Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

09 April 2011

SERONOK?

Aku memang gemar membaca kisah-kisah seram yang diilhamkan oleh mana-mana penulis yang berbakat. Kalau dibaca waktu tengah malam memang mood seram-seram sejuk itu akan terasa hebat. Jangankan kata bulu roma sahaja naik, bulu hidung pun akan terasa menyucuk. He he he... Kisah yang aku alami mungkin agak jarang berlaku kepada orang lain. Maklum sahaja makhluk tuhan itu juga mempunyai pelbagai cara mahu mewujudkan diri dari pandangan mata kasar. Aku disakat sewaktu aku betul-betul serius membaca sebuah cerita seram yang dipamerkan sebuah blog persinggahan kegemaran aku.

*******

AKU berkenalan dengan Hanim sewaktu mula-mula melangkah masuk bangunan hostel yang menempatkan dua orang dalam sesebuah bilik. Dia sangat peramah dan memang gemar berbual walaupun baharu sahaja berjumpa. Pelik juga, mungkin perangai dia memang begitu agaknya. Bilik yang aku diami adalah bilik yang paling hujung dan tingkat yang paling atas. Di tepi bangunan hostel aku terdapat sebuah pokok ara yang kelihatan besar dan berjuntai dengan pokok-pokok tumpang. Sesekali pandang memang agak menyeramkan. Maklum sahajalah kisah-kisah mistik memang terkenal di mana-mana hostel pusat pengajian tinggi dunia.

Hanim mengikuti pengajian yang tidak sama dengan aku. Katanya dia masuk awal satu semester daripada aku. Mujur bukan kakak-kakak senior yang terkenal dengan kepoyoan mereka kalau datang pelajar-pelajar baharu. Kalau pelajar baharu itu cun melecun dan mengancam mulalah membuli sana sini. Hanim ini aku lihat memang mantap, putih, gebu, rambut ikal mayang sampai pinggang dan yang paling menarik lirikan matanya. Cantik!

Malam ini aku melayari internet dengan perasaan yang tidak sabar-sabar. Biasalah aku dan broadband Maxis serta laptop kesayangan aku ini memang sukar untuk dipisahkan. Hanim yang melihat keletah aku hanya menggeleng kepala. Katanya aku ini terlalu taksub dengna kisah seram. Pernah sekali Hanim menyakat aku suatu hari nanti kena sakat dengan hantu betul-betul baru padan muka. Huh! Dasar kata orang penakut memang begitu. Hanim tergelak mendengar kata-kata aku dan berdecit hilaian tawanya membuatkan aku sedikit berderau. Namun cepat-cepat aku tersenggih dan menghalau perasaan yang entah apa-apa itu.

"Kenapa tengok saya macam tu Hanim?" Dia tidak menjawab malah asyik tersenyum sahaja. Aku jadi gusar.

"Saja...suka tengok kau ni. Gemar sangat baca kisah-kisah seram dan mistik. Baca tengah-tengah malam pulak tu. Tak takut ke kalau kena kacau?" Hanim menjawab dan aku hanya mendiamkan diri sambil mengjungkitkan bahu.

Malam ini Hanim kelihatan tidak seperti biasa. Dia lebih banyak merenungi aku dan aku memandangnya hairan. Dia hanya tersenyum meleret dan aku lihat semacam pula.

"Baca cerita apa tu?" Hanim bertanya dan aku tersentak tiba-tiba Hanim sudah berdiri sebelah aku.

"Baca kisah seram budak-budak yang menyewa sebuah rumah baglo yang mistik."

Hanim diam dan mengangguk. Aku pelik. Selalu ramah si Hanim ini berbual. Malam ini macam orang tertelan biji guli pula. Aku menggeleng dan Hanim merenungi aku lagi. Aku malas mahu melayan terus meyambung membaca kisah seram itu. Semakin lama aku semakin rasa tidak sedap hati. Aku cuba memujuk hati sendiri. Aku melihat ke arah Hanim. Tiada.

"Bila masa pulak dia ni keluar? Tak dengar bunyi pintu pun... Ah! lantaklah, kaki dia bukan kaki aku nak halang-halang. Baca citer seram Ilya kat blog lagi best." Aku mengomel sendirian.

Aku terleka seketika membaca kisah-kisah seram ilham si Ilya. Paling aku terasa sewaktu baca kisah 'Teman'. Berderau-dera darah aku. Agaknya kalau aku kena tegur macam itu mahu pengsan terus. Aku belek-belek lagi cerita-cerita seram di blog-blog persinggahan aku. Aku sendiri tidak tahu mengapa beria-ia malam ini mahu membaca kisah-kisah hantu. Sesekali aku terbau sesuatu yang wangi yang berselang-selang. Sekejap bau wangi lepas itu hilang. Lepas itu datang balik bau wangi itu kemudian hilang lagi.

'Ah! Sudah. Apahal pula malam ini?'

Aku duduk menegakkan diri di meja belajar. Aku lihat Hanim sudah terbaring di atas katil. 'Bila masa pula Hanim balik?' Aku mengomel sendirian di dalam hati. Aku menghembuarkan nafas yang agak berat. Aku terasa lega sebab Hanim sudah balik, jadi aku boleh sambung kembali baca kisah-kisah seram yang ada di internet. Tanpa sedar jam sudah hampir ke dua pagi aku menguap sesekali. Mata hampir mengantuk aku mula menutup laptop dan terus menuju ke tempat pembaringan. Aku menidurkan diri. Tiba-tiba...

"Seronok?"

"Apa yang seronoknya. Kau ni pelik sangatlah harini Hanim... Kau kenapa? Sakit ke?"

"Baca kisah hantu..."

"Bolehlah. Ada yang seronok ada yang menyeramkan. Soalan aku tu kau tak jawab lagi Kau kenapa?"

"Aku biasa aje. Takde apa-apa."

Aku pelik. Tadi aku lihat si Hanim tidur bukan main lena. Bila masa dia keluar dan bila masa dia balik pun aku tidak tahu. Sedar-sedar sudah meniarap di atas katil. Mistik. Malas mahu fikir apa-apa aku lelapkan mata kembali. Kantuk sudah mula menguasai diri. Sekali lagi Hanim bersuara dan kali ini soalannya agak berlainan sekali.

"Dalam banyak-banyak kisah seram kau baca tadi yang mana satu yang paling kau suka?"

"Semua..."

"Pilih salah satu..."

"Kenapa?"

"Pilih sahajalah..."

"Yelah...yelah...peliklah kau malam ni. Selalunya tu takde rajin sangat pagi-pagi buta begini kau tanya itu dan ini."

"Pilih cepat..." Agak keras sedikit bunyi suara Hanim yang kedengaran.

"Kejaplah, aku tengah refresh memori aku ni."

Hanim diam dan terus mengadap aku yang terkebil-kebil memandangnya. Senyuman Hanim meleret lagi dan kali ini paling menakutkan pula aku rasa.

"Kot ye pun tak payahlah nak tersenggih macam itu! Terkejut aku." Aku separuh menjerit. Hanim tergelak seakan-akan mengilai. Aku semakin terasa tidak sedap hati. Aku mencubit lengan Hanim.

"Cepatlah. Lama aku tunggu ni. Mana satu kisah hantu yang paling kau suka?"

"Yang paling aku suka kisah seorang wanita mati bunuh diri kerana kecewa. Roh dia tidak aman dan masih berdendam kepada teman baiknya sendiri merampas kekasih hatinya. Hampir setiap hari dia menganggu alam rumah tangga kawan baik dan bekas kekasihnya."

"Macam mana dia mati?"

"Dia mati bunuh diri ler. Kan dah cakap tadi. Esok sambung cerita eh aku dah mengantuk sangat ni."

"Seronok tak?"

"Bolehlah."

"Macam mana keadaan rupa hantu perempuan yang bunuh diri tu?"

"Manalah aku tahu. Aku baca kat blog bukan tengok dvd ke, wayang ke...kau ni banyak tanyalah..."

"Aku pernah dengar cerita seram itu dan aku tahu macam mana rupa perempuan mati bunuh diri tu."

"Aku nak tidurlah. Esok ajelah."

"Tzera...pandang aku..."

Dalam keadaan mamai aku memaksakan diri memandang ke arah Hanim. Hampir hendak terkeluar biji mata aku meihat wajah Hanim yang sudah bertukar rupa! Kelam kabut aku meloncat daripada katil dan menggeletar kedua-dua kepala lutut aku tatkala itu. Perempuan yang berhadapan dengan aku ini bukan Hanim. Tapi hantu!

"Hiii hiii hii...kalau nak tahu inilah rupa perempuan bunuh diri itu. Dan aku jugaklah perempuan itu... Hi hi hiiiiiiii... Seronok?!" Pandangan aku menjadi gelap dan terjelepok selepas ditegur dan ditemani perempuan mati bunuh diri yang aku baca kisahnya sebentar tadi di internet. Iaitu kisah seram yang terakhir aku layari sebelum menutup laptop.

*******

HANIM terkejut melihat aku terbaring di atas lantai. Aku yang tersedar terus menjerit-jerit melihat wajah Hanim. Dia terkejut dan melihat aku terketar-ketar ketakutan yang amat sangat. Hanim memanggil beberapa orang pelajar perempuan yang lain memohon bantuan menenangkan aku yang sudah tidak keruan. Sehinggalah datang serang ustaz memulihkan semangat aku yang beransur-ansur tenang. Aku menangis dan terus memeluk Hanim. Aku menceritakan apa yang berlaku seawal pagi tadi. Hanim terkejut.

"Bukan aku letak nota yang malam tadi aku tak balik atas meja kau ke Tzera? Buat assignment dekat bilik kawan aku. Itulah aku ajak sekali kau tak nak ikut. Sibuk nak layang kisah-kisah seram dekat internet tu. Sekarang apa sudah jadi?"

Aku bangun dan menuju ke meja belajar aku. Memang ada nota kecil itu yang terlekat di buku rujukan ekonomi aku. Aku menangis dan Hanim memeluk aku. Pelajar lain semua sudah beransur pulang dan tinggal beberapa rakan sekelas aku yang masih setia menemani. Aku sudah serik dan tidak sekali-kali akan tinggal seorang diri di dalam bilik sambil melayari internet sambil membaca kisah-kisah seram! Tidak lama kemudian Hanim bersuara dan aku hampir pengsan sekali lagi.

"Dia dulu sebilik dengan aku. Dia mati bunuh diri akhir semester lepas, terjun dari tingkat ini terus ke arah akar pokok ara. Agaknya roh dia tak aman. Aku masih setia nak duduk bilik ini sebab masih teringatkan arwah. Kasihan Zetra..."

Hanim menunjukkan foto arwah Zetra dan sedang tersenyum manis sambil matanya melirik seperti dia memandang aku malam tadi. Lantas gambar itu cepat-cepat aku pulangkan kepada Hanim.

Baharu aku perasan namanya seakan-akan nama aku!

1 kata-kata pujaan:

siti said...

eee. seram gak cite ni..
meremang bulu roma ak..

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*