Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

12 February 2012

KISAH HATI KITA - BAB TIGA



PAGI ini bermulalah sesi menghadapi peperiksaan akhir tahun. Alhamdullillah setiap tahun pointer aku berada ditahap yang boleh dibanggakan oleh kedua ibu bapa aku. Pesanan abah tetap kukuh didalam ingatan, pelajaran nombor dua dan agama nombor satu.

Cinta? Yang berada dalam carta nombor terakhir. Kalau lagu Najwa Latif carta nombor satu kan? Lagu mukabuka tu aku layan jugaklah sebab tidak melentok riuk sangat melodinya. Boleh siap angguk-anggukkan kepala. Errk...

Irfan Mikail, seperti biasa kalau tidak mengadap aku tidak sah. Kali ini bukan main lagi dia mendoakan kejayaan aku. Masa luku kepala aku dahulu takde pula berperangai macam ini.

"Assalamualaikum Darl...saya doakan awak boleh menjawab peperiksaan dengan jayanya. Semoga jodoh kita akan kuat dan jangan lupa cuti semester ini ya." Irfan Mikial mengingatkan perkara yang telah aku lupakan. Waktu aku hendak menjawab peperiksaan, waktu itulah dia hendak bangkitkan isu.

"Waalaikumsalam." Pendek sahaja aku menjawab kerana ia adalah wajib keatas orang Islam. Pertanyaannya yang lain aku buat tidak endah sahaja. Malas hendak melayan, kalau dilayankan pasti akan berjela-jela sehingga buatkan nafas aku menjadi sesak.

"Awak tak sihat ke? Macam lemah sahaja saya tengok kesayangan saya ni." Irfan Mikail masih berdiri didepan mata aku. Rosie semenjak tadi diam dan sibuk melayan pesanan ringkas. Entah siapalah agaknya dia tengah layan sejak akhir-akhir ini. Tapi tidak mengapalah itu hak peribadi dia, sungguhpun aku ini kawan baik dia namun aku tak berhak mencampuri urusan dirinya.

"Awak ni kan Irfan... Saya tak tahu nak guna bahasa apa dah. Cakap loghat Penang satgi pun awak tak faham. Guna bahasa Keay EL pun awak masih tak faham. Nak suruh saya cakap bahasa Uganda saya belum fasih. Saya tak nak terima cinta awak tu!" Aku sudah mula naik angin, kepantangan aku kalau orang tak reti bahasa ini.

"Tapi saya memang sudah jatuh cinta dengan awak Darlina Suraya. Awak suka atau tidak, cuti nanti rancangan itu tetap akan berjalan jugak. Biarpun saya dimaki, dihina dan dicaci saya tetap harungi. Hati dan perasaan bukan boleh dibuang-buang begitu sahaja. Lainlah kalau saya sudah tiada." Airmuka Irfan mula mengeruh. Aku masih buat tidak peduli Cuma kata-kata terakhirnya itu semacam sahaja aku dengar.

"Tak payah nak buat drama. Tepilah, kejap lagi exam nak start. Sepatutnya dalam kepala otak awak tu fikirkan macam mana nak menjawab exam. Bukan menggatal dengan saya. Ketepi sebelum saya pijak kaki awak nanti." Rosie yang berada sebelah aku menggeleng. Mungkin dia tidak mahu masuk campur tentang urusan aku dan Irfan Mikail.

Memang aku tak bagi campur pun.

Irfan Mikail masih tidak berganjak dan akhirnya aku tiada pilihan lain kakinya aku terus pijak. Irfan Mikail tidak mengelak sebaliknya tetap menahan rasa sakit sambil berdiri tegak lagi didepan mata aku. Adoiyai! Dia ini spesis Terminator ke apa?

Aku menolak dirinya dan terus memboloskan diri. Tiba-tiba lengan aku disambar dan membuatkan aku terpeluk diri Irfan Mikail. Mata kami bertembung dan aku terasa bagaikan ada renjatan elektrik antara kami berdua. Rosie menekup mulut dan plejar lain yang lalu lalang memandang sinis dengan insiden yang memalukan itu.

Pangggg!

Ringan sahaja tangan aku menampar muka Irfan Mikail. Dia tergamam dengan tindakan refleksi yang tidak semena-mena daripada aku. Seganas-ganas aku pun aku tetap perlu menjaga maruah dan kehormatan keluarga serta diri. Aku tidak mahu abah kecewa. Aku tidak sanggup hendak lukakan perasaan abah.

Airmata aku mula bergenang ditubir mata. Kalau perkara ini terdengar dicuping telinga abah tentu abah akan mengamuk sakan dan akan hilang kepercayaan terhadap janji aku sebelum ini. Kenapa Irfan Mikail benar-benar menambahkan lagi sakit dihati aku? Malah kali ini lebih kearah melukai perasaan aku.

"Aku benci kau! Jangan dekatkan diri kau pada aku lagi faham!". Aku terus berlalu pergi. Rosie cuba menenangkan perasaan aku. Aku melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan dengan perasaan yang tersangat sebal. Ramai yang berbisik-bisik memperkatakan tentang kejadian sebentar tadi.

Aku ingin menjerit supaya menyuruh mereka diam namun itu semua tidak berguna. Mulut manusia tidak boleh dipaksa-paksa disuruh kunci. Hendak atau tidak terpaksalah aku menadahkan telinga.

**********

SETELAH tamat dua jam berperang dengan soalan-soalan peperiksaan dengan disulami cabaran fikiran yang sedang berkecamuk akibat daripada perbuatan Irfan Mikail. Usai sahaja aku mengemas-ngemas peralatan menulis aku terus melangkah keluar. Rosie tidak dapat menyaingi aku kerana ada hal mustahak yang perlu diuruskan. Barangkali perancangan keluarganya mahu mengambilnya disini. Cuti semester kali ini Rosie akan pulang ke Negeri Sembilan tempat kelahirannya.

Aku? Rasa macam hendak pergi bercuti mengikuti Rosie sahaja tetapi aku kesiankan mak. Mesti mak akan rindukan aku, yalah mak mana pernah berenggang dengan anak perempuan dia ini. Walaupun anak perempuannya ini ganas namun alam hati masih juga punya kelembutan.

Sampai sahaja ditempat letak motor, Irfan Mikail muncul sekali lagi. Tidak serik lagi ke kena penampar sulung daripada aku? Tadi aku tampar pakai tangan, jangan sampai aku tampar pula dengan helmet. Tidak pepasal berdarah pulak anak orang aku kerjakan. Nanti jadi kes, mesti abah akan marah aku lagi teruk. Kesabaran abah bukan boleh dibawa main-main, maklulah Pegawai Kanan Pelatih sudah tentu sifat tegasnya terserlah.

"Maafkan saya...tadi tu tak sengaja. Baiklah selepas ini saya tidak akan ganggu awak lagi." Mendatar sahaja suara Irfan Mikail.

"Bagus! Aman sikit hidup aku! Kalau ada pun menyemak sahaja! Ketepi, aku nak balik. Karang sia-sia kena langgar pulak."

Irfan ketepi setelah aku memulas minyak motor sekuat hati. Laju sahaja scooter aku meluncur keluar daripada situ. Aku memandang cermin sisi scooter itu dan mendapati Irfan Mikail sudah terduduk. Entah apalah yang ada dalam fikiran dia sampai boleh jadi begini.

Malas hendak melayan aku meneruskan perjalanan aku pulang ke rumah. Entah kenapa macam tersa jauh hendak sampai. Peliklah.

Hampir lima belas minit tiba kawasan rumah, aku terus masuk dan menuju ke bilik tidur. Fikiran dan hati aku ketika ini tidak tenang dan senang. Mak tegur aku jawab pendek sahaja. Cepat-cepat mak mengekori aku dan terus merasa dahi aku.

"Yaya tak demam mak. Tadi jawab peksa adalah pening sikit. Mak, nanti masuk waktu Asar kejutkan Yaya naa...takut terlepas waktu solat pulak. Yaya nak tidur rehatkan otak yang berserabut tadi."

"Hang belajaq kuat sangat itu pasai jadi lagu ni. Hang dah makan ka?" Mak bertanya risaukan keadaan aku.

"Dah mak, makan roti ja. Takdak selera sangatlah. Kalau mak nak makan pi makan mak. Toksah dok tunggu Yaya. Karang Yaya lapaq pandai-pandailah Yaya turun." Mak mengangguk dan terus menuju ke laci almari aku. Tahu sangat, pasti pergi ambil tuala kecil dan dibasahkan.

Selepas itu tuala yang telah dibasahkan berada ditangan mak beralih ke dahi aku. Lega rasanya.

Mak keluar daripada bilik dan aku memanggung dahi mengenangkan wajah keruh Irfan Mikail sewaktu aku meninggalkan dia tadi. Kalau aku marah kenapa hati ini harus peduli dengan wajah yang keruh itu? Kenapa tiba-toba terbit rasa bersalah pula?

Aku tidak suka berperasaan sebegini. Aku kena ingat janji aku dengan abah. Aku harus kotakan janji dan tidak boleh dimungkiri. Lebih-lebih lagi abah dan mak.

Mengalir airmata aku, entah kenapa terasa begitu sedih sekali. Wajah dan suara Irfan Mikail bermain-main diminda aku sehingga aku sendiri tidak sedar bila aku sudah terlena.

TIDAK!!!

Tiba-tiba aku menjerit sekuat hati. Peluh dingin mula membasahi dahi dan badan aku. Aku bermimpi sesuatu yang menakutkan. Sungguh memang menakutkan. Hati aku mula rasa tidak sedap. Mak mengetuk-ngetuk pintu bilik sebelum masuk kedalam. Mak mendapatkan aku. Dahi aku dirasanya dengan tangan. Mak cakap aku mula dapat demam panas.

Aku mengagahkan diri untuk bangun tetapi badan terasa amat lemah. Mak suruh aku baring sahaja untuk berehat. Aku tidak boleh terbaring sebegini, aku perlu jumpa Irfan Mikail. Aku perlu berjumpa dengan dia untuk meminta maaf diatas ketelanjuran aku menampar wajahnya pagi tadi.

Aku bermimpi Irfan Mikail terlibat dengan kemalangan yang mengerikan. Aku perlu berjumpa dengan Irfan Mikail, walaupun hanya mimpi namun aku tetap risau akan keselamatan dirinya. Ah! Kenapa pula hati aku berpanasaran sebegini. Mulut kata benci tapi hati tidak sebegitu.

Aku sudah jatuh hati dengan kesungguhan Irfan Mikail ke? Aku mengambil telefon bimbit aku untuk menghubungi Irfan Mikail tetapi dibatalkan sahaja niat itu kerana aku tidak menyimpan telefon bimbitnya. Alamat rumah dia pun aku tidak tahu dimana. Aku mula rasa betul-betul tidak sedap hati.

Irfan Mikail, saya hendak berjumpa dengan awaka supaya saya tidak menyesal kemudian hari. ya saya mengaku dalam ruang hati saya ada sedikit untuk diri awak!

Abah, maafkan Yaya dan Yaya janji takkan mengabaikan pesanan abah pada Yaya.

**********

Bersambung...tak sabar nak habiskan. Tinggal lagi dua sahaja.

Selamat membaca.

Peace Yo!

1 kata-kata pujaan:

MaY_LiN said...

nk lagiiiiiii

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*