Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

08 February 2012

EMIL DAN EMILDA


"SAYANG..lagi dua bulan kita nak menikah. Jangan lupa hujung minggu ni kita pergi buat ujian AIDS ya." Ujar Emil digagang telefon dan membuatkan Emilda terkedu.

"Err...awak bukan ujian AIDS...tapi ujian HIV la. Mana ada orang buat ujian AIDS...belum pernah saya dengar ujian jenis macam itu. Nama penyakit adalah." Emilda menahan sakit diperut untuk melepaskan tawanya. Namun dia bimbang Emil akan berkecil hati

"Eh....HIV eh? He he he...saya tersasul pulak..."

"Apalah yang awak dok berangan tu kan? Awak kat mana ni?" Emilda tertawa kecil.

"Saya berangan awak dah jadi isteri saya yang sah. Saya dekat area stesen keretapi Universiti ni." Emil mengusik dan selama jawapan yang kedengaran daripada mulutnya. Emilda terkejut.

"Keretapi? Awak biar betul. Area keretapi mana awak tiba ni?"

"Ala....keretapi yang jalan diatas tu."

"Emil Huzaimi Bin Abdul Rashid....bukan keretapi sayang...stesen LRT Universiti...awak kenapa?"

Emilda sudah tidak dapat menahan tawanya dari meletus. Kedengaran kuat dia tergelak gara-gara Emil yang tersasul bukan-bukan.

"Eh...haaa..itulah yang saya nak sebut. Terlupa pulak tiba-tiba..."

"Ada...ada.. aje awak ni Emil. Lagi berapa lama saya nak kena tunggu ni?"

"Lagi lima puluh minit sampai."

"Emil! Kalau awak dah area LRT Universiti bukan lagi lima minit ke? Apsal kena sampai lima puluh minit pulak tempoh perjalanan?"

"Hah? Eh...eh...lima minit lagi sampai sayang...maaflah sejak akhir-akhir ni darah gemuruh saya sampai sebab excited kita nak menikah ni."

"Awak...awak...oklah saya tunggu depan lobby ok."

"Ok sayangku lagi comel cun menawan..."

"Mengadalah...bye... Assalamualaikum...Tengku Emil..."

"Waalaikumsalam Puteri Emilda..."

Aku menggeleng sambil tawa masih berbaki dengan perbualan antara aku dan Emil. Ada sahaja sasulnya yang selamba itu membuatkan aku tidak pernah henti-henti ketawa. Dunia walaupun selalu berhadapan dengan cabaran namun masih tetap ada orang tersayang disisi menggembirakan perasaan.

"Zara... Eida balik dulu ye. Si Emil ajak pergi tengok wayang. Kau balik pukul berapa?" Aku menegur Zaya yang dok tersengih mendengar perbualan aku dan Emil sebentar tadi.

Zara memang pantang dengar cerita lawak antara aku dan Emil. Memang tawanya akan meletus kuat sampai terkeluar airmata.

"Aku balik dalam pukul enam setengah, maklumlah si Khairul keluar dari tempat kerjanya pukul enam. Jadi aku kena stay lagi setengah jam. Kau dengan Emil kan memang sepadan tau Eida, sweet aje comelnya. Tapi tadi aku terdengar korang berbual memang buat aku ketawa sampai keluar airmata la..."

"Biasalah Zara...aku dengan Emil memang serasi. He he he...Ok aku balik dulu eh. Kau tu jangan kerja lebih masa lama-lama sangat. Jaga kesihatan ok, lagipun boleh sambung Sabtu minggu hadapan filing tu. Aku sendiri pun dah tak larat. Ini belum kahwin, esok kalau dah kahwin larat lagi ke tak nak datang kerja hari cuti Sabtu macam ni." Aku sudah mengomel.

"Ala...setengah jam aje. Ini pun aku lepak-lepak aje untuk hilangkan penat lelah. Tahniah tau kawan baik aku ni nak kahwin dah tak lama lagi. Tinggallah aku dengan Mia tak kahwin lagi. Ini yang tak sabar suruh Khairul pinang cepat-cepat... He he he." Zara mula pasang angan-angan.

"Amboi! Gatal. He he he...Kalau cepat lagi bagus Zara, boleh kita rancang bersalin sama-sama. Ha ha ha..." Aku berseloroh.

"Tang bersalin aku memang gerun. Eh pi turun cepat karang Tengku Emil kau tu panas punggung lama-lama." Ujar Zara kepadaku mengingatkan. Kalau sudah berborak kosong memang akan berpanjangan.

"Bye Zara...Jumpa hari Isnin..." Aku mula mengorak langkah.

"Bye Eida...kim salam dengan Tengku Emil kau tu tau...hehehe...pesan dekat dia bawak rileks sudah..."

Aku tersenggih dan melambai-lambai sewaktu keluar dari pejabat.

**********

"EMILDA, harini jom kita pergi tengok wayang nak. Cerita apa best?" Emil bertanya dan aku sedang sibuk membelek telefon bimbit.

"Tak kisah cerita apa-apa pun. Awak belanja kan? He he he."

"Kita tengok cerita Pink Panther la nak?"

"Cerita kartun?"

"Bukanlah, cerita yang diadaptasi dari cerita kartun tu." Emil memberi penerangan. Kalau setakat pergi wayang hendak tengok cerita kartun, aku sanggup ajak pergi window shopping. Nasib baik Emil membetulkan keadaan. Aku dengan cerita kartun tidak berapa masuk dalam kepala otak. Kalau Zara Hushaifa memang semua genre dia belasah.

"Nasib baik...oklah...bolehlah...lepas tu kita pergi window shopping pulak ye. Saya nak pergi survey minyak wangi LANCOME."

"Ok...harini patik dengan rela menemani tuan puteri patik yang teramat disayangi ini."

"Aduh! Dia dah mula dah wayang bangsawan dia..."

"Eleh...gurau sikit pun tak boleh."

Aku tersenyum. Kebiasaan riadah aku dihujung minggu memang kami akan keluar tengok wayang bersama. Dalam mood bercinta la katakan. Esok-esok kalau dah kahwin ajak pergi lepak kedai mamak pun belum tentu lepas ni. He he he...

Setibanya tempat letak kereta, Emil mengunci apa yang patut. Aku membetulkan blouse berwarna putih yang agak berkedut sedikit akibat duduk terlalu lama. Kami beriringan masuk ke dalam shopping complex Sunway Pyramid yang tersergam indah itu. Unik sungguh design yang dilakarkan seolah-olah berada di Egypt!

Sampai sahaja dikaunter pembelian tiket, aku lihat agak ramai orang beratur menunggu giliran. Hendak atau tidak kami tetap jugak berdiri menuggu barisan bergerak perlahan-lahan. Kaum Cina mendominasi kaunter pada cuti hujung minggu ini.

Kaum India biasa-biasa sahaja. Kaum Melayu pun boleh tahan juga, ramai pasangan yang sama-sama hendak menonton wayang terbaharu. Inilah dinamakan 1Malaysia! He he he...

"Kita nak duduk bahagian tengah ke? Tepi ke?" Emil bertanya.

"Couple seat ajelah senang. Takde bersesak-sesak nak masuk sampai terpijak kaki orang awak tu." Aku tersengih. Emil ketawa.

"Ye Encik...nak pilih wayang gambar apa yang harini? Kita ada macam-macam movie terbaharu."
"Ok dik. Kami nak tengok cerita PeterPan dan mahu bahagian couple seat."

"Emil Huzaimi! Bukan PeterPan lah....Pink Panther..." Aku sudah tergelak langsung tiada marah. Nak kata malu? Sudah berbakul sebelum ini. Tapi aku tetap layankan jugak Emil Huzaimi, tunang tersayang.

"Eh...haa..cerita itu saya nak sebut tadi..."

"Tak mengapa Encik. Ok couple seat harganya RM 34.00"

Itu dia harga untuk kerusi istimewa. Kalau tempat lain RM 22.00 sahaja tau. Selepas membayar haraga tiket, kami berdiri di pintu masuk sebelum jam 3.00 petang. Aku yang ketawa tidak henti-henti menahan sakit diperut. Emil menggarukan kepalanya yang gatal itu.

Emil seperti tiada perasaan malu dengan sikap selambanya yang tersasul sebentar tadi. Emil tidak pernah marah malah gelak ketawa boleh tumpang sekaki ikut serta dengan aku. Nasib baik berdua. Kalau ada Zara dengan Khairul, memang gamatlah duaorang itu bergelak sakan. Siapa tak kenal si Zara Hushaifa yang ketawa memang tidak ingat dunia! He he he...

"Macam mana awak punya confident sebut PeterPan Emil? Awak memang lawaklah. Ha ha ha."

"Entah. Spontan. Itu dia gelak besar sungguh nooo...He he he..."

"Walaupun tahap confident awak tinggi, jangan risau awak tetap berada didalam hati saya, bakal suami pilihan. Terima kasih sudi hendak memperisterikan saya."

"Terima kasih jugak sayang sebab awak terima diri saya seadanya."

Aku tersenyum, Emil tersenggih dan kami melangkah menuju pintu masuk wayang bersama-sama. Bagaimanalah nanti agaknya alam rumahtangga aku dengan Emil? Mesti penuh gelak dan tawa.

Ah! Bahagianya rasa dihati meskipun aku pernah terluka dengan bekas tunangan aku yang terdahulu. Aku benar-benar rasa dihargai sepenuh hati.

Kau memang bunga cintaku, Emil Huzaimi!

**********

PERSANDINGAN antara aku dan Emil memang cukup meriah dengan dihadiri sanak saudara dan kenalan serta sahabat handai yang menyerikan lagi majlis. Aku bersyukur kerana perhubungan aku dan Emil mendapat restu dari kedua-dua belah pihak. Kira perjalanan cinta aku dan Emil memang diterima semua pihak. Tiada bantahan yang aku dengari apabila kami mengumumkan untuk bernikah.

Majlis gilang gemilang yang tercipta itu akan menjadi satu sejarah yang manis untuk aku dan Emil. Inilah dinamakan kuasa cinta yang diberkati oleh Allah membawa kami menuju ke jinjang pelamin. Biru laut menjadi pilihan tema utama aku dan Emil. Ramai yang memuji mengatakan bahawa warna yang dipilih memang sesuai untuk kami yang berkulit putih bersih. Dahulu ramai yang menyangka kami seperti adik beradik kerana wajah ada iras-iras.

Barangkali memang jodoh kami kuat! Namun sejak akhir-akhir ini penyakit tersasul Emil sudah berjangkit dengan aku. Entah macam mana aku boleh jadi seperti dia pun aku tidak tahu. Nasib badan!

Pernah sekali aku dengan confident nya bercakap dengan pihak pelanggan dengan tanpa segan silu. Nasib baiklah si Mastura yang menegur aku kalau tidak tentu sampai bila-bila aku akan guna perkataan itu tanpa sedar sehingga aku pencen agaknya.

"Good day sir. May I help you?" Wah gitu berbahasa Inggeris dipejabat sambil menjawab telefon sambil tangan aku membuat kerja-kerja accounting. Ingat senang buat dua tiga kerja dalam satu masa? Hanya orang-orang yang berdepan dengan keadaan sebegitu yang akan mengerti. Ceh! Nak cakap hebatlah tu kononnya. Hu hu hu...

Kita tak tahu barangkali ada orang supersaiya buat lima enam kerja dalam satu masa. Tabik spring orang sebegini.

"Amoi..takpa...wa pun bukan pandai ooo itu bahasa Inggeris ma..kita cakap cincai bahasa melayu saja aaa..." Itu dia apek mana ntah dengan selamba yaya bercakap disebelah sana. Cayalah apek! Bukan APEK yang main bola tu tau.

" Ya ka uncle kira boleh cincai aaa...apa saya boleh tolong sama uncle?" Hambik kau! Selamba sahaja aku menjawab he he he...

"Amoi aaaa...saya talak tau aaa guna itu system aaa...saya tekan-tekan aaaa talak keluar apa ooo. Macam mana saya mau bikin aaa...haiya saya olang kampung saja maa...mana mau tahu itu semua dalam bahasa Inggeris... Apa pasat lu punya syalikat aaa takda bikin itu dwi bahasa? Haiyaa..bikin kami susah ooo mau guna ini system. Canggih-canggih pun talak guna untuk olang tua macam saya maaa..."

Kejap uncle ini mintak tolong ke bagi ceramah percuma pada aku pagi-pagi buta? Kesian uncle ye, duduk kampung bila berdepan zaman teknologi canggih memang mendatangkan satu masalah pada peringkat umur yang agak lanjut untuk menggunakan system secara online.

"Mintak maaflah uncle, saya pun makan gaji saja dalam ini syarikat tapi apa yang boleh saya bantu saya akan cubalah uncle. Why not uncle bagi satu email cadanganlah sama saya punya company. Itu lagi bagus uncle."

"Itu macam aaa...kalau itu nanti saya bikin lah. Ini saya mau tanya pasat apa saya tak boleh bukak ini system?"

"Boleh saya tahu uncle guna Internet Explorer ke Google Chrome?" Aku bertanya.

"Apa itu? Mana saya tahu lorhhh.."

"Itu aplikasi kalau uncle mau pakai kami punya system." Aku menerangkan dengan sebaik mungkin. Hati pelanggan hendaklah dijaga kan.

"Ooo..itu macam ka...boleh tolong kasik advice sama saya ka amoi?"

"Macam ini uncle, bila uncle mau pakai itu system kena guna Internet Explorer saja. Itu Google Chrome sama Goddzilla Firefox tak boleh pakai aaa..."

"Oooo..itu macam ka?"

"Saya uncle."

"Kalau macam itu nanti saya mintak tolong sama saya punya anak lorhh...Telima kasih aaa..."

"Sama-sama uncle. Terima kasih menghubungi pihak kami."

Gagang telefon diletakkan dan aku terdengar Mastura, Shafiza dan Suhaili sudah ketawa dibelakang aku. Peliklah jugak apa pasal diaorang ketawakan aku pulak? Ada aku buat lawak ke tadi?

"Apsal korang gelak-gelak ni? Ada akak buat lawak ke?" Aku menjungkitkan kening tanda tidak puas hati kononnya.

"Kak kalau kitaorang cakap jangan marah tau."

"Hah! Apa dia? Tengok mood akak kalau benda itu lawak akak gelak kalau tak..nasiblah korang buat bank recon sorang-sorang. Mau ka?"

"Tu diaaa...singa lapaq keluaq...He he he." Mastura mengajuk aku.

"Cakaplah...apsal korang gelakkan akak tadi? Pasal apek tu slag ke? Apa nak buat, nak cakap bahasa Inggeris apek tu tak reti, akak bantai sahajalah ikut bahasa kampung dia. Janji dia faham, kalau speakang ke London sangat pun bukan dia dok faham satu apa pun."

"Rileks arr Kak Eida...cool..cool..."

"Baik cepat cakap, karang korang tunggang tungging ler buat bank recon nun."

"Akaklah...confident cakap Goddzilla Firefox...bukan Goddzilla la kak, Mozilla...Mozilla Firefox! Goddzilla tu movie kak oii..."

"Eh! Ye ke? He he he...biasalah terkena simptom laki akak dik oii...Ini semua abang Emil kaulah bagi virus confident dekat akak ni. Yang apek tu pun haaa..haaa...yee...yee...akak pun belasah ajelah."

Habis satu unit aku ketawa dengan tahap confident aku yang begitu tinggi. Nasib kau lah Apek, janji aku dah tolong apa yang kau tanya tadi he he he...

Rasa...rasa korang, apek tu ada Facebook ke? Kalau ada akulah orang pertama hendak add uncle ini sebab apa sebab apek ini sangat sempoi meskipun syarikat dia besaq. Kim Hoong Holding Berhad. Berhad tu! Aku tersengih dalam hati sendirian.

Nasib baiklah berbadan dua ketika ini, agaknya hormon aku tidak stabil mulalah mengarut sana sini.

**********

HUJUNG minggu beberapa orang rakan rapat ditempat kerja Emil datang bertandang ke rumah baharu kami. Maklumlah beli rumah untuk keluarga kecil kami ini, diaorang datang saja nak tengok-tengok sebagai rumah contoh. Kata mereka akan jadikan Emil sebagai idol kerana menyediakan kemudahan awal-awal untuk anak isteri.

Patutlah Emil tak nak tukar kereta baharu, tetap setia memakai kereta lamanya yang jenis Mitsubishi tahun tujuh dan lapan puluhan itu. Kalau orang lain tentu dah malu naik kereta itu tetapi tidak bagi aku. Kalau sudah cinta sayang, itu semua boleh dicari kemudian.

Tidak lama lama aku akan melahirkan seorang bayi lelaki dan Emil tidak mahu menyusahkan mak dan ayah aku. Kata Emil sudah tiba masanya kami berdua hidup berdikari, kalau duduk menumpang rumah mak ayah memang tidak pandai sampai bila-bila.

Bagus betul pemikiran Emil sekarang ini. Menuju kearah kematangan sejak dua menjak bakal menjadi bapa nanti. Aku bahagia dengan Emil sekarang. Dialah bunga cintaku yang paling agung.

Konon! Cuba bertikam lidah ada sahaja yang tidak kena pada pandangan mata aku. Kata pembawa budak! Sabar ya wahai kaum Adam, ingat tak sakit mengandung ni? Cuba hangpa pikiaq lagu mana nak cuci kain, memasak, bekerja dan kemaih umah lagi. Kira kaum wanita gagah dak?

Aku yang sedang leka memasak didapur datang Emil yang membuatkan aku sedikit terperanjat. Nasib bayi aku dalam perut ini tidak terkejut sama. Ikutkan hati hendak sahaja aku tangan-tangankan jari suami aku ini dengan sudip yang masih panas selepas kacau cili yang tengah masak!

"Abang... Comel tengah masak ni. Karang tak pasal-pasal kena sudip panas ni. Pi la duduk depan borak-borak dengan kawan abang tu. Takpe Comel boleh masak sorang-sorang ni. Bukan banyak mana pun. Kesian kawan abang datang tapi abang tak layan diaorang. Kalau dah siap Comel panggil abang tolong hidangkan."

"Ok sayang. Kesian bini abang ni masak dengan dapur kecik. Ada rezeki kita revonet dapur kita bagi luas sikit."

"Apa? Revonet? Tak pernah dengar pun perkataan tu. Abang biar betul."

"Ala yang ubahsuai rumah tu."

"Sayang bukan revonet tapi R.E.N.O.V.A.T.E..dah pergi depan layan tetamu. Apa tuan rumah duduk kat dapur. Tak semenggah betul."

"Haa...itu yang abang nak sebut tadi. He he he..."

Aku hanya menggeleng dengan suamiku ini. Korang tengok macam mana aku tak terikut dengan perangai tersasul dan confident dia tu?

"Wah Emil besaq sungguh rumah hang noo...tak sangka aku hang sanggup pakai keta lama nun semata-mata kumpul duit beli rumah besaq gedabaq ni." Ujar Murli kawan seunit tempat kerja Emil.

"Hang biaq betui Murli. Mana ada besaq. Takat rumah teres dua tingkat aja pun. Ni aku nak habaq mai aku kasik besaq sikit ruang belakag nun supaya senang sikit bini aku."

"Hang nak besaq kan kat belakang tang mana tu Mil?"

"Tang belakang nun aku nak kasik besaq sikit supaya boleh bikin chicken aku luas. Kesian kat bini aku masak dalam ruang yang sempit. Esok dah ada anak lagilah jadi sempit."

"Hang cherita apa ni Mil? Chicken mana hang nak kasi besaq ni?" Hashim pulak bersuara. Rupanya diaorang ni sekampung datang ke Kuala Lumpur mencari rezeki dibandar besar ini.

Mereka sama-sama bekerja sebagai techician di Proton. Cuma Emil sahaja yang tinggi sedikit pangkatnya kerana kegigihan dia berkerja dibawah seliaan bossnya dahulu. Kini Emil telah menjadi supervisor yang disenangi ramai.

"Ala dalam bahasa melayunya dapuq"

"Hang ni demam ka apa? Bukan chicken tapi kitchen Emil oii..hang ni dari dulu sampai sekarang nooo.."

Semua yang ada sudah bantai gelak dengan suami aku ini. Aku yang baharu sahaja keluar daripada dapur terdengar perbualan mereka terus tergelak sampai senak perut.

Aku memanggil suamiku untuk membantu menghidangkan lauk pauk yang sudah tersedia.

"Chicken eh?"

"Sayang jangan nak perli abang eh..karang abang dukung aje sayang depan diaorang semua."

"Amboii..kasar gurau tu bang...hehehe..."

Emil ketawa.

"Besaq nanti chicken kita ya bang?"

"Ada nak kena ni..."

**********

SELEPAS kelahiran bayi pertamaku dalam masa dua jam yang lalu, ramai yang hadir ke hospital melawat aku. Termasuklah mak dan ayah. Adik-beradik lelaki aku. Ipar duai dan termasuk sedara mara serta sahabat handai antara aku dan Emil. Meriah sungguh wad bersalin Hospital Selayang. Macam ada kenduri kendara pulak. Jururawat yang bertugas tersengih melihat keluarga besar aku. Maklumlah cucu sulung. Lelaki pulak tu. Kalau kaum cina memang sayang sangatlah cucu sulung tu lelaki. Bawa tuah katanya.

Emil mengambil zuriatnya yang masih kemerah-merahan. Segar dari ladang tu weih! Ahaks.

Tiba-tiba aku bersuara dan membuatkan ramai yang sakit perut ketawa. Aku yang masih lemai dan sedikit mamai terasa peliklah kan. Apa yang aku cakap tu salah ka?

"Abang...iqamat anak kita tu bang. Wajib tau."

"Sayang..bukan iqamat sayang...tapi azan. Bayi perempuan baru abang boleh iqamat. Bayi lelaki kita kena azankan..."

"Errkk...menjangkit dengan abang... He he he..."

"Along...along...itulah sibuk sangat nak bercakap kan dah tersasul macam abang Emil jugak." Adik lelaki keduaku bersuara dan aku terasa macam nak lanyak sahaja.

"Eleh...kak long tersasul la..."

Baik punya nak cover cun padahal dah salah lagi hendak sudah terang lagi menyuluh haa...

Aku mengejek dan emak menampar lembut bahu Eiman supaya berhenti mengusik aku yang baru habis berjuang untuk mengeluarkan zuriatku melihat dunia ciptaan Allah yang serba indah ini.

Selepas diazankan bayi lelaki aku menangis manja minta untuk disusukan. Aku yang tidak berapa pandai telah diajarkan oleh kedua-dua emak dan ibu mentuaku. Pada mula berasa amat kekok namun selepas itu baharulah aku dengan senang hati menyusukan anak lelaki aku.

Susu ibu adalah susu yang paling baik dan bagus untuk bayi. Ini adalah fakta bukan auta tau!

Emil berbual panjang dengan rakan-rakannya yang mengucapkan syabas kerana berjaya mendapat satu gol. Hampeh betul kalau orang lelaki berbual. Semua pakai langgar takde tapis-tapis. Suami aku itu bukannya boleh diagak karang tiba-tiba datang tersasul dia mahupun satu hospital ini bantai gelak.

Kadang-kadang aku terasa kasihan jugak andainya suami aku itu dijadikan bahan lawak tetapi mereka yang berada disekeliling aku tidak mentertawakan kami kerana kami kurang bijak tetapi diaorang kata kami boleh jadi calon Maharaja Lawak Mega. Boleh beat team Osbon dan Boboi kata mereka.

Korang ni kan...memang tau. Nasib baik fikir kawan kalau tidak aku tenyeh-tenyeh pakai cili padi baharu padan muka korang weih. He he he... Tapi aku ini biasalah mana pernah ambil hati dan kadang-kadang bila aku terfikirkan balik memang lawak jugak spontan aku dan Emil. Kalau Eizad Hakim mewarisi sifat kami berdua, memang tak tau nak kata apalah. Tetap bersyukur dengan kurniaan Tuhan.

Eizad Hakim memiliki kulit putih bersih seperti aku dan Emil. Sekali pandang macam anak cina. Terkenan Apek Goddzilla ka? He he he... Terus terlekat nama Apek Goddzilla itu sehingga harini. Semuanya kerja si Mastura dan Zara. Hebat betul korang! Suka-suka bagi gelaran dekat Apek itu!

"Malam ni mak temankan Eida. Esok ibu pulak kemudian mak semula. Pilihan kamu nak berpantang mana-mana." Mak tersenyum dan ibu mentuaku mengangguk sahaja.

"Pantang ada 144 hari kan mak?"

"Mana kamu dapat tang seratus Eida oii... 44 hari saja..."

"Oooo... Ieda ingat 144 hari...itu yang main dok sebut ja. Macam ni mak...24 hari Eida dok dengan mak lepaih tu balance dok umah ibu pulak. Dua-dua dapatlah merasa noo..." Ya perlu adil supaya aku dapat menjaga hati kedua-dua pihak. Aku sayang mereka berdua lebih dari segala-galanya.

"Ikut kamulah Eida. Asalkan kamu dengan Eizad sihat walafiat. Ibu pun tak kisah mana-mana dulu pun. Bak mai kat ibu pulak Eida. Ibu nak peluk cium cucu sulung ibu ni. Meh sini meh Eizad sayang nenek ni..."

Bahagianya aku rasa apabila anak kelahiran pertama aku mendapat kasih sayang dari semua orang. Berebut-rebut hendak dukung. Esok kalau dah besar tak tau la fiil dia lagu mana pulak. Jururawat yang menyambut kelahiran aku berkata bayi Eizad sihat dan kuat. Katanya bila ditepuk banyak kali pun tidak menangis. Apabila hendak susu baharulah kedengaran suara dia yang nyaring itu.

Ikut jejak langkah bapak dia la tu. Kaki karaoke la katakan! Sampai jadi juara tu kalau ada pertandingan ditempat kerja dia. Salah satu daya penarik Emil yang memikat hatiku adalah suara romantisnya. Kalau menyanyi bukan satu dua, sepuluh lagu pun dia balun direct. Alahai suami aku ini.

Walauapapun kekurangan Emil Huzaimi ini namun dialah tetap menjadi pujaan hati aku. Susah dan senang kami bangun bersama. Walaupun suatu masa dahulu aku pernah terluka dengan bekas tunangan aku yang telah berlaku curang dengan wanita lain. Bekas tunangan aku dan Emil bukan siapa-siapa tetapi rakan sekerja. Emil cepat-cepat menyambar diriku apabila dia mengetahui aku telah putus tunang dengan kawannya itu. Nasib baiklah mereka tidak begitu rapat. Kenal pun ditempat kerja yang sama.

Kini aku bahagia. Sangat bahagia kerana Emil menerima diri aku seadanya meskipun kadang-kadang aku ini manjanya terlebih. Ayah memang manjakan aku sebab akulah satu-satunya anak perempuan tunggal kesayangan dia meskipun aku ini anak yang sulung. Macam berjodohan pula, Emil Huzaimi juga merupakan lelaki sulung didalam keluarga. Orang kata sulung bertemu sulung agak panas. Tapi alhamdullillah kami berdua serasi.

Emil menyatakan sebelum aku bertunang lagi dia sudah jatuh cinta pandang pertama sewaktu melihat wajahku ketika kami sama-sama keluar makan seafood di Bagan Lalang. Disitulah cinta pandang pertama Emil terhadap aku tanpa aku sedari! Tetapi dia tidak mahu bermusuhan kerana sebuah hati. Dia lebih rela berkorban dan pengorbanannya itu membuahkan hasil yang kini aku sudah menjadi miliknya.

Aku pula jatuh cinta dengan Emil selepas putus tunang selama tiga bulan dengan rakannya Shuib. Sewaktu dengar dia menyanyikan lagu Sedetik Lebih aku terasa dada begitu sebak degan luahan hatinya khas untuk aku. Akhirnya aku menerima Emil dengan sepenuh hati meskipun akau pernah terhiris hati. Allah telah berfirman bahawasanya :

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan manakala lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Itulah yang termaktub apa yang diketahuiNYA.

Aku bukanlah sebaik mana namun masih lagi menjaga batas-batas pergaulan antara kami berdua. Kami disatukan dengan ikatan perkahwinan dan dikurniaakan cahaya mata yang disayangi ramai.

Indahnya teringat kisah dolu-dolu percintaan berputik antara Emil dan Emilda. Nama pun seakan-akan sama. Ahaks!

**********

Tamat.

Cerita ini pendek sahaja saya buat. Kalau diikutkan banyak lagi kisah lucu. Tapi cukuplah sampai disitu. Kisah ini tiada konflik berat begitu begini ya. Enjoy your reading...peeps ^_~V

Ada apa-apa nak komen? Hew hew hew..

Peace Yo!

1 kata-kata pujaan:

MaY_LiN said...

hew hew hew..
asik sasul je..
cumil

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*