tidak dapat menatap wajah terakhir Azmi.

Sangkanya dia dapat bertemu kembali bersama Azmi tetapi hanya pusara pengganti diri. Setelah puas Lisa bangun dan melangkah longlai ke kereta Anuar. Dia berpaling dan melihat lagi batu nisan yang tertera ALMARRHUM AZMI ISKANDAR BIN DATO' MURAD MUZAFFAR kembali ke rahmatullah (1980 - 2008).

Di dalam kereta Lisa hanya termenung ke luar tingkap dan terdiam sepi. Anuar tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbicaraan. Dia juga senyap sedari tadi. Memberi Lisa sedikit ruang. Tiba-tiba ideanya datang memecahkan keheningan.

“Lisa, kau lapar tak? Mari aku bawa kau pergi makan. Pucat sangat aku tengok muka kau. Perut tak elok dibiarkan kosong Lisa nanti kau pulak yang jatuh sakit.”

“Aku tak lapar Anuar. Tak mengapalah mari aku temankan kau makan kalau kau lapar. Tapi aku tak nak makan apa-apa. Tak ada selera. Terima kasih Anuar sebab bawa aku lawat pusara arwah Azmi. Walaupun hakikatnya aku tak kuat nak hadapi kenyataan bahawa Azmi sudah tiada.”

“Tak mengapa Lisa aku memahami. Kau pun perlukan masa untuk pulih seperti sediakala. Aku harap kau sabar dan tabah. Jangan fikirkan sangat ok.”

“Terima kasih sekali lagi Anuar sebab ambil berat. Kau jangan risau aku tak akan apa-apa.” Kataku dan cuba tersenyum walaupun hati semakin terasa perit.

“Selepas makan ni aku hantar kau balik rumah mak kau. Kalau kau duduk sorang-sorang dekat rumah sewa tu tak ada siapa nak tengok.”

“Eh tak mengapalah, hantar saja aku dekat rumah sewa aku. Jangan risau ok...” Anuar faham dan tidak boleh memaksa Lisa.

Dari penceritaan Azmi, Lisa memang tidak akan berganjak dari keputusannya. Kalau A katanya tetap A lah tak boleh bertukar jadi B mahupun C. Lisa kembali terdiam dan memandang ke luar kenderaaan. Masih bertakung airmatanya di tubir mata.

***********

TERIMBAS kembali saat-saat mereka bersama suatu masa dahulu sebelum pemergian Azmi buat kali yang terakhir.

“Lisa.” panggil Azmi lembut.

“Ye.” Lisa menyapa.

“Lisa sayangkan Mi tak?” Soal Azmi tiba-tiba.

“Errr...sayang agaknya kot." Usik Lisa.

“Betul-betullah jawab. Sayangkan Mi ke tak ni?” Azmi semakin geram dengan kenakalan Lisa.

“Sayanglah walaupun geram dengan perangai Mi yang tak habis-habis mengusik Lisa.”

“Hmm....cintakan Mi tak?” Soal Azmi lagi dan membuatkan Lisa semakin pelik.

“Kenapa tiba-tiba tanya soalan cepu emas pada Lisa ni? Lain macam aje?”

“Jawablah dulu soalan-soalan Mi...”

“Ya... Lisa sayangkan Mi. Cintakan Mi. Kasihkan Mi dan selalu rindukan Mi... Cukup? Puas?”

“Terima kasih sayang kerana sudi menerima diri Mi yang tidak seberapa ni. Maafkan Mi jikalau selama kita bersama Mi ada lukakan perasaan sayang. Jujur Mi katakan Mi benar-benar menyintai sayang.”

“Andainya umur Mi panjang, ingin sekali Mi memperisterikan sayang." Luahan Azmi membuatkan Lisa terasa bahagia.

“Kenapa tiba-tiba saja lain macam harini? Luahan jiwa ke apa ni? Jiwang karat betul Mi ni. Sampai bersayang-sayang bagai." Gurau Lisa menutupi kegusaran di hatinya.

“Tak kisahlah Lisa nak kata apa. Janji Mi dah luahkan segalanya. Andainya satu hari nanti Mi pergi dulu, Lisa jangan selalu bersedih hati ok? Janji dengan Mi.”

“Kenapa cakap macam tu? Mi sengaja nak buat Lisa rasa sedih ke? Jangan cakap macam tu lagi ok. Lisa tak nak dengar lagi.” Balas Lisa dan hatinya mula rasa tidak selesa.

Azmi hanya tersenyum dan memandang Lisa dengan penuh rasa kasih. Lisa tertunduk malu. Kini budak lelaki di zaman persekolahannya yang selalu dia memandang dingin kini sudah menjadi putera hatinya. Lisa tidak menyangka hatinya sudah dimiliki. Inikah dinamakan suratan ataupun kebetulan?

***********

ANUAR menerima sepucuk surat yang diutuskan Azmi untuk dirinya. Menitis airmatanya apabila membaca isi kandung yang terbait.

“Assalamualaikum buat sahabatku yang sejati dunia dan akhirat Anuar Khairudin.

Maafkan aku seandainya sepanjang perkenalan kita aku ada membuat kesilapan dan kesalahan terhadap kau. Aku cuma manusia biasa yang lebih banyak kekurangan dari kelebihan. Kau tahu Anuar, kaulah sahabat aku yang paling aku sayang dan aku mengucapkan terima kasih sebab memahami keadaan aku. Terima kasih tidak terhingga sebab kau berjaya simpankan rahsia besar untuk aku sehingga ke harini.

Anuar, tolong tengok-tengokkan kedua papa dan mama ku. Pada kau aku menaruh harapan dan pertolongan. Tentang Lisa, aku harap kau dapat jaga dia sebaik-baiknya. Peristerikan dia Anuar dan aku tak mahu dia terumbang-ambing seorang diri selepas ketiadaan aku kelak. Aku harap Lisa mengerti dan memahami permintaan aku yang gila ini... Hehehe..... Kau saja lelaki yang aku percaya sepenuh hati.

Akhir kata Nuar, aku sudah tukarkan segala surat wasiat agar jawatanku disandang oleh kau. Aku percaya kau boleh lakukan dan aku percaya papa pasti mengerti. Salam bahagia sahabatku yang teragung dan salam sejahtera ke atasmu.”

P/s : Kalau ada masa lawatlah pusara aku...

Yang benar dan ikhlas,

~Azmi Iskandar bin Dato' Murad Muzaffar~

“Azmi... Kenapa buat keputusan macam ni?” Anuar menyoal sendirian.

Lisa juga mendapat sepucuk surat dari Azmi dan membuatkan dia menangis semahu-mahunya. Insan yang dikasihi telah meninggalkan dirinya untuk selama-lamanya. Dia tidak percaya di atas apa yang terjadi.

“Assalamualaikum kepada kekasih hatiku yang dirindui selalu, Melissa Natasha.

Sayang...Maafkan Mi sebab tidak beritahu keadaan sebenar. Mi tak mahu sayang bersedih hati di depan mata Mi. Mi nak sayang sentiasa bahagia dan ceria selalu. Tentu sayang marahkan Mi kan? Tapi tak mengapa asalkan sayang tak menderita melihat keadaan Mi yang tidak berdaya ini.

Sayang... Ini adalah warkah terakhir untuk sayang, sebab selepas ini kita tidak akan berjumpa lagi. Maafkan Mi sayang untuk segala-galanya dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Sudah ketentuan Illahi kasih sayang kita berakhir di sini. Tapi buat pengetahuan sayang Mi tetap rasa bahagia walaupun sekejap. Sungguh sayang... Mi bahagia sangat sebab berjaya memiliki hati sayang. Terima kasih sayang sebab sudi menerima diri ini.

Sayang nak tahu tak sejak dari zaman persekolahan lagi Mi dah jatuh sayang pada sayang tau. Tapi masa itu Mi pendamkan saja sebab kalau luahkan takut sayang tolak mentah-mentah. Tapi tak sangka jodoh kita panjang dan akhirnya bertemu semula di alam pekerjaan. Alhamdullillah sayang doa Mi termakbul. Mi sentiasa mencuri pandang pada wajah sayang dari sekolah sampai sekarang... hehehehe... Jangan marah ya sayang..

Akhir kata Mi ingin memohon maaf pada sayang kalau ada sebarang silap dalam perhubungan kita. Mi harap sayang sentiasa tabah dan sabar serta senyum selalu.

Mi harap sayang dapat menerima Anuar sebagai penggganti Mi untuk kesinambungan cinta bahagia kita. Harap sayang memahami permintaan Mi ini. Hanya Anuar yang dapat membahagiakan masa depan sayang kelak.

Salam sayang serta rindu dan kasih buat sayang...

Wassalam

Yang teramat mencintai dirimu,

~Azmi Iskandar Dato' Murad Muzaffar~

“Azmi... Lisa... Lisa...” Tersekat-sekat Lisa bersuara.

***********

IS... Jangan lari nanti jatuh sayang.”

“Mama...cepatlah kejar Is.”

“Is... Kesian mama tu sayang. Mari sini dekat papa.”

“Baik papa.”

“Is... Tak sayang mama ke? Penat mama kejar Is tau.”
“Is sayang mama... Is sayang papa... Dua-dua Is sayang... Nanti Is dah besar Is janji akan jaga mama dan papa baik-baik... Kerja bagus-bagus...”

“Macam inilah anak papa. Dah besar nanti Is kerja dengan papa. Kita majukan perniagaaan ke peringkat lebih berjaya.”

“Is janji papa... Is akan balas jasa mama dan papa sebab Is sayangkan papa dan mama banyak-banyak.”

Datin Munirah terbayang-bayang ketika Azmi Iskandar muda remaja. Segala kasih dan sayang yang diberikan sepenuh perhatian kepada anak tunggalnya. Namun kini hanya tinggal kenangan sepi buat Datin Munirah. Azmi sudah tiada. Puas Dato' Murad memujuk Datin Munirah supaya redha di atas apa yang berlaku. Sudah suratan anak tunggalnya dijemput terlebih dahulu sebelum mereka.

Datin Munirah selalu bermuram dan bersedih apabila teringatkan arwah anak tunggalnya. Dato' Murad menyeka airmatanya apabila Datin Munirah bersedih hati. Rumah banglo yang tersergam indah kini hanya menjadi sepi. Tiada gurauan, tiada usikan dan riuh rendah seperti selalu. Datin Munirah dan Dato' Murad menatap kembali wajah anak kesayangan mereka, Azmi Iskandar yang segak bergaya ketika memegang segulung ijazah. Menjadi kebanggaan anak tunggal mereka berjaya mengejar ilmu ke peringkat tinggi.

***********

MAAFKAN Anuar sebab tak beritahu Lisa awal-awal. Sebab Anuar dah terikat pada perjanjian dan amanah dari arwah Azmi.”

“Tak mengapalah... Itu semua sudah ketentuan bahawa Allah lebih menyayanginya dari kita semua. Apa yang perlu di lakukan sekarang kita sama-sama berdoa agar dia dicucuri rahmat. Semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.” Lisa terkelat dengan kata-katanya sendiri. Airmata tetap tumpah menahan sebak di dada.

“Lisa... Anuar harap kita dapat bina hidup baru. Anuar sebenarnya tak sanggup nak tunaikan permintaan arwah. Sebab Anuar tahu Lisa tetap sayangkan Mi dan mana mungkin Lisa dapat menerima diri Anuar sebagai pengganti.” Jujur Anuar meluahkan kata-kata.

“Tidak Anuar. Lisa masih menganggap Anuar adalah kawan baik Lisa seperti mana Anuar pernah menjadi teman sejati Azmi. Kita tidak mungkin akan bersama kerana permintaan yang di pinta oleh Azmi itu tidak mampu Lisa tunaikan. Maafkan Lisa.”

“Alhamdullillah... Terima kasih Lisa sebab memahami keadaan Anuar. Mana mungkin Anuar dapat menggantikan Azmi dalam kamus hidup cinta Lisa kan...” Anuar tersenyum sambil mengenyitkan matanya yang bundar. Lisa juga tersenyum pahit.

“Harap-harap begitulah. Lisa pun nak minta maaf jikalau kata-kata tadi mengguriskan perasaan Anuar.”

“Biarlah masa yang mengubati segala-galanya. Lisa berserah pada Allah untuk menenangkan rasa di dalam hati ini. Lisa harap kita masih lagi menjadi sahabat biarpun Azmi sudah tiada lagi. Terima kasih tak terhingga sebab Anuar sudi jaga Azmi sepanjang dia menghilangkan diri daripada Lisa...” Ujar Lisa dengan penuh keikhlasan.

“Sama-sama Lisa dan sudah menjadi tanggungjawab Anuar untuk berbakti kepada sahabat yang memerlukan pertolongan. Lisa pun kalau ada masalah boleh berkongsi cerita dengan Anuar.”

“Tentang menghilangkan diri dari Lisa tu mungkin Azmi tidak mahu Lisa semakin terluka...” Lisa hanya tertunduk hiba.

Akhirnya Lisa dan Anuar menemui kata sepakat perihal permintaaan Azmi yang ingin menyatukan mereka berdua. Mereka tidak sanggup meneruskan wasiat terakhir Azmi. Mereka meneruskan perhubungan tidak lebih daripada seorang sahabat.

***********

SUDAH tiga tahun berlalu pemergianmu. Lisa mendoakan agar dirimu sentiasa di rahmati Allah ketika berada di alam sana. Terima kasih sebab pernah menyayangi diri ini. Lisa tetap akan sematkan rasa cinta, sayang, kasih dan rindu yang tidak akan mungkin terpadam di dalam sanubari Lisa...” Monolog Lisa sendirian di tepi beranda rumah kecil itu.

Ya rumah kecil yang pernah menjadi tempat persinggahan Azmi ketika hayatnya masih ada. Rumah kecil yang dihadiahkan unutknya sebagai tanda cinta Azmi buat Lisa. Rumah kecil yang telah banyak menyimpan segala rasa duka, pilu, sedih dan pengorbanan. Lisa memerhatikan setiap inci rumah kecil itu dengan pandangan yang berbaur hiba. Biarpun mulut kata lepas namun rasa sayang itu masih lagi jua menetap di dalam hati kecilnya.

Percintaan Azmi Iskandar dan Melissa Natasaha disematkan sempena terdirinya rumah kecil ini. Di dinding penuh dengan gambar-gambar Mellisa Natasha sama ada bersendirian ataupun bersama dengan Azmi Iskandar. Terhias cantik di sulami dengan warna hijau muda. Itulah warna kegemarannya. Bermacam-macam idea yang Azmi curahkan dalam rumah kecil itu sebagai tanda penghargaan yang terakhir.

Tertancap mata Lisa pada bingkai yang di hiasi satu lirik yang sungguh bermakna buat dirinya. Di atas sebelah hujung kiri bingkai itu tertera gambar Lisa dan di hujung bingkai sebelah kanan terletak gambar Azmi di waktu alam persekolahan mereka. Lisa sekali lagi menitiskan airmatanya apabila mengertikan setiap bait-bait lirik itu.

“Azmi... Sesungguhnya hati ini sememangnya milikmu yang abadi... Al- fatihah buatmu… Seutas rindu ini tetap untukmu di alam sana...” ujar Lisa buat kali yang terakhir.

2 kata-kata pujaan:

Zass said...

i x puas hati!!!! sepatutnya azmi dibedah... atau apa kepakaran sekalipiun yg ptg azmi selamat...

Anonymous said...

Best... Tp kenape xberitau yg azmi selamatkan lisa mse accident dulu... Kalau x lg best buat flashback time skoolah or lisa kawen n dpt anak letak name azmi iskandar.. Hehehe

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*