Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

25 December 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 32


USAI makan malam, aku dan Hafiz beredar dari hotel itu. Kaki ingin sahaja cepat melangkah untuk balik ke hotel penginapan kami. Hati serabut dengan permainan terbaharu Nadia. Sewaktu Hafiz dan Kamal berbual-bual, Nadia menghampiri aku meminta sesuatu yang mengarut! Tidak aku menyangka Nadia seberani itu, hendak sahaja aku memberi khutbah percuma namun aku hanya diam diri sambil dada berombak menahan marah. Aku memandang wajah dengan penuh rasa geram. Nadia tersenyum seolah-olah mengejek aku dikala perasaan tidak menentu ini.

Wachaaa jugaklah Nadia gedik ni karang! Perghhh terbakar jugak hati ini.

Hafiz memandang wajah aku dan menggenggam kuat jari jemari aku. Seperti dia mengerti aku tengah berperang dengan perasaan sendiri. Lantas jari jemari aku dikucup lembut. Aku tidak menyalahkan Hafiz kerana mungkin dia juga tersepit dengan keadaan. Aku percayakan Hafiz seratus dua puluh peratus dan lebih daripada itu. Aku tahu Hafiz tidak akan menduakan aku sama sekali. Aku melentokkan kepala di bahu gagah Hafiz. Selesa sedikit aku rasa, terasa kurang rasa marah dihati.

Aku ingin bertanya namun mulut terasa berat hendak berkata-kata. Akhirnya aku diamkan diri melayan perasaan romantis ini bersama Hafiz. Aku kedengaran Hafiz banyak mengeluh berat semasa menumpukan pemanduannya. Adakah dia merasa apa yang seperti aku rasakan tatkala ini? Oh Tuhan, janganlah Engkau biarkan semua itu berlaku ketika aku sedang mengecap kebahagiaan bersama suamiku. Lindungi dan peliharalah hubungan yang suci ini. Aku menyintai dan menyayangi suamiku setulus hati. Jiwa dan raga telah aku serahkan kerana aku benar-benar kasihkan dirinya.

"Sayang...abang minta maaf ya." Hafiz memecahkan hening suasana yang membisu itu. Aku mengusap lengan Hafiz supaya dia tidak dirundung rasa bersalah. Aku perlu optimis dan memahami keadaannya sekarang. Itulah yang diperlukan dalam ikatan perkahwinan. Saling memahami dan mempercayai supaya tidak cepat melatah untuk perkara yang belum tentu pasti berlakunya.

"Kenapa pulak abang mintak maaf? Abang takde buat salah apa-apa pun dengan Intan ok. Jangan risau ya..." Aku cuba menenangkan perasaan suamiku tatkala ini. Tidak mahu kejadian yang berlaku sebentar tadi mengeruhkan percutian bulan madu yang indah ini.

"Tapi...tadi..."

"Syhhh...Intan anggap macam langau berterbangan aje. Setakat pegang lengan abang dengan berlapik Intan masih ok lagi. Lainlah kalau dia lebih-lebih, memang kena penangan Intan. Kalau tak tercampak ke dinding, jatuh terjelepoklah jawabnya..."

Hafiz tersenyum mendengarkan jawapan aku yang mengusik itu. Aku mencium jari jemari Hafiz, yang sepertimana Hafiz lakukan kepada aku. Dua tiga kali aku mencium tangan yang telah membahagiakan aku semenjak beberapa hari ini. Benar hati sudah jatuh kasih, silap-silap hari bulan aku jadi angau kalau berjauhan dengan Hafiz. Ahaks!

"Sayang...sayang...dalam keadaan macam ini pun masih hendak melawak ya. Abang harap Intan percayakan abang ya. Kalau ada apa-apa yang Intan rasa tidak sedap hati luahkan terus pada abang tau. Tak nak pendam-pendam dalam hati. Abang tak nak isteri kesayangan manja buchuk abang ini berendam airmata. Abang nak sayang senyum dan bahagia dengan abang. Kalau dapat baby dalam masa terdekat ini lagi bagus kan kan kan..." Terang Hafiz panjang lebar dan membuatkan aku berdebar-debar kencang. Senyuman Hafiz kali ini lain macam nampaknya. Tapi tidak mengapa aku suka! He he he

"Amboiii...buchuk pun terselit sekali ya. Abang jangan risau, Intan percayakan abang ok. Kita anggap sahajalah itu dugaan kita ya sayang..." Aku memujuk Hafiz dan ingin tukarkan topik yang bikin panas itu berlalu pergi.

"Thanks isteriku. Balik ini buat anak jom..." Hafiz mengusik nakal kepadaku.

"Abang!"

"Sayang!"

"Mengada tau..."

"Mengada dengan isteri sendiri pun tak boleh ke? Tak mengapalah kalau macam itu." Hafiz buat-buat merajuk.

"Aloo...aloo...buruknya suami sayang ini merajuk. Tak sesuai tau..."

"Kalau tak nak suami sayang ini merajuk nampak buruk, kita jalankan misi kita ye..."

"Err...errr..abang ni, malulah tau..." Punyalah berdebarnya rasa hati. Teringat kembali saat romantis ketika berada di bumi Bandung.

"Kenapa malu pula?" Hafiz memandangku pelik.

"Abang ni...malulah...benda-benda macam itu pula abang sebut. Diam-diam sudahlah..."

"Oh...ha ha ha...ok...ok..kira sekejap lagi jadilah ye?"

"Abang!" Aku menampar lembut bahu Hafiz. Wajah aku sudah merona merah ketika ini. Bab-bab begini memang aku akan jadi penyegan sampai hendak sorokkan muka di dalam tas tangan. Tapi muat ke?

"Ha ha ha..."

*********************************************************************************************

KAMAL sudah masam mencuka dengan perilaku Nadia sebentar tadi. Sungguh dia tidak menyangka Nadia benar-benar berani beraksi seperti itu. Tidakkah Nadia tahu bahawa Kamal memang benar-benar cintakan dia biarpun suatu masa dahulu Nadia pernah mengecewakan hatinya? Tidakkah dia merasa segunung cinta dan kasihnya yang membuak-buak itu hanya untuk dia? Tidak cukupkah segala kemewahan dan kasih sayangnya kepada dia?

Nadia tidak melayan sakit hati Kamal tetapi dia lebih memfokus untuk misinya esok hari. Dia akan mencari peluang untuk mendekati Hafiz dan perempuan yang menjadi saingannya perlu ditolak jauh-jauh. Kamal? Hanya tempat pelepas sunyi dia sahaja, cinta dalam hati tidak lagi wujud untuk lelaki itu. Dia menerima Kamal kerana terdesak untuk menyelamatkan kariernya yang jatuh merundum. Dia mempergunakan Kamal untuk meraih kembali cinta daripada Hafiz. Namun hatinya sebal setelah mengetahui Hafiz sudah bernikah dengan Intan dan yang paling teruk Hafiz berbulan madu bersama isterinya itu.

Sebab itu dia mencari jalan bagaimana mahu mengeruhkan hubungan Hafiz yang dia lihat depan mata begitu romantis. Sepatutnya dia yang berada dalam pelukan Hafiz bukan perempuan itu! Dadanya kembali berombak menahan rasa cemburu yang meluap-luap. Namun hanya seketika sahaja, bibirnya kembali mekar dengan segaris senyuman. Dia berjaya membuatkan Intan rasa sakit hati dan yang paling penting dia berjaya meluahkan rasa hatinya pada Intan.

"Nadia! You tak patut buat macam itu depan mata I. Sampai hati you!" Kamal membentak dan membuatkan Nadia terkejut.

"You kalau bercakap elok-elok tak boleh ke? I belum pekak lagi ok. Terjerit-jerit macam orang mati bini!" Nadia menepelak dan membuatkan dada Kamal berombak kencang.

"Nadia...you tahu tak I cinta dan sayangkan you sepenuh hati I... Kenapa you masih tak nampak semua tu? I'm soryy yelling with you sayang..." Kamal menggendurkan kembali suaranya dan mula menenangkan perasaannya sendiri.

"Hati I masih pada Hafiz, I mintak maaf ok. Dulu I tinggalkan dia pun sebab I terpaksa kembali pada you. Tapi bila I kembali pada you, perasaan I kosong sangat. I menyesal tinggalkan Hafiz." Luahan Nadia membuatkan Kamal benar-benar rasa terkejut. Kalaulah ini yang akan berlaku, pasti dia tidak akan mengembalikan semula jurang persahabatan yang pernah berantakkan antara dia dan Hafiz suatu ketika dahulu.

"You cakap apa ni Nadia? You tak pernah ada rasa sekelumit kasih ke pada I? You tak nampak ke segala pengorbanan I untuk menerima diri you balik? Kenapa sekejam ini you lakukan pada hati I Nadia?" Kamal memanggung kepalanya yang mula berdenyut-denyut menahan kesakitan.

"Maafkan I Kamal...cuma satu I nak minta tolong pada you kalau you benar-benar sayangkan I."

Kamal memandang wajah Nadia kembali. Nadia melarikan wajahnya semula. Dia sendiri tidak sanggup melihat wajah kasihan Kamal ketika ini. Dia tidak mahu bersama Kamal kerana simpati. Dia sudah tersilap langkah dengan meninggalkan Hafiz dan kembali semula kepada Kamal. Sekarang dia perlu merancang bagaimana mahu mendekatkan diri kepada Hafiz. Dia tidak kisah menjadi isteri kedua asalkan dia dapat bersama-sama dengan Hafiz.

"You nak I tolong you apa sayang?" Kamal masih tidak beralah dan cuba meraih jari jemari Nadia. Namun Nadia cepat-cepat menarik semula tangannya.

"Tolong I jadi isteri Hafiz. I tak kisah walaupun ambil masa yang lama, janji I dapat hidup dengan Hafiz I harap you dapat tolong I kalau you betul-betul sayangkan I..." Permintaan Nadia yang tidak masuk akal membuatkan Kamal tersentak dan terasa benar sakit dihatinya.

"You dah gila! Hafiz kan dah beristeri! You jangan pentingkan diri you sahaja! I ni boleh ambil you jadi isteri I. Kalau you nak sekarang I boleh jadi suami you. Please don't do this Nadia. It's will hurt you in the end." Kamal memujuk Nadia. Dia tahu kalau berkeras akan membuatkan Nadia semakin menjauhkan hatinya. Kamal perlu bermain psikologi untuk menambat semula hati Nadia. Dia tidak betah melihat Nadia menjadi milik orang lain meskipun orang itu menjadi sahabat terbaiknya.

"Kamal...I harap you faham. Kita memang sudah tertulis untuk tidak bersatu. Maafkan I... I penat, I nak masuk tidur. You balik bilik you, esok kita nak keluar melancong. Tolong jangan rosakkan mood I. Bye Kamal..." Nadia melulu masuk ke dalam bilik hotelnya. Kamal termanggu.

"Maafkan I Kamal...kita tidak sepatutnya bersama kembali dahulu... Hati I pada Hafiz..." Nadia merintih sendirian. Dia termenung di balkoni untuk menyejukkan hatinya sendiri. Alasan penat hanya semata-mata untuk melarikan diri daripada Kamal. Semenjak pertemuan dengan Hafiz di salah sebuah pusat membeli belah, hatinya melonjak riang. Pelbagai cara dia cuba untuk menjejaki Hafiz namun tidak berjaya.

Namun apabila terdengarkan pengakuan daripada Kamal mengatakan hubungan mereka sebagai sahabat terjalin semula gara-gara syarikat Kamal ada berurusan dengan Hafiz. Nadia mula menyusun rancangannya untuk meraih semula perhatian Hafiz untuk dirinya. Intan Maisarah? Dia tidak ambil pusing dengan isteri Hafiz itu. Fikirnya, orang bercinta boleh putus ditengah jalan inikan pulak orang yang berkahwin pun boleh bercerai-berai. Dia harus mengatur langkah sebaik mungkin untuk merebut semula hati lelaki pujaannya.

Hatinya tidak dapat menahan perasaan rindu apabila endapati Hafiz kini semakin kacak dan tampam keperibadiannya. Lagikan pula anak tunggal dan mewarisi empayar yang besar. Harta tidak menjadi ukuran bagi Nadia, apa yang dia inginkan hanya diri Hafiz. Kamal hanya sebagai batu loncatan untuk dia menjejaki Hafiz. Impian pertamanya sudah termakbul.

"I tak layak untuk you ke Nadia? Sampai hati you buat I macam ini. Cinta dan hati I memang benar-benar untuk you Nadia. I akan tetap tunggu you walaupun you tak sudi terima I. Andai suatu hari you jatuh, I sudi menjadi pelapik untuk diri you. I cintakan you Nadia. Sumpah!" Kamal menggumam sendirian didalam kereta. Kalaulah Hafiz tahu permainan Nadia ketika ini, bagaimana perasaan Intan Maisarah nanti?

Arghhhhh! Aku harus halang tindakan Nadia. Hafiz sahabat aku! Dahulu aku sendiri buta mata kerana meletakkan kesalahan kesemuanya dibahu Hafiz. Pengakuan Nadia merungaikan segala-galanya bahawa bukan Hafiz yang tergila-gilakan Nadia tetapi Nadia sendiri yang tergila-gilakan Hafiz. Rasa bersalah begitu menebal difikirannya.

Hafiz...Intan...aku akan selamatkan rumahtangga kau berdua. Nadia akan aku terus cuba memenangi hatinya yang dingin itu. Sahabat! Inilah masanya untuk aku tebus rasa bersalah ini pada kau atas kesilapan diri aku sendiri.

4 kata-kata pujaan:

MaY_LiN said...

isk isk isk..
nadia ni memang xsedar diri la..
karate ye c nadia ni..
cian kamal..ade org sayang pun xhargai..
makin suka intan ngan hafiz..
suwit sangat..
tapi terlalu terbuka hafiz ni..nakal

DALIA NA ZA said...

may lin : huhuhu...kesiankan kamal, sebelum itu pun nadia dah buat hal..sekarang buat hal lagi...Hafiz dengan Intan memang takde segan silu dah..hi hi hi..

blinkalltheday said...

bagus lah kamal...x suke nadia!hope cepat dapat baby ea hafiz..

DALIA NA ZA said...

blink : dalam plan tu...hihihi...

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*