Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

16 January 2012

DAKU INGIN BERLARI



AKU melangkah lemah menuju ke pejabat pagi ini. Entah kenapa sejak dua menjak ini aku tidak gembira dan selesa hendak membuat kerja. Lagi-lagi kena mengadap muka lelaki yang semakin hari semakin menyampah aku tengok. Pelbagai cara dia lakukan untuk menyakitkan perasaan aku. Elok-elok kerja yang sudah sedia ada aku buat, tup..tup terus 360 darjah aku kena tukarkan buat kerja lain.

"Airin, apsal monyok aje aku tengok kau pagi ni? Mana hilang ceria kau ni? Orang kalau baru kahwin seronok gembira. Ini tidak, muncung aje aku tengok pagi-pagi."

"Hmmm...aku takde mood nak buat keje la. Lagi satu bermula bulan hadapan dah kena buat keje lain. Kalau tak menyusahkan aku takpe. Ini esok-esok datang dekat aku minta yang bukan-bukan! Aku tak nak ikut versi orang lain. Lagipun perkahwinan ini pun sudah dirancang kedua orang tua kami. Manalah aku nak tahu rupanya boss sendiri jadi laki aku! Menyampah betul." Aku mendengus.

"Tak baik cakap macam itu Airin. Walau macam mana pun, dia tetap boss kita dan merangkap suami kau. Terima sahajalah hakikat yang korang berdua dah kahwin." Suhana berkata sambil menasihati aku.

"Eeiii...tak kuasa aku. Lagi dia buat macam itu lagi sakit hati aku tau. Dah lah..tak nak cerita pasal dia. Kau dah minum? Jom teman aku pi minum nak?" Aku mengulumkan senyuman.

"Belum. Tapi boleh ke turun minum jam sekarang?"
"Kau ikut ajelah. Kalau dia bising aku pulagkan paku buah keras dekat dia pulak. Kalau dia tak nak orang lain keluar minum lambat, jadi dia pun tak boleh buat macam itu. Setakat seminggu sekali takpe kan? Ini hari-hari aku tengok, berbulu jugak mata. Lepas tu terus tanya, itu dah siap ini dah siap. Ingat aku ini robot ke apa.."

"Ok...ok...jom gi minum. Kau ini bukan boleh, karang hangin kau merebak sampai ke tempat lain. He he he."

"Kalau bab dia aje aku naik hantu. He he he...Jom..laparlah...kat rumah tadi takde selera nak makan." Aku tersengih.

"Itulah, kat rumah jual mahal. Tak nak minum dengan laki kau tu."

Aku sudah menjenggilkan mata. Suhana tesengih.

************************************

AKU terasa berat untuk melangkah masuk ke dalam biliknya. Rasa hendak ghaib sekarang jugak. Apalagi dia hendak? Aku kan dah tak buat semua kerja tu. Apsal aku pulak yang kena panggil! Tension betul.

"Masuk!"

"Ada apa Encik Hakim panggil saya? Hendak 'hakim' saya pasal apa pulak?" Aku tidak menunggu lama. Meluncur laju sahaja pertanyaan aku.

"Kalau ya pun duduk dulu. Ingat sikit saya ini siapa." Hakim membalas sinis. Semakin lama semakin sesak kepalanya melayan sikap dingin Airin yang telah dilantik menjadi pembantu peribadinya. Daripada bahagian operasi terus melencong ke bahagian korporat. Isteri yang baharu sahaja dinikahinya tidak sampai tiga bulan telah melancar perang besar-besaran. Dirumah jangan kata hendak berbual mesra. Hendak bercakap sepatah pun sudah terjadi perang teluk.

"Hah...ada apa Encik Hakim. Saya nak buat kerja yang berlambak-lambak Encik Hakim bagi dekat saya. Nanti kena 'hakim' pulak kan..." Sinis sahaja mulut aku bercakap. Malas sudah hendak menjaga perasaannya. Dari zaman belum kahwin sampai dikenakan kahwin aku memang anti sikit dengan dia. Yelah, orang kain punya salah aku pulak yang kena. Telinga sampai naik pekak bila kena tengking tau.

"Awak ni Airin, tak habis-habis ke nak bertekak dengan saya. Bermusuh dengan saya? Hormatlah sikit siapa saya sekarang. Dosa pahala isteri dibahu saya sekarang. Awak nak digelar menjadi isteri derhaka ke?" Tempelak Hakim dan membuatkan aku terdiam. Balik-balik ugut aku benda yang sama. Aku pun tak tahu, hangin apa yang tengah merasuk aku sekarang. Asal bertembung mata, mulut aku kalah bertih jagung yang sedang menggelegak.

"Huh..."

"Saya tak tahu macam mana lagi saya nak kena buat supaya hati awak tidak sedingin ini. Kalau dekat rumah kita bergaduh tak mengapa sebab luar dalam kita yang sahaja yang tahu. Tapi kalau bergaduh memanjang dipejabat rasanya tidak professional. Awak tetap pekerja saya dan saya tetap majikan awak. Awak kenalah asingkan hal peribadi dan kerja. Tak bolehlah nak dicampur adukkan sekali. Bukan saya seorang yang jadi buah mulut. Awak pun sekali akan terbabit. Malah boleh buat kedua keluarga kita terjebak sama." Panjang lebar Hakim bersuara dan membuatkan hati aku benar-benar semakin sakit.

"Saya berhenti dua puluh empat jam bermula dari sekarang!" Aku terus keluar daripada bilik Hakim dan dada aku berombak laju. Apa hendak jadi, jadilah sekarang. Aku tidak mahu luka dihati semakin bernanah sekian hari.

"Airin! Airin!" Aku terdengar Hakim menjerit memanggil aku. Nasib baik bilik ini hanya kami berdua duduki. Aku pantas mengambil tas tangan aku dan berlari keluar daripada pejabat. Airmata aku merembes kerana hati terlalu sakit.

Entah dimana silapnya tiba-tiba pandangan aku kini menjadi gelap. Gelap sangat sehingga mata aku tidak boleh dibuka.

"Hakim..." Hanya itu sahaja yang terkeluar daripada mulut aku kerana tersayup-sayup terdengar suara lelaki itu memanggil namaku.

*********************************

PERLAHAN-LAHAN aku membuka mata. Aduh! Sakitnya melihat cahaya terang itu. Rasanya baharu semalam sahaja aku terlelap. Kepala semuanya terasa sakit. Paling sakit adalah bahagian dada. Terasa macam hendak pecah.

"Airin...baring sahaja. Airin belum sembuh lagi tu..." Kedengaran suara ibuku yang cuba membaringkan aku semula. Semua aku lihat berdiri melihat keadaan diriku. Cuma satu wajah sahaja aku tidak nampak. Mana dia? Isteri tengah sakit boleh pula dia menghilangkan diri. Nampak sangat membencikan diri aku. Makin bertambah benci aku kepada Hakim.

"Sakitlah ibu dada Airin. Macam nak pecah rasanya." Aku merengek bagaikan anak kecil.

"Memanglah, kesan pemedahan tu belum baik lagilah Airin. Lagi sebulan dua baiklah tu. Airin rehat ya. Airin nak makan? Ibu suapkan bubur ni ya."

"Lapar juga ibu. Tapi Airin nak tanya kenapa dada Airin kena bedah? Haritu apa yang berlaku kepada Airin ya? Berapa lama Airin berada dalam wad?" Bertalu-talu soalan aku lontarkan.

"Sekarang ni Airin rehat dulu. Makan. Bila dah sihat sikit nanti ibu cerita ya. Abang tolong tengokkan Airin sekejap. Anum nak sediakan bubur untuk Airin." Aku melihat ibuku berlalu pergi dan ayah hanya mengangguk sambil tersenyum. Mak dan bapa mentuaku hanya sekadar melihat kearah aku dengan wajah yang sayu. Aku melihat airmuka Adam seperti orang menahan marah sahaja. Aku cuba tersenyum tetapi aku tersentak melihat Adam mendengus marah. Aku terkejut.

"Kenapa dengan Adam tu ayah? Kenapa semacam Airin tengok muka Adam tu?" Ujarku perlahan.

"Biasalah orang sedang hadapi peperiksaan. Takkan Airin tak kenal sikap adik Airin tu. Mari ayah betulkan bantal Airin supaya selesa." Ayah menepuk-nepuk bantal sambil membantu diriku duduk dalam keadaan yang selesa.

"Kenapa Hakim takde? Dia tak ingat isteri dia yang tengah sakit nazak ni ke?" Luncur sahaja perkataan sinis yang keluar daripada mulut aku.

Ayah, mak dan bapa mentuaku berpandangan sesama sendiri. Aku hairan melihat perilaku mereka yang secara tiba-tiba itu.

"Airin...Hakim...Hakim..." Tersekat-sekat mak mentua aku untuk berbicara.

"Kenapa dengan Hakim? Dia dah ceraikan Airin kan? Baguslah kalau macam itu." Aku menempelak. Adam datang menghampiri aku.

"Kak Airin jangan tuduh abang Hakim sembarangan tahu! Adam malu ada kakak yang perangai macam budak sekolah. Umur kakak dah nak masuk dua puluh lima tahun bukan umur lima tahun! Kalau takda abang Hakim, tak tahulah macam mana nasib Kak Airin!" Adam bersuara dan membuat aku merasa jelek. Entah apa yang hebat sangat tentang Hakim pun tak tahulah. Kenapa semua orang kuat sangat membela dia? Aku ini yang sakit bukan dia.

"Kalau Kak Airin mati pun tak mengapalah!" Adam bersuara lagi dan membuatkan aku benar-benar terkejut dan tersentak dengan kata-kata yang tajam itu. Sedihnya adik kandung sendiri berkata sebegitu.

"Adam!" Ayah bertempik. Tiba-tiba dadaku sakit. Kelam kabut mak mentuaku mendapatkan aku. Ayah dan bapa mentuaku berlari memanggil jururawat yang bertugas. Ibu yang datang bersama semangkuk bubur terkejut melihat suasana yang tiba-tiba menjadi tegang. Adam sudah terkaku.

**********************************

SUDAH sebulan aku terlantar dirumah atas arahan ibuku untuk memastikan jahitan pemedahan hatiku berada dalam keadaan baik. Ibu melarang aku kemana-mana sampaikan hendak ke bilik air pun ibu sedaya upaya menemani aku. Bukannya aku tidak boleh jalan sendiri. Ibu buatkan aku menjadi manja berlebih-lebih. Dalam tempoh sebulan jugak, Adam tidak mahu bercakap dengan aku. Dingin sahaja perilaku dia. Aku ini kakak dia, bukan orang asing dalam rumah keluarga sendiri!
Hakim yang pernah menjadi bekas majikan aku merangkap suami aku sendiri langsung tidak kelihatan. Entah kemana dia pergi menghilangkan diri macam itu sahaja. Aku semakin pelik bila aku bersuara sahaja bertanyakan tentang suami ekspress aku itu, semua menguncikan mulut. Macam ada sesuatu yang telah disembunyikan daripada pengetahuan aku sendiri. Serabut kepala!

Perihal aku berhenti secara mengejut dua puluh empat jam itu benar-benar menjadi perbualan hangat dipejabat. Suhanalah yang menjadi wartawan bergerak menceritakan kepada aku tentang hal ehwal pejabat. Aku malas hendak ambil pusing, mereka bukan tahu apa yang bertakung dalam isi hati aku. Lagi-lagi kena berkahwin dengan boss sendiri yang aku memang sudah lama sakit hati.
"Airin, kenapa makan sikit aje ibu tengok. Tak ada selera ke?" Ibu menyoal dan membuatkan lamunan aku kembali ke alam nyata.

"Kenyanglah ibu..."

"Orang kalau dah buat kesalahan memang macam itu. Cepat aje kenyangnya." Sinis Adam menyampuk. Ayah sudah mula bersuara.

"Adam Mukhriz, jangan kurang ajar. Ayah tak pernah ajar anak-anak ayah bersikap biadab macam ini!" Bergegar seisi rumah apabila ayah sudah bertempik. Aku mengurut dada yang mula terasa sedikit sakit. Barangkali sakit dibedah masih belum pulih sepenuhnya.

"Adam bukan nak kurang ajar ayah. Tapi Kak Airin yang lebih kurang ajar daripada Adam. Kesian abang Hakim. Sampai hati Kak Airin buat abang Hakim macam itu. Kalau tak kerana abang Hakim yang..."

"Diam Adam! Ayah nak kamu masuk ke bilik kamu sekarang jugak!" Ayah benar-benar marah sekarang. Aku tidak faham apa yang diperkatakan oleh Adam. Macam mana dia tahu aku bertekak dengan Hakim dirumah kami sendiri?

"Abang...sudahlah tu. Airin dah sakit tu..."

Mata aku sudah mula berkaca dengan kata-kata Adam. Mana hilang hormatnya Adam kepada aku? Mana hilangnya usikkan manja daripada adik aku sendiri? Mengapa tiba-tiba dia bersikap dingin sebegini hebat terhadap aku? Apa yang Hakim ceritakan perihal aku dan dia kepada Adam? Dasar mulut longkang!

"Airin...Airin nak masuk dalam bilik. Sakit dada Airin..." Ayah menggeleng dan terus memapah aku untuk dibawa ke dalam bilik tamu. Ibu tak izinkan aku naik ke bilik sendiri. Kadang-kadang ibu sanggup tidur menemani aku. Apa masalah dengan hati aku ya? Kenapa harus dibedah? Adakah kerana kemalangan tempohari? Aku menjad semakin binggung. Apa yang aku ingat, wajah Hakim adalah wajah terakhir yang aku lihat sebelum aku pengsan.

"Ibu temankan Airin ya."

"Tak mengapalah ibu. Airin berehat sekejap, lama-lama nanti ok rasanya. Makan ubat mungkin boleh hilangkan rasa sakit ni. Airin mintak maaf kalau-kalau Airin menyusahkan ayah dan ibu. Lebih-lebih lagi Adam yang tiba-tiba marah benar dengan Airin. Airin tak faham kenapa begitu dingin sikap Adam pada Airin. Kenapa dia nak menangkan hakim daripada Airin yang tengah sakit ni ibu...ayah...?"

"Airin...ibu....ibu..." Ayah mengeluh kecil sambil menggeleng. Aku menjadi semakin binggung.

**********************************

HARI INI aku tiba-tiba sahaja hendak menelefon Suhana dan bertanyakan perihal berita terkini lagi sensasi. Maklumlah wartawan bergerak seperti Suhana pasti akan maklumkan berita yang panas-panas umpama cekodok ikan bilis! Aku tergelak mendengar celoteh Suhana yang tidak henti-henti. Kata Suhana, tempat aku masih belum ada pengganti yang ada selepas pemergian mengejut aku sebulan lebih yang lalu. Meja aku tetap kelihatan kemas dan bersih. Tambah Suhana lagi, setiap hari meja aku dipasukan sepuluh kuntum bunga mawar merah jambu.

Berita yang aku terima ini memang paling mengejutkan halwa telinga aku sendiri! Kara Suhana, dalam tempoh sebulan lebih ini Hakim sudah lama tidak masuk ke pejabat. Tetapi kerja semuanya berjalan dengan lancar. Tempat Hakim digantikan sementara oleh Encik Amir bagi memantau keadaan perjalanan operasi syarikat.

Macam mana aku tak terkejut, aku yang terlentang sebulan lebih langsung tidak dijenguknya. Hendak tanya khabar berita tentang sakit pening aku pun langsung tiada. Mana dia pergi? Hilang macam itu sahaja. Aku semakin pelik dengan kebisuan Hakim.

"Betul Airin. Takkan aku nak tipu kau pulak. Jawatan kau tu memang masih nama kau. Takde siapa yang isytiharkan kau berhenti kerja dua puluh empat. Cuma bahagian sumber manusia bagi kau cuti tanpa gaji untuk tiga bulan berkenaan kemalangan kau tempohari. Kalaulah Hakim tak sempat pada waktunya, aku tak tahu apa nasib kau Airin. Macam orang gila aku tengok Hakim berkejaran sana sini selamatkan engkau. Baju penuh darah engkau pun dia tidak peduli langsung. Sayang betul Hakim pada kau Airin. Untung kau jadi isteri dia. Macam-macam kau buat dengan dia pun, dia tetap nak selamatkan kau jugak. Kalau orang lain agaknya dibiarkan kau sahaja macam itu."

Panjang lebar penerangan daripada Suhana membuatkan aku hampir terlepas ganggang telefon.

"Suhana...aku...aku..." Tergagap-gagap aku menjawab kata-kata daripada Suhana.

"Aku harap kau tak terlambat Airin. Terimalah dia seadanya. Dia sayangkan kau tu. Kau aje yang berdendam dengan dia. Boss kita tu sebenarnya baiklah. Engkau aje yang selalu pandang negatif dengan dia." Ujar Suhana dan membuatkan airmata aku mengalir.

"Masalahnya sekarang aku tak dapat cari dia. Aku ingat dia dah ceraikan aku sebab sampai sekarang aku tak nampak batang hidung dia. Aku ada juga selidik dengan ibu dan ayah aku tapi diaorang kuncikan mulut. Macam ada sesuatu yang diaorang yang sembunyikan daripada aku. Adam pulak, asyik lancar perang dengan aku. Mulut dia kalau bercakap, kalah pisau. Tajam memanjang, tak sempat aku nak bersuara apa-apa. Kau tahu apa-apa ke pasal Hakim boss kau tu?" Aku mengelap airmata dan mula menyoal misteri kehilangan Hakim.

"Err...aku tak tahu apa-apa pun Airin. Oklah, aku nak sambung buat kerja ini. Nanti Encik Amir tanya mati aku nak bagi alasan apa nanti. Kita borak lagi ya. Jaga diri tau, makan ubat dan rehat sepenuhnya. Bye...Assalamualaikum." Terus sahaja talian itu dimatikan. Aku terkebil-kebil memandang ganggang telefon yang berwarna merah gelap itu.

Kenapa semua orang macam mengelak nak bercerita hal sebenar kepada aku? Ini tidak boleh jadi. Aku mesti korek rahsia.

Hendak atau tidak. dia harus berdepan dengan Adam adik kandungnya. Biarlah kata setajam pisau pun, dia inginkan kebenaran yang sekian lama orang lain sorokkan. Dengan Adam mungkin dia akan memperolehi sesuatu. Kata-kata Adam beberapa hari yang lepas membuatkan aku sering bertanya-tanya kemana perginya kelibat Hakim. Hampir sahaja Adam memberitahu tetapi dihalang cepat-sepat oleh ayah.

Aku menunggu kepulangan Adam daripada kuliah. Ibu aku semenjak tadi aku tidak kelihatan dirinya. Barangkali sudah keluar beli barang-barang agaknya. Tidak lama kemudian, kereta kawan Adam mampir dihalaman rumah. Setelah melambai-lambai, Adam bersiul-siul dan aku ternampak keceriaan diwajahnya.

"Assalamualaikum ibu. Adam balik ni."

"Waalaikumsalam adik." Aku yang menjawab bagi pihak. Tiba-tiba wajah Adam yang ceria bertukar menjadi dingin. Aku mesti dapatkan cerita sebenar. Apa hendak jadi pun aku sudah tidak kisah lagi.

"Adam penat. Adam masuk bilik dulu. Mintak laluan."

"Kejap adik, Kak Airin nak tanya sesuatu. Ini antara hidup dan mati. Tapi kita bincang dalam bilik Adam. Kak Airin tak nak ibu tahu." Aku memengang lengan Adam dengan sekuat hati dan menariknya masuk ke dalam bilik tetamu yang aku diami. Mungkin sebulan yang lepas aku agak lemah tetapi kini sakit didada aku beransur-ansur pulih. Kesan parut pemedahan tetap terpahat jelas.

"Adam peduli apa. Kak Airin nak tahu apa sekalipun Adam tak nak masuk campur. Pandai-pandai Kak Airin lah!"

"Adam! Tolonglah. Kak Airin tak mintak banyak. Sikit sahaja Kak Airin hendak tahu semua yang terjadi ni. Kenapa adik tiba-tiba marahkan Kak Airin sampai macam ini? Apa salah Kak Airin."

"Malas hendak layan Kak Airin. Tepilah kak..Adam penat...nak masuk tidur."

"Adam! Sampai hati Adam. Kita ni adik beradik Adam. Kalau ibu dan ayah tak ada...tinggal Adam seorang yang Kak Airin ada." Aku sudah mula hendak menangis.

"Abang Hakim akak nak campak kemana? Siapa Abang Hakim dimata akak? Akak tak pernah bagi peluang langsung pada Abang Hakim kan! Akak pentingkan diri sendiri! Pentingkan perasaan akak sendiri. Akak tak pernah nak tahu apa yang pengorbanan yang Abang Hakim dah lalukan untuk akak." Adam menempelak dan aku rasa sakit hati tiba-tiba. Kenapa nama itu yang menjadi medan perbahasan antara aku dan Adam?!

"Kenapa dia pulak yang sibuk Adam nak cakapkan. Akak nak tanya pasal kita berdua ni. Kenapa Adam tiba-tiba marahkan Kak Airin tak tentu pasal?"

"Kenapa Adam marahkan Kak Airin? Cuba tengok keadaan orang dalam gambar ini! Orang ini yang patut kita bincangkan. Orang yang dah bagi separuh nyawa dia untuk selamatkan hati Kak Airin yang pecah sebab kemalangan lepas! Akak tengok keadaan Abang Hakim sekarang! Tengok sendiri Kak Airin! Jadilah manusia yang bersyukur kerana ada insan yang benar-benar mendahulukan orang yang dia sayang daripada dirinya sendiri!" Adam mencampak telefon bimbit Iphone 4S diatas katil.
Aku mencapai telefon bimbit itu dan mata aku terbuntang apabila terkejut melihat gambar itu!

************************************

AKU berlari menuju kerumah yang menjadi rumah rasmi antara aku dan Hakim semasa majlis perkahwinan kami tamat seminggu daripada acaranya. Melilau aku mencari kelibat Hakim untuk bertemu dua muka dengannya. Aku ingin mohon ampun dan maaf diatas apa yang terjadi selama ini. Aku berdosa! Aku bersalah! Aku memang wanita yang tidak tahu bersyukur, isteri yang mementingkan diri sendiri.

Aku memanggil-manggil nama Hakim namun tiada sahutan. Kemana dia pergi?
Adam Mukhriz juga turut bersama-sama aku mencari kelibat Hakim namun kami tidak berjaya menjumpainya.

Aku mendial telefon bimbit Hakim namun tidak berjaya kerana taliannya ditutup. Entah kenapa hati aku terasa sangat sayu ketika ini. Apakah perkongsian hati milik Hakim ini mengundang rasa apa yang sedang dialaminya. Aku mengurut dada aku perlahan-lahan. Airmata sudah mengalir laju. Aku merasa sangat hiba tatkala ini.

"Adam rasa Adam tahu kemana Abang Hakim pergi. Jom Kak Airin, biar Adam yang pandu kereta." Adam menarik lenganku yang mana kaki sudah tidak bermaya hendak melangkah. Hampir sahaja aku terduduk melihat keadaan rumah yang masih kemas dan cantik. Aku memaut gambar perkahwinan kami. Wajah aku ketika itu masam mencuka pun, Hakim tetap bingkaikan untuk dijadikan hiasan didalam bilik.
Adam menarik tanganku untuk melangkah pergi. Aku mencium lembut bingkai gambar itu. Aku cium wajah Hakim berkali-kali. Gambar yang tertera itu berlainan benar sekali dengan gambar yang berada didalam folder telefon bimbit Adam. Wajah itu kelihatan cengkung sekali. Ah! Sayunya benar rasa hati.

Adam memandu kereta agak laju. Menderum-derum bunyi ngauman kereta tatkala itu. Aku sudah tidak peduli dengan keadaan sekeliling. Matlamat aku cuma satu, Hakim mesti ditemui! Meskipun kemana dia hendak pergi, bawalah aku bersama-sama agar menyemai benih kasih yang mula kian bercambah untuk dirinya.

Berpusing-pusing jalan yang Adam lalui dan membuatkan airmata aku sudah kering sendiri. Mood aku kini dalam keadaan sangat lemah. Fikiran aku benar-benar melayang tika ini. Bayangkan kalau aku yang membawa kereta tadi mungkin ada kebarangkalian membuatkan tumpuan aku terganggu. Aku tersedar dan mengingati keadaan sekeliling. Kenapa tempat ini macam pernah aku pergi?

"Resort?" Aku bersuara lemah.

"Ya Kak Airin, Abang Hakim pernah cakap kalau dia tak ada dirumah dia akan pergi sini. Dia pesan pada Adam, keluarga sebelah mentua akak serta ayah dan ibu. Dia tak nak susahkan Kak Airin sebab dia tahu Kak Airin masih belum sembuh. Dia sorokkan diri supaya Kak Airin tak rasa benci kalau Kak Airin nampah wajah dia. Setiap hari dia akan telefon Adam tanyakan perihal akak. Dia kata jangan sesekali biarkan Kak Airin dalam keadaan penat. Nasib baik ibu yang tolong tengokkan Kak Airin, kalau Adam tak tahulah macam mana." Panjang lebar Adam bersuara. Aku hanya mengangguk lemah. Pemikiran aku sahaja yang memikirkan perkara-perkara negatif tentang diri Hakim.

Kami tiba tempat yang telah dibawa oleh Adam dan aku cuba mengingati tempat ini. Namun gagal untuk mengingatinya semula. Aku mencari-cari kelibat Hakim. Adam berlari menuju ke kaunter pendaftaran dan pertanyaan yang berada tidak jauh dari tempat aku meletakkan kereta. Adam mendapatkan aku semula dan memberikan nombor bilik milik Hakim.

"Kak Airin, jom. Abang Hakim dalam bilik. Baru aje sampai sebelum kedatangan kita. Nasib baik!" Adam yang pada mulanya memarahi aku begitu hebat tiba-tiba menjadi kembali seperti asal. Bersungguh-sungguh dia menolong aku menjejaki kemana hilangnya Hakim selama ini. Adam berjalan pantas mencari-cari nombor bilik yang didiami oleh Hakim.

Aku tertancap apabila berhadapan nombor yang tertera dihadapan mata aku. Adam yang mencari-cari berpatah semula untuk mendapatkan aku. Aku terketar-ketar menunjuk bilik milik Hakim. Sepantas kilat Adam mengetuk pintu bilik itu. Adam mengisyiratkan aku perlu menyorokkan diri aku terlebih dahulu. Bimbang Hakim tidak mahu berjumpa dengan keadaan dirinya sebegitu.

Tidak lama kemudian, Adam melambai-lambaikan tangan meminta aku datang dekat ke pintu. Jantung aku berdebar-debar hebat disaat ini. Adam membuka pintu seluas-luasnya dan aku berlari mendapatkan Hakim. Tubuhnya kurus itu aku peluk seerat-eratnya tanpa mempedulikan Adam yang masih setia berada disitu.

"Adam keluar dululah Abang Hakim...Kak Airin...bincang baik-baik ya."

Aku hanya menggangguk lemah dan memandang wajah Hakim yang sudah ditumbuhi jambang dalam tempoh dua bulan lebih ini.

"Assalamualaikum Airin Emelda..." Perlahan suara itu bergemersik. Sungguh aku rasa tenang secara tiba-tiba. Gejolak didalam dada tiba-tiba berhenti sebegitu sahaja. Hilang semua persepsi buruk sangka aku terhadap suamiku ini.

"Waalaikumsalam Abdul Hakim Raihimie...maafkan saya?"

"Dah lama saya maafkan awak. Awak permata hati saya walaupun sudah tinggal separuh."

"Syhhh...saya nak mintak maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Kerana saya, awak jadi begini. Saya memang jahat kan?"

"Tak..sayang. Awak tak jahat cuma awak belum kenali siapa suami awak ini." Kata Hakim yang kelihatan begitu lemah. Wajahnya pucat sahaja. Jatuh kasihan dan rasa bersalah aku melihatnya.

"Ampunkan Airin..."

"Abang dah lama ampunkan sayang. Sudahlah jangan menangis, hati abang jadi sakit melihat sayang menitiskan airmata. Benda yang lepas tak perlu kita kenang. Abang bersyukur kerana Allah makbulkan doa abang agar pintu hati sayang terbuka untuk menerima diri abang. Terima kasih sebab akhirnya sayang terima diri abang seadanya. Maaflah sebab hilangkan diri sebab abang tak nak sayang bertambah sakit dihati kalau nampak muka abang yang handsome ni... Terima kasih juga sebab akhirnya Airin sudi terima hati abang yang tidak seberapa itu. Hancur perasaan abang melihat keadaan Airin tempohari, tanpa fikir panjang abang arahkan doktor buat pemedahan cepat untuk selamat isteri abang yang tercinta ini. Abang bersyukur sebab Airin selamat menjalani pemedahan itu. Nampaknya hati Airin terima hati abang juga ya?" Hakim mencuit hidung aku.

"Airin...Airin..."

"Bukan Airin..."

Aku merenung wajah Hakim secara tiba-tiba dengan kata-katanya.

"Habis tu?"

"Sayang..." Kata Hakim sambil mengucup jemariku. Aku terpanar seketika.

"Tutup mulut sayang...nanti masuk lalat." Hakim berseloroh dan membuatkan aku menepuk dadanya. Tiba-tiba Hakim terbatuk dan membuatkan aku kaget!

"Awak...! Tak apa-apa ke? Maafkan saya...eh sayang..."

"Bukan awak..." Jawab Hakim sambil mengurut dadanya.

"Habis tu?"

"Abang...romantik sikit."

"Mengadalah. Awak...err...abang ok ke? Pucat betul sayang tengok muka abang. Jom kita pergi hospital nak tak?" Aku sedikit risau melihat keadaan suamiku ini.

Hakim menggeleng dan terus memeluk diriku mengadap ke laut. Terlupa akan kami kehadiran Adam. Aku cepat-cepat menelefon Adam. Tahu-tahu sahaja Adam sudah balik semula ke Kuala Lumpur. Bertuah punya adik. Bila marah bagaikan nak rak. Bila aku dah berbaik semula, pandai dia bagi peluang untuk aku dan Hakim.

"Seminggu lagi masuk kerja. Abang tak nak pembantu peribadi lain selain sayang."

Aku mengangguk dan tersenyum. Kini giliran aku pula yang harus berkorban untuk suamiku dipejabat dan dirumah kami kelak.

************************************
Terima kasih adikku.

Ibu, ayah serta kedua orang mentuaku menelefon bertanyakan tentang keadaan kami berdua. Aku mengatakan semuanya selamat dan air yang keruh menjadi jernih. Ibu beriya-iya menangis mendengarkan perkhabaran ini. Adam Mukhriz kembali kepada dirinya yang asal. Siapa sangka suami yang dibenci telah menyelamatkan Airin Emelda daripada maut yang seakan menghampirinya.

Suhana juga tidak lupa menelefon aku memberikan kata semangat. Sahabat yang tidak putus-putus menasihati aku agar membuangkan rasa buruk sangka itu. Kawan dunia dan akhirat! Terima kasih Suhana kerana engkau selalu berada disamping aku dikala susah ataupun senang.

Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ini adalah peluang sebaik-baiknya untuk aku tidak terus terjerumus dosa besar kerana menderhaka kepada suami.

Airin Emelda, Abdul Hakim Raihimie dan anak lelaki pertamaku yang tersayang baharu sahaja lahir kedunia selepas dua jam aku bertarung nyawa melahirkannya. Inilah tanda cinta yang bersemi antara aku dan suami.

Rayyan Hadif Bin Abdul Hakim Raihimie....

**************************************

TAMAT....selamat membaca.

Salam sayang,

Daliazulia

3 kata-kata pujaan:

blinkalltheday said...

best...suke cerpen2 camni..

DALIA NA ZA said...

blink : mekaseh ye...i love you blink...hehehehe...

MaY_LiN said...

uuuuu..
benci..lelama jadi sayang

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*