Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

01 January 2012

DARI KERANA MATA




“Dari kerana mata..yang mempunyai kuasa...oh! aku tergoda...aku tergoda dan terkecewa...dari kerana mata...”

     FUH! Lagu klasik ini memang menangkap jiwa kalau benar-benar menyelaminya. Jangan tidak tahu bahawasanya lagu ini memang lagu kegemaran ayah aku! Sampaikan ibu aku pun boleh layan apabila ayah mula menyanyi bersama set karaoke kesayangannya itu. Amboi merpati dua sejoli ini memang romantik dari muda sampailah aku sudah menjangkau 27 tahun! Aman bahagia dan mesra sahaja aku tengok. Cemburu juga sebab aku masih lagi belum berpunya. Bukannya aku tidak ada rupa tapi masih belum berjumpa dengan mana-mana wanita yang benar-benar buatkan hati lelaki aku jatuh tertawan. Ewah! Memilih pula!

Dahulu masa sekolah menengah aku pernah bermusuh dengan seorang perempuan ganas ini. Mulut dia yang becok itu mahu sahaja aku sumbatkan stoking masam ke dalam mulut dia. Asal bertembung mesti bergaduh! Tipikal ala-ala drama melayu macam dalam siaran television Malaysia kita itu. Kisah aku pun lebih kurang begitulah jalan ceritanya.

Kadang-kadang aku tersenyum sendiri apabila teringatkan minah kerek seorang ini! Selalu perasan cantik sewaktu sekolah dahulu. Dalam kotak memori aku, minah becok ini bermata empat (bercermin mata) yang besar gedabak. Rambut berketak-ketak macam maggi. Gigi sedikit ke depan (agak jonggang). Jalan bersepah dan badan sedikit berbau. Inilah gambaran minah becok yang masih melekat dalam kepala otak aku! Ha Ha Ha... Cuma satu sahaja, disebalik kaca mata yang minah ini pakai aku pernah terlihat warna anak mata dia yang sangat cantik. Coklat terang ataupun erti kata lain hazel! Ya, warna matanya berwarna hazel! Jarang wanita asia memiliki warna anak mata seperti itu.

Kamal Affendi tersenyum lagi...

********************************

     “HEI! Aku menyampahlah tengok muka kau! Kau ingat kau handsome sangat ke? Podahhhh! Kasik free pun aku tak hingin ler!”

“Weih minah becok! Wa takde kacau lu pun. Tak pepasal lu nak serang wa ni apahal? Badan dahlah bau tengik! Hapak segala bagai! Kau ni mandi mesti tak bersabun agaknya!”

“Kau tak ingat apa kau buat pada aku? Kau nak aku operate ke otak kau tu?”

“Ingat apa benda kau ni?!”

“Kau perdajalkan aku kan! Apsal kau bagi surat beracun pada Adzhim? Bila masa pulak aku sukakan dia? Sebab kaulah aku kena hina tau tak?!”

“Mana buktinya mengatakan aku yang buat surat beracun tu?! Tunjukkan bukti dulu baru bercakap dengan aku! Faham!”

“Oh! Kau nak bukti eh? Sekejap!” Kamalia Shafika berlari mendapatkan beg galasnya yang berwarna merah yang diletakkan di dalam bilik darjah.

Kamal Affendi mula terasa pelik. Setahunya dia tiada masa hendak buat kerja-kerja bodoh seperti yang dituduh oleh Kamalia Shafika sebentar tadi.

Meluru Kamalia Shafika mencampakkan surat beracun itu ke wajah musuh ketatnya yang seorang ini! Kamal Affendi menyeringa apabila diperlakukan sebegitu rupa. Memang kepantangannya kalau orang main kasar begini!

“Kalau bukan kerana perempuan ini kaum yang lemah, sudah lama aku baling kasut sekolah yang tidak berbasuh selama dua minggu ini ke muka dia! Baharu dengan padan dengan muka dia.” Kamal Affendi bermonolog sendirian sambil matanya tajam memandang Kamalia Shafika.

“Apa pandang-pandang?! Kecutlah tu rahsia kau dah terbongkarkan! Kalau ikutkan hati aku yang tengah panaskan ni kan, nak aje aku baling kasut sekolah ni kat muka kau! Sekarang aku nak kau bersihkan balik nama aku yang kau dah busukkan harini. Cepat!” Arah Kamalia Shafika tanpa rasa gentar. Siapa tidak kenal Kamalia Shafika ini di sekolah? Si mata empat gadis rock semalaya tahu!

Kamal Affendi mencebik. Dia menjungkitkan kakinya beberapa kali.
“Weih! Bukan akulah nak perdajalkan kau. Main tuduh-tuduh yang tak berasas pulak!” Kamal Affendi mendekatkan muka kearahnya.

“Tepilah! Dekat-dekat pulak muka kau kat aku. Menyampah betul! Ni tengok tulisan ni baik-baik! Bukan tulisan kau ke?!”

“Mak oiiiii! Busuk gila nafas kau ni pompuan becok! Kau makan petai ke jering malam tadi? Menyesal aku datang dekat-dekat. Ptuihhhh! Ptuihhh..! Ni aku nak tanya macam mana kau punya confident badak mengatakan ini tulisan aku?” Kamal Affendi menjarakkan semula tubuh badannya daripada Kamalia Shafika.

“Kurang ajar! Lantaklah nafas aku berbau ke tak. Aku tahu lah itu tulisan kau. Aku pernah tengok buku latihan kau! Sama!”

“Apahal kau nak tengok-tengok buku latihan aku pulak? Kau mengintip apa dengan aku ni?!”

“Errrr...mana ada mengintip. Time tu Cikgu Ramli suruh ambil buku latihan yang dah diperiksa. Kebetulan pulak buku latihan kau aje terjatuh. Jadi terselak lah isi kandung dalam tu. Maka dengan rasminya aku nampaklah tulisan kau!”

“Sekali ke dua tiga empat sampai sepuluh kali kau tengok buku latihan aku?!”

“Sekali ajelah. Takde masa aku nak tengok banyak-banyak kali. Buat sakit mata aku aje. Silap hari bulan makin bertambah rabun aku tahu!”

“Habis kau pasti sangatlah surat beracun ini aku yang buat? Hah!”

“Ye aku pasti!”

“Untuk pengetahuan Saudari Kamalia Shafika bermata empat, nafas berbau, badan tengok hapak dan macam-macam lagi...Tulisan sahaja hampir sama tapi ini memang bukan tulisan aku. Kau tunggu!” Giliran Kamal Affendi pula berlari mendapatkan beg galasnya. Dikeluarkan buku latihannya dan meluru pantas ke arah Kamalia Shafika.

“Ni kau tengok baik-baik tulisan pada buku latihan aku dengan surat beracun ni! Tengok baik-baik! Ada juga anak orang ni aku sangkutkan dekat pokok nangka nanti!”

Kamalia Shafika merampas buku latihan milik Kamal Affendi. Pantas dia menyemak bait-bait tulisan untuk membuat perbandingan. Kamalia tercenggang. Memang tidak sama. Hampir sahaja. Huruf G memang berlainan sekali.

Kamalia Shafika meneguk air liurnya beberapa kali sambil tersengih mempamerkan gigi yang sedikit ke depan tetapi putih berseri ok! Kamalia Shafika melihat muka Kamal Affendi suka masam mencuka. Tanpa menunggu masa yang lama dia mengorak langkah seperti lipas kudung melarikan diri. Malu ya amat!

“Kamalia Shafika! Jangan lari! Siap kau!”

Itulah salah satu kenangan yang masih terpahat di dalam kotak memori Kamalia Shafika. Kadang kala dia tersengih sendirian apabila teringatkan muka masam Kamal Affendi. Ha Ha Ha...
Apa khabar agaknya mamat muka ketat ini sekarang? Ah! Sudah! Apa pasal tiba-tiba teringatkan dia pulak?! Haru macam ini.

**********************

     KAMALIA SHAFIKA begitu tekun menyiapkan tugasannya biarpun jam di dinding sudah menginjak ke pukul sepuluh malam. Dalam keletihan dia masih bertahan untuk menghabiskan segala saki baki kerja pejabatnya. Setelah semuanya selesai baharulah Kamalia mengemas meja kerjanya yang bersepah-sepah dengan dokumen sebentar tadi. Pantas jarinya menutup suis monitor komputer ribanya. Sambil menggeliat Kamalia mengeluh lembut. Keletihan yang teramat.

“Phewww! Siap jugak akhirnya. Boss aku ni memang suka bagi kerja last minit. Melekat terus aku mendapat gelaran ‘PEKERJA LAST MINUTE!’. Nasib baik jadi kuli aje. Kalau jadi mem besar aku suruh orang bawahan buat. He He He...”

Sambil berjalan menuju ke lif aku memeriksa tas tangan untuk mengeluarkan kunci kereta. Bukan apa senang sikit, tidaklah terhegeh-hegeh baharu hendak dikeluarkan sampai di depan kereta.

“Hai Cik Lia, baru balik ke? Hi hi hi...” Tegur Syafiq yang merupakan rakan sekerjaku tetapi berlainan tingkat serta bahagian pengurusan. Dia sama seperti aku, sering pulang lewat malam. Cuma malam ini wajahnya agak berlainan sedikit. Pucat. Mungkin penat agaknya.

“Taklah baru nak datang keje...” Aku berseloroh.

“Perghhh! Pandai Cik Lia buat lawak taupiaka malam-malam ni eh... Hi hi hi...”

“Dah tu tanya soalan tak relevan langsung Fiq oiii... Dah tentulah aku baru nak balik keje... Adoiyaiii...”

“Hi hi hi...”

“Fiq...kau pun selalu balik lewat jugak ke? Aku ingat aku sorang je yang selalu balik lewat...kau pun sama jugak...”

“Habis kau ingat kau sorang aje yang boleh buat OT? Aku pun nak pulun jugak. Hi hi hi...”

“Ahhhh kau....OT pun nak sapu. Claim kau pun dah berlambak-lambak aku tengok. Gaji kau sebulan aje dah dua ribu lebih. Tambah OT lagi...wah kayalah kau! Kalah gaji boss aku...”

“Alah Lia...biasalah nak hidup Janji kerja beres. Bukan separuh orang, claim macam-macam...OT kononnya tapi keje aku tengok bersepah tak siap-siap jugak.”

“Beselah Fiq. Itulah yang CEO kita selalu cakapkan. BERTANGGUNGJAWAB. Kalau itu tidak disematkan dalam hati, alamatnya memang ramailah yang akan buat benda macam tu. Aku ni pun kalau ikutkan malas nak buat keje last minit. Tau ajelah En Rashid Misai kita tu, kalau baran memang terasa bergegar ler pejabat tingkat tiga ni.

“Kau jangan tak tau, Miss Mona pun macam itu jugak. Kalau dia menjerit memang aku rasa cermin memang boleh pecah agaknya. Hi Hi Hi...”

“Macam-macam...Eh kau parking kereta dekat mana ni?”

“Atas bumbung...”

“Hah! Atas bumbung? Kau biar betul!”

“Betullah!”

“Ah kau buat lawak pulak dengan aku. Balas dendamlah tu. Kalau kau parking atas bumbung macam mana kau nak panjat? Ngok!”

“Macam ini...” Tiba-tiba tubuh Shafiq melayang tinggi dengan pantas. Berubah menjadi wanita berambut panjang sambil mengilai dengan kuat!

Kamalia Shafika terkejut dan sesiapa yang melihat mukanya sekarang pasti akan kata pucat tidak berdarah! Kejadian ngeri malam ini membuatkan Kamalia Shafika terketar seluruh badan. Oleh kerana ketakutan yang amat sangat Kamalia Shafika pengsan di tepi lif.

Pengawal yang bertugas malam itu telah membantu Kamalia Shafika untuk sedarkan dirinya yang telah jatuh pengsan.

Keesokkannya Kamalia Shafika demam panas akibat disakat hantu terbang! Kecoh satu pejabatnya mengenai kejadian yang menyeramkan itu. Syafiq yang terdengarkan berita panas itu benar-benar terkejut dan membuatkan ramai rakan sekerja yang lain takut untuk pulang lewat. Tepat pukul lima setengah petang semua sudah siap berkemas!

**********************

     KAMAL AFFENDI ditawarkan perkhidmatan sebagai penolong pegawai perubatan di salah sebuah hospital swasta yang termuka di Kuala Lumpur. Malam ini Kamal Affendi ditugaskan untuk membantu bahagian pesakit yang tidak kritikal.

Kamalia Shafika dibawa ke hospital yang berdekatan untuk menerima rawatan susulan. Demam panasnya tidak berkurangan akibat pengalaman disakat hantu terbang! Kebetulan Kamal Affendi yang membuat pemeriksaan ke atasnya. Kamal Affendi terkejut melihat nama Kamalia Shafika. Sangkanya Kamalia Shafika perempuan ganas semasa zaman persekolahannya. Ternyata dia tersilap.

“Takkanlah minah tengik tu boleh berubah jadi gadis cantik cun melecun macam ini. Gigi gadis ini elok teratur, minah tu gigi dia agak ke depan sedikit. Lagi satu wajah dia begitu mulus dan halus walaupun tengah pucat lesi....tak mungkin pompuan sewel tu.”

Kamal Affendi menggumam sendirian tanpa di sedarinya Kamalia Shafika sudah sedar dari tidurnya. Kamalia memanggung kepalanya yang masih sakit berdenyut-denyut.

“Doktor... bila saya boleh balik rumah?”

“Maaf Cik Kamalia Shafika, saya bukan doktor tetapi pembantu pegawai perubatan yang dikehendaki bertugas malam ini. Kesihatan Cik Kamalia Shafika masih belum pulih dan perlu ditahan sehari dua lagi untuk pemeriksaan lanjut. Sekarang saya nak ambil suhu badan dan darah Cik Kamalia Shafika. Maafkan saya...”

“Oh!...Baiklah..”

Kamal Affendi menyuntik lengan Kamalia Shafika dengan berhati-hati. Kamalia Shafika menahan sedikit perit. Tidak lama kemudian, Kamalia Shafika diberi makan ubat. Dia terbaring semula dan masih dalam keadaan mamai dia memandang pesakit sebelah katilnya. Makcik tua itu sudah terlena. Kamalia Shafika memandang kipas yang ligat berpusing. Lama kelamaan pandangannya menjadi semakin kabur dan kelopak mata semakin memberat. Akhirnya dia terlena.

Kamal Affendi tidak dapat menumpukan perhatian untuk membuat laporan kesihatan yang dikehendaki minggu ini. Fikirannya melayang teringat pesakit bernama Kamalia Shafika. Dia memeriksa butir peribadi gadis cantik itu secara diam-diam. Ini merupakan satu kesalahan etika namun Kamal Affendi terpaksa melanggar demi untuk mengetahui siapa sebenarnya Kamalia Shafika.

Kamal Affendi terbelalak melihat butir peribadi Kamalia Shafika.

NAMA PESAKIT : KAMALIA SHAFIKA BINTI MOHD ADNAN


UMUR : 27 TAHUN


STATUS : BUJANG


TEMPAT TINGGAL : NO. 28, JALAN TAMAN KEKWA, 47100 PETALING JAYA, SELANGOR

Memang betullah itu budak perempuan yang berbau tengik dahulu dan giginya sedikit jonggang. Eh! Kenapa sekarang dia sudah semakin cantik ye? Dia pun sudah tidak memakai cermin mata. Ya mata itu, memang aku kenal sangat-sangat! Kam! Memang dialah Kam! Gadis rock semalaya yang lagi ganas!

“Dunia ini kecil betul. Dalam banyak-banyak tempat wad hospital tempat aku berkerja ini juga kau dan aku bertemu ye. Kamalia....Kamalia...

Kamal Affendi tersenyum puas dan dia perlu mendekati Kamalia Shafika secara rahsia. Dia perlu tahu bagaimana Kamalia Shafika yang dikenalinya sepuluh tahun dahulu kelihatan sangat hodoh bertukar menjadi gadis yang cantik.

**********************

     HARI INI Kamalia Shafika sudah dibenarkan pulang. Kamal Affendi tidak bertugas sewaktu kepulangan Kamalia Shafika, namun dalam diam dia sudah mengambil nombor telefon bimbit miliknya. Kalau tiba-tiba dia dating ke hospital tentu ramai yang akan menjadi pelik. Termasuklah diri Kamalia Shafika sendiri. Kamal Affendi perlu mengatur rancangannya agar tidak gagal dan Kamalia Shafika tidak akan melarikan diri lagi. Selepas dia menghina Kamalia Shafika, gadis itu terus menghilangkan diri dan kian menyepi. Kamal Affendi tersedar dari keterlaluannya apabila menghina Kamalia Shafika.

Kini peluangnya untuk meminta maaf daripada Kamalia Shafika terbentang luas. Cuma dia perlu merancang agendanya agar berjaya dan lancar seperti yang dia kehendaki. Pertama, dia perlu menelefon Kamalia.


Irama lagu K-POP Tiara – Lies berkumandang nyaring. Silap aku juga sebab tidak merendahkan bunyi tune itu. Aku mengambil telefon bimbitku yang terletak sebelah katil. Aku melihat nombor yang tidak dikenali. Malas mahu melayan aku tekan butang reject! Senang!

Tidak lama kemudian panggilan itu berkumandang lagi. Aku menekan butang reject sampailah kali yang keenam. Panggilan itu senyap. Ya aku memperolehi kemenangan! Semak betul, entah siapa-siapalah agaknya orang ini. Tidak faham bahasa barangkali?

“Assalamualaikum. Maaf mengganggu Cik Kamalia Shafika. Saya ingin berbicara sebentar dengan saudari. Harap jawab panggilan saya. Ini antara hidup dan mati.”

Terbuntang mata aku membaca pesanan ringkas yang dikirimkan. Siapa pula hamba Allah ini? Bukan main lagi hantar pesanan antara hidup dan mati bagai. Apa kes?

Panggilan itu datang lagi. Arghhhh! Menyemak betullah! Ada yang hendak kena sumpah seranah ini. Siap kau!

“Hello! Siapa ni hah!”

“Assalamualaikum...”

Aku tergamam sekejap. Suara lelaki dan sempat lagi memberi salam seolah-olah menyindir aku. Padan muka aku! Hu hu hu...

“Waalaikumsalam! Hah! Apa saudara hendak mengacau orang malam-malam buta ni? Siapa anda? Macam mana anda dapat nombor telefon anak saya? Cakap cepat kalau tidak makcik marah lagi teruk!”

Kamal Affendi tersentak. Bukan mak Kamalia Shafika sudah arwah ke? Sahaja hendak mempermainkan akulah kononnya itu. Ok! Aku buat-buat takut.

“Hello makcik...Maaf makcik saya hendak bercakap dengan anak makcik. Kam ada makcik?” Kamal Affendi hendak meletus tawanya tetapi ditahankan sahaja.

“Kam? Kam mana ni? Anak salah orang agaknya.”

“Alah makcik Kam yang dulu bermata empat, bergigi ke depan, berbau tengik dan hapak, hantu petai serta jering tu....”

Kamalia Shafika menelan air liur. Cepat-cepat dia memproses kembali kotak memorinya tentang keadaan silam suatu ketika dahulu. Kamalia Shafika mula kaget. Macam mana mamat ini tahu kisah keadaan diriku dahulu?

“Siapa ni? Awak jangan memain! Saya dah takde macam dulu lah!” Kamalia Shafika terlupa tentang penyamarannya sebentar tadi. Hati mula terasa panas.

“Itulah, lain kali menyamar lagi. Saya tahu mak awak dah arwah semasa kita tingkatan lima dulu. Tak payahlah awak nak tipu saya. Kan dah tak pasal-pasal kena...”

“Wait...wait...tak kisahlah saya nak menyamar ke apa. Ni macam mana awak kenal saya dan dapat nombor telefon ini?” Kamalia sudah mendengus kasar.

“Macam mana saya kenal itu tak penting...janji saya dah jumpa awak semula. Hampir sepuluh tahun saya cari. Nombor telefon ini saya dapat dari dalam mimpi...”

“Hekeleh loyar buruk pulak. Aku matikan jugaklah talian ni kang.” Kamalia Shafika sudah hilang sabar.

“Janganlah marah-marah. Awak ni dari sekolah sampai sekarang tak hilang-hilang ganas awak kan.”

“Huh! Sukahati sayalah. Nak ganas ke nak jadi king kong ke...awak apa peduli?”

“Tengok tu marah lagi. Ok pertama sekali saya minta maaf sebab curi nombor awak. Keduanya saya nak minta maaf pasal kejadian terakhir semasa kita berada di sekolah tingkatan lima dahulu. Ketiga saya rindu nak bertelagah dengan awak lagi. Keempat, awak dah berubah banyak. Cantik dan terakhir saya nak jumpa awak boleh?”

“Curi nombor saya? Itu saya tak boleh maafkan. Kedua saya tak ingat apa kejadian terakhir yang awak cakapkan. Ketiga, saya on aje orang ajak bertelagah ni. Jangan sakit hati, jantung, limpa bagai sudah. Keempat apa kena mengena wajah saya dengan hidup mati yang awak cakapkan tadi. Kelima iaitu yang terakhir.. NO WAY! Full stop. Bye! Assalamualaikum! Selamat malam!”

Aku cepat-cepat matikan talian dan terus mematikan terus telefon bimbitku. Aku menggeletar sebab selama sepuluh tahun begini tiada siapa musuh ketatnya mencari dirinya. Kamalia Shafika terbaring lesu dan malas mahu memikirkan panggilan sebentar tadi. Selepas makan ubat, dia terlena. Esok sudah boleh masuk kerja! Yahoooo...

Kamal Affendi tersengih sendirian. Janji betul itu nombor telefon bimbit milik Kamalia Shafika. Esok dia akan telefon lagi sampailah Kamalia Shafika bersetuju untuk menemui dirinya. Kamal Affendi sendiri pelik kenapa dia terasa gembira apabila dapat bertemu kembali Kamalia Shafika yang selalu bergaduh dengan dirinya.

Kamal Affendi melihat nombor telefon milik Kamalia Shafika. Sejurus kemudian dia terlena dalam senyuman. Hebat kau Kamal Affendi! Tidur pun boleh tersenyum. Macam cerita P. Ramlee, Ali Baba Bujang Lapuk scene P. Ramlee yang ditikam oleh Marjinah di belakang badannya itu. Dia mati dengan muka tersenyum.

“Aku mati dalam iman.....”

**********************

     KAMALIA SHAFIKA resah kerana mendapat lagi panggilan misteri itu lagi. Diadukan pada rakan sekerja yang baik dengannya. Merangkap kawan rapatnya juga, Azilah.

“Kau takyah layan ler panggilan mamat sewel tu.”

“Aku takde layan tau. Dia aje asyik mengacau je. Siapa ntah mamat ni. Kenal aku sejak zaman sekolah. Sudahlah time tu orang gelarkan aku Ugly Betty. Sekarang tade Ugly dah....”

“Pasal kau dah tak Ugly Betty ler mamat tu kacau. Weih! Cuba refresh balik otak kau tu. Manalah tahu entah-entah mamat tu kawan sekolah kau ke....musuh ketat kau dulu ke. Siapa nama mamat yang kau cakap yang pernah hina kau teruk-teruk tu...Kamarul? Kamal? Ke apa ntah...”

“Kamal Affendi. Mamat tu mana pernah jumpa aku dalam tempoh sepuluh tahun ni. Dia takde nombor telefon aku. Takdenye dia bercakap-cakap dengan aku elok-elok. Tapi aku agak musykil jugak tau. Mamat ni macam dia pulak...tapi takkanlah dia kot...”

“Dia ajak jumpa tu. Pergilah..kau buat-buat menyamar jadi Ugly Betty manalah tahu lepas tu mamat physco ni tak kacau lagi dah... Don’t worry aku teman kau dari belakang. Amacam?”

Brilliant jugak otak kau kan. Ok set! Aku jumpa dia minggu ni dengan jadi diri aku sewaktu sekolah menengah dahulu. Ha ha ha....Bagus kawanku. Otak kau memang ada batu geliga yang boleh bikin itu batu cincin....ekekekeke”

“Cis! Ha ha ha....karang mamat tu call kau cakap kau setuju nak jumpa dia. Biar kau yang set tempat, masa dan hari.”

“Ya betul! Harap-harap rancangan gila kita menjadi dan berjaya. Lepas itu hidup aku pun akan aman dan tenteramlah hendaknya....”

Kamalia Shafika dan Azrilah tertawa besar sehingga Pengurusnya berdehem. Kamalia Shafika dan Azrilah tersentak dan mereka tersenyum-senyum malu. Baru pukul sepuluh pagi sudah buat rancangan chitchat sendiri.

Tuan Rashid Misai hanya menggeleng dan mereka berdua tersengih menahan letus hendak ketawa. Kamalia Shafika tersenyum sendirian dan memulakan rancangan pertamanya. Azrilah membaling pensel ke arah Kamalia Shafika dan dia terkejut dan membalas semula membaling pemadam kea rah Azrillah. Mereka ketawa lagi.

Kamalia Shafika menyambung kembali tugasannya. Heboh sampai awal pagi tadi ramai bertanya keadaan dirinya. Kamalia Shafika hanya tersenyum sumbing. Syafiq antara orang yang paling awal menemui dirinya. Syafiq terkejut apabila terdengarkan cerita Kamalia Shafika. Hantu perempuan rambut mengerbang memang sebiji menyerupai dirinya. Kamalia Shafika tersengih melihat wajah Syafiq menjadi pucat. Kamalia mengusik Syafiq mengatakan memalam sudah ada benda yang tolong selesaikan kerja tertangguhnya. Syafiq mencebik dan Kamalia Shafika tertawa menahan sakit perut. Kamalia Shafika tidak serik untuk pulang lewat malam lagi.

**********************

     DIA mundar mandir menunggu kedatangan si dia. Ini sudah terbalik, bukan lelaki yang kena tunggu perempuan ke? Ini tidak aku pula yang kena tunggu dia. Kurang asam betul! Kamalia Shafika membentak sendirian. Bercermin mata, rambut bertocang dua, disapu minyak atar, memakai skirt kembang berwarna merah dan blouse berwarna biru. Memang sebiji macam Ugly Betty! Hendak mengenakan orang punya pasal akhir sekali diri sendiri yang terkena. Cis!

“Mana si mamat ni! Kata pukul dua sekarang dah nak masuk pukul tiga. Macam tunggul pulak aku rasa duduk dekat kafe ni. Menyesal betul!” Kamalia Shafika sudah merungut.

“Assalamualaikum!”

Hampir terloncat Kamalia Shafika disergah sebegitu. Padahal bukanlah kuat sangat pemuda itu bersuara. Kamalia membetulkan semula cermin mata tiruannya.

“Errr...Waaa...Waalaikumsalam.”

“Lama tunggu?”

“Eh taklah....baru dua tiga minit yang lepas...” Kamalia Shafika berbohong padahal sudah panas punggungnya duduk di situ hampir satu jam!

“Saya rasa macam awak tunggu saya lama aje...”

“Dah tahu kenapa tanya...”

“Maafkan saya kerana terlewat. Ada hal sedikit.” Kamal Affendi cuba menahan ketawanya dari meletus. Dia melihat Kamalia Shafika sengaja merubahkan dirinya menjadi seperti zaman persekolahan mereka. The returns off UGLY BETTY.

Kamalia Shafika hairan melihat Kamal Affendi tersengih sendirian. Dia melambai-lambai ke arah Kamal Affendi. Tak semena-mena Kamal Affendi tersentak.

“Saya tahulah saya tak cantik. Tak payahlah gelak-gelak tengok saya macam kerang busuk...”

“Awak cantik sebenarnya kan. Awak saja pakai macam ni. Takpe saya tak kisah pun. Sejak dari sekolah dulu saya memang dah tahu asal usul rupa awak...Kam...”

“Hah!? Siapa awak ni?”

“Cuba awak perhatikan muka saya betul-betul...”

Kamalia Shafika terangkat-angkat cermin mata miliknya.

“Tak payah pakai cermin mata palsu tu. Tanggalkan terus.” Kamal Affendi berseloroh.

“Hmm...macam pernah tengok muka awak ni...tapi ingat-ingat lupa pulak...”

“Terlebih dahulu saya nak mintak maaf di atas segala semua ketelanjuran saya berkata-kata pada awak. Saya tak sangka selepas saya cakap macam itu dengan awak, terus awak menghilangkan diri. Saya tak bermaksud nak melukakan hati awak. Tapi saya dah geram sangat dengan awak. Asal berjumpa kita bertekak....kita bergaduh. Padahal kes itu takde kena mengena dengan saya. Entah siapa agaknya punya rancangan nak kenakan awak dan saya. Saya harap awak dapat maafkan saya ye.”

Panjang lebar Kamal Affendi memulakan perbicaraannya. Kamalia Shafika terkedu seketika.

“Wait....wait...”

“Ok...”

“Selalu bertekak...selalu bergaduh? Bukan ke saya bermusuh dengan Kamal Affendi?! Awak Kamal?!”

“Yes!”

“Tapi macam mana awak....”

“Jodoh barangkali...”

“Tak mungkin!”

“Memang sudah jodoh agaknya...”

“Macam mana awak tahu saya adalah Kamalia Shafika? Sedangkan selepas saya berpindah tiada siapa yang tahu saya si gadis hodoh dulu.”

“Maaf itu adalah sulit. Janji saya berjaya menjumpai awak Kamalia...”

“Mana boleh jadi sulit pulak?!”

“Kalau dengan saya boleh!”

Kamalia Shafika membuntangkan matanya apabila mendengarkan jawapan daripada Kamal Affendi. Tanpa membuang masa, Kamalia Shafika menarik tas tangannya dan terus berlari meninggalkan Kamal Affendi. Kamal Affendi terpinga-pinga apabila Kamalia Shafika tiba-tiba meninggalkan dirinya berseorangan.”

“Kamalia! Tunggu!”

Kamalia tidak menoleh lagi dan airmatanya bercucuran. Dia terasa sakit di hati. Kenangan pahit mencengkam jiwanya. Dia tidak menyangka akan bertemu semula dengan insan yang pernah membuatkan dirinya kecewa.

“Kenapa mesti dia muncul semula dalam hidup aku?! Kenapa! Kenapa!”

**********************

AKU.... Aku ada sesuatu nak cakap pada kau.”

“Hah! Apa kau nak cakap?! Nak tuduh aku melulu lagi?”

“Alah kau ni janganlah nak marah...marah.... Aku nak mintak maaf pasal kejadian tempohari... Memang salah aku...”

“Memang pun salah kau!”

“Yelah...yelah aku mintak maaf ok...”

“Ok...ok...aku maafkan. Dah...dah duduk jauh-jauh. Aku dah nak pengsan bau badan kau ni.”
Kamalia Shafika tersentak. Punyalah banyak dia pakai cologne Johnson & Johnson pagi tadi, selamba yaya Kamal Affendi mengutuk dirinya lagi. Sudahlah dia terpaksa tebalkan muka untuk meminta maaf. Sekarang kena sindir tajam lagi. Tidak guna punya Kamal Affendi!

“Kau ni...aku datang nak minta maaf...bukan nak bertekak lagi...tak boleh ke kita berbaik-baik?”

“Kau kan suka bertekak?!”

“Hekeleh...”

“Kau datang minta maaf aje kan...ok aku maafkan...dah blah ler... Busuk gila kau ni...camnelah kawan-kawan kau boleh duduk dekat-dekat dengan kau eh...”

“Sampai hati kau kutuk aku macam ni eh... Ini boleh mendatangkan marah...”

“Kau nak marah kau punya pasal...”

“Kenapa kau tengok aku buruk aje eh...tak boleh ke cakap elok-elok dengan aku. Aku datang bukan hendak bergaduh! Aku nak berbaik-baik... Aku keliru dengan surat kau ni tau!”

“Apa kes pulak kau ni? Surat amende?”

“Ni...surat ni...kata kau suka kat aku! Aku punyalah bercantik-cantik hari ni...siap pakai cologne bagai semata-mata nak jumpa kau...”

“Macam ini kau kata cantik?! Aku tengah mimpi ngeri ke apa sekarang ni? Ha ha ha....Apahal dan bila masa pulak aku sukat kat kau? Weih! Jangan berangan aku nak bergandingan pompuan dah macam badut sarkas seperti kau” Kamarul Affendi meletus ketawanya sambil menghentak-hentakkan kaki. Kamalia tersentak dengan kelakuan Kamarul.

“Kamarul Affendi!”

“Kamalia Shafika! Baik kau buat pemedahan plastik dulu baru datang jumpa dan terhegeh-hegeh dekat aku tahu! Dengar sini aku takde masa nak bercintan cintun time sekolah ni... Kau ni bermimpi ke apa?”

“Kalau kau tak suka aku pun kau tak layak nak hina kejadian yang Allah kurniakan pada aku. Kau rupa aje elok. Tapi mulut macam bau longkang! Kau jangan menyesal! Jangan menyesal!” Kamalia Shafika melarikan diri. Kamarul Affendi masih mentertawakan Kamalia. Berjuraian airmata Kamalia. Walaupun dikenali sebagai gadis ganas, namun dia masih punya hati dan perasaan. Kamalia membuka cermin matanya dan tiba-tiba Kamarul Affendi berhenti tergelak. Dia merenung anak mata milik Kamalia.

“Mulai hari ini kau musuh aku! Aku benci kau!”

“Kamalia! Tunggu! Aku minta maaf apa yang aku cakap tadi!..Kam...Kam...Kamalia Shafika!”

*********************************

     ADUH macam mana aku nak berdamai dengan minah ini semula? Sudah makan bertahun pun perang mulut ini terjadi tapi tiada kesudahan. Sampai dah nak berkahwin pun masih ajak aku bergaduh. Nasib baik sayang, jadi dengan baik hatinya aku layankan sahajalah. Nanti lari pulak, aku sendiri yang gigit jari. Nak suruh panggil abang pun payah! Lepas tu siap ajak bertekak siapa yang paling handal.

Sayang...sayang...

"Cuba awak berlatih panggil saya abang kan molek. Ini awak..awak...dah macam bunyi burung wak-wak pun ada. Saya panggil awak sayang ada ke boleh geli-geleman. Haih, hati jenis apalah sayang ni...eh...awak ni..." Kamarul membebel ditalian telefon mengalahkan orang perempuan.

"Awak tak boleh paksa saya tahu. Ssaya kata saya tak boleh tu tak bolehlah. Salah ke kalau panggil awak tu awak sahaja? Habis kalau panggil awak tak boleh kahwin la? Awak memang tak nak kahwin dengan saya pun kan." Kamalia menempelak. Sakit benar hatinya apabila terdegarkan bebelan sindir daripada Kamarul yang kini sudah pun menjadi tunangannya.

"Bukan macam itu maksud saya, tapi saya nak juga bermanja-manja dengan awak. Ini tidak garang sepanjang masa. Nasib baik takde sakit lemah jantung tau."

"Alah...mengada-ngada pulak nak bermanja-manja. Sebelum ni panggil gelaran awak takde pulak isu semasa awak bangkitkan. Esok nak menikah, awak buat peel awak eh. Kalau punca itu awak tak sukakan saya dah, fine esok tak payah teruskan menikah. Kahwinlah awak dengan mana-mana perempuan yang awak suka! Huh!" Tubir mata Kamalia Shafika sudah mula menunjukkan tanda-tanda empangan mulai bergenangan.

Korang yang tengok cerita ini pun peningkan dengan perangai si Kamalia Shafika. Apatah lagi si Kamarul Affendi. Hu hu hu...

"Eh...jangalah macam tu awak. Ok..ok..suka hati awaklah nak panggil saya apa pun. Dah-dah jangan gaduh lagi. Merana saya tak dapat kahwin dengan awak tau sayang. Maafkan saya?" Kamarul memujuk.

Kamalia Shafika yang nampak kental dan ganas rupanya manjanya lagi lebih daripada Kamarul. Airmatanya sudah berjurai-juraian menitis ke pipi. Kamarul yang berada pihak sebelah sana sudah menggeleng sambil menekup mulutnya dari ketawa. Kalau meletus tawanya, gerenti Kamalia Shafika makin lagi panjang rajuknya. Dia akur dan mengalah dengan kehendak Kamalia Shafika. Bila sudah ikat, Kamalia Shafika tidak boleh lagi membantah. Kamarul tersengih.

"Betul ni awak tak paksa?" Suara Kamalia Shafika mulai kendur. Jantung Kamarul berdegup-degup lagu. Ini yang dia lemah kalau Kamalia Shafika bersuara lembut dan lunak merdu. Cair iman beb! Nasib nak menikah dah esok. Ahaks!

"Ya betul,,saya tak kisah awak nak panggil saya apa pun. Jangan menangis ok, esok awak pakai cantik-cantik ya. Tak sabar saya nak tengok bakal isteri saya ini cun melecun. Lepas ni tidur tau, kena rehat banyak. Esok kita banyak agenda nak kena buat."

"Ok...terima kasih awak sebab memahami. Mestilah kena cantik-cantik, kalau jagi ugly betty awak pulak yang lari tinggalkan saya. Kita jumpa esok, selamat menempuh sesi soal jawab menikah esok. He he he..."

"Awak punya pasal saya yakin saya mesti boleh!"

"Ye lah tu...kita tengok esok. Selamat malam."

"Selamat malam. Sayang awak." Balas Kamarul.

"Ok. Samalah..." Itu sahaja jawapan daripada Kamalia Shafika. Entah kenapa mulutnya amat berat untuk membalas perkataan sayang itu kepada bakal suaminya. Padahal hatinya melantun-lantun gembira tidak terkira.

Talian telefon ditamatkan dan Kamalia melangkah masuk menuju ke kamar sambil ditemani kawan rapatnya, Azrilah.

"Kau ni kan pompuan jenis kuku besilah aku rasa." TIba-tiba Azrilah bersuara dan membuatkan Shafika kehairanan.

"Kenapa pulak kuku besi? Aku bukan ahli politik pun nak berkuku besi bagai."

"Maksud aku antara kau dan Kamarul la. Kena suruh panggil abang pun bertekak macam nak pecah dinding bilik ni. nasib baik aku aje yang ada temankan kau. Kalau makcik-makcik kau ada, dah lama aku rasa kau kena syarahan percuma. Belajar-belajarlah panggil abang dengan Kamarul tu. Takpun darling ke, hubby ke, ayang ke...uchuk ke...sedap sikit bunyinya. Ini awak..awak...dah macam bunyi biawak pun ada." Azrilah ketawa besar dan Kamalia sudah cemberut.

"Kau ni kawan aku ke kawan dia? Bukan main lagi kau backup dia kan. Ok apa panggil awak. Manja aje bunyinye aku dengar."

"Itulah aku panggil kau pompuan kuku besi tak nak mengaku. Sudahlah jom tidur, aku dah mengantuk sangat ni. Tangan kau tu kejap lagi dah boleh basuh. Sudah tiga jam kau pakai inai tu kan, kalau lama-lama nanti dia jadi merah hitam. Tak cantik." Azrilah menelek-nelek jemari rakannya yang bakal jadi raja sehari itu.

"Kau ni macam mak nenek la. Lagi satu, kaki kau jaga eh jangan sampai tersepak muka aku pulak. He he he..."

"Oiitt....itu diluar kawalan daaaa... dah dah pi basuh tangan tu, jom tidur sekarang jugak. Ini perintah!"

"Amboi...kemain lagi...yelah...yelah..." Kamalia tersengih dan terus berlalu menuju ke bilik air.

***********************************

     "AKU terima nikahnya Kamalia Shafika Binti Mohd Adnan dengan mas kahwinnya RM 88.00 tunai."

Sah!

Sah!

Sah! Kamalia Shafika sudah bergelar isteri kepada Kamal Affendi hanya dengan sekali lafaz sahaja. Kamalia yang berada dibilik pengantin resah gelisah kerana berdebar teramat sangat didalam hati. Ketibaan Kamarul untuk pembatalan air sembahyang ditunggu dengan gejolak didalam dada.

"Assalamualaikum..."

Aku mejawab dengan penuh debaran. Wajahku menunduk ke lantai kerana malu untuk bertentang mata dengan suamiku ini.

"Awak...saya minta izin untuk sarungkan cincin ini."

Aku termalu-malu dan mendongakkan wajah perlahan-lahan.

Kamarul terpaku melihat kecantikkan isterinya. Sungguh! Dia bagaikan terpukau melihat wajah yang sudah dioles oleh mak andam yang berbakat besar. Biasalah, make up artis Nurul Shukor tentu sentuhnya memang mantap!

"Awak...awak...hish..mengelamun pulak dia."

"Eh suaminya tu bila cincin tu nak disarungkan?" Kedengaran makcik-makcik yang berada didalam bilik bertanya itu dan ini. Kamarul masih seperti tadi, statik melihat wajahnya. Nak tak hendak terpaksalah dia mencubit peha suaminya untuk mengejutkan daripada mengelamun itu.

"Aduh!"

Semua yang ada didalam tertawa melihat perilaku Kamarul. Dia hanya menggosok-gosokkan pehanya yang sakit itu.

"Maaf, macam kena pukau pulak tadi."

Kamalia mengetap bibirnya yang mugil itu. Kamarul tersengih. Akhirnya cincin emas bertakhta berlian bermata satu itu berjaya disarungkan. Kamalia Shafika termalu-malu dan Kamarul Affendi bangga kerana berjaya memiliki isterinya setelah hampir dua tahun mengejarnya. Sayang punya pasal apa pun sanggup diredah! Wah gitu.

"Sayang...abang bahagia. Terima kasih terima diri abang."

"Abang? Awak lah..."

"Dah jadi isteri abang tak boleh melawan. Berdosa..."

"Errrr..."

"Jom masuk tidur." Kamarul mengenyitkan matanya. Sengaja mahu menyakat.

"Aik! Baharu pukul 9.00 dah ajak tidur. Tu tetamu ramai lagi kat luar. Jangan buat hal ye."

"Cakap suami jangan dibantah."

"Errr...." Sekali lagi Kamalia terkena. Akhirnya dia akur dengan kehendak suaminya itu.

Mereka menuju ke bilik pengantin dengan tangan berpimpinan.

"Sayang..maafkan abang kalau abang ada memaksa sayang. Tapi abang betul-betul cintakan sayang sejak dari kita zaman sekolah. Abang tak tahu kenapa tetapi bila abang tatap mata sayang, jantung abang pasti akan mengepam darah secara luar biasa. Sejak sayang tinggalkan sekolah dan berpindah ke tempat lain, abang rasa menyesal sebab mulut abang takde insuran langusng nak jaga hati sayang. kalaulah waktu itu boleh diputarkan semula, abang pasti abang takkan buat macam itu. Tapi satu ajelah abang memang tak boleh tahan dengan keadaan sayang yang dulu, Maafkan abang ya?"

Kamarul meluahkan perasaanya dan membuatkan Kamalia pula terpaku dengan kejujuran itu.

"Sayang pun minta maaf sebab selalu ajak abang bergaduh. Tapi kerana bergaduh itulah hati sayang sakit sangat-sangat macam nak pecah dah. Lagi pulak abang kutuk sayang depan-depan! Hanya ada satu cara, sayang berpindah ke sekolah lain. Kalau orang lain kutuk sayang takpe, abang tak boleh! Tapi bila bertemu dengan abang balik, sayang rasa dunia ini indah sangat-sangat walaupun sengaja ajak abang bergaduh. He he he...rindu nak bergaduh dengan abang."

"Wah, lancar mulut berkata-kata?"

"Kenapa?"

"Dah boleh panggil abang dan sayang tu..."

Kamalia Shafika termalu-malu dan Kamarul mencubit hidung mancung miliknya. Kamalia tersengih.

"Sayang..."

"Hmmm..."

"Jom..."

Kamalia terkebil-kebil. Kamarul tertawa.

"Jom keluar balik, kita jumpa sedara mara la...tu fikir lainlah tu."

"Abang! Ini yang nak ajak bergaduh ni!" Kamalia menampar lembut bahu Kamarul. Kamarul mencapai jemari Kamalia dan mengucup dengan lembut.

Kamalia terpanar.

************************************

TAMAT

6 kata-kata pujaan:

Anonymous said...

bestt ! awesome

MaY_LiN said...

isk isk isk
kawin gak akhirnya

DALIA NA ZA said...

anonymous : thanks :)

may lin : itulah..hehehehe... :)


thanks for comment and reading ya :)

Unknown said...

❤❤❤❤❤❤

Unknown said...

❤❤❤❤❤❤

Unknown said...

❤❤❤❤❤❤

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*