Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

03 November 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 28



"ABANG! Tolong jangan tinggal Intan sorang-sorang. Intan takut. Jangan tinggalkan Intan. Abang, kenapa abang lari laju sangat? Intan tak boleh nak kejar dengan perut yang sedang berisi ni. Tolong abang...jangan tinggalkan Intan dan anak kita...sampai hati abang!"

Aku menangis semahu-mahunya. Kenapa saat yang bahagia ini terjadi dugaan yang begitu berat? Kenapa Hafiz lari meninggalkan aku dan zuriatnya. Hafiz telah berjanji untuk membahagiakan aku tetapi kenapa sekarang memungkiri? Apa salah aku? Apa kekurangan aku? Mengapa berubah secara drastik perasaan Hafiz terhadap aku? Siapa yang mengubah perasaannya?

"Tidakkkkkkkkk!"

"Eh...sayang..bangun...bangun...kenapa mengigau teruk benar abang tengok ni? Bangun sayang...buka mata tu. Apa yang tidak ni?"

Aku terpinga-pinga sambil menggosok mata berkali-kali. Aku mengigau ke? Alamak!

"Errr....errr...takde apa..takde apa..."

"Takde apa? Yang menjerit kuat sampai nak terkeluar gegendang telinga abang kata takde apa? Sayang mimpi apa tadi tu? Hafiz hairan.

"Errr...sayang mimpi yang bukan-bukan tadi..."

"Cuba cerita kat abang...apa yang sayang mimpi tadi..."

"Intan mimpi abang tinggalkan Intan...laju pulak tu abang lari. Dah macam acara pecut 100 meter je."

"Ha ha ha...kelakarlah mimpi sayang ni. Ha ha ha...macam tau-tau aje abang ni dulu jaguh pecut sekolah. Ha ha ha..."

"Oh..gelak ye...tak naklah kawan dengan abang lagi. Malam karang tido peluk bantal peluk aje. Jangan peluk Intan ye."

"Alo..alo..alo merajuk pulak. Tapi sungguh mimpi sayang ni kelakar...Ha ha ha...jangan risau sayang, abang takkan lari kemana-mana. Nak pecut 50 meter pun belum tentu boleh. Maklumlah dah tua..."

Aku merajuk lagi. Muncung hampir sedepa. Hafiz masih lagi tertawa.

"Tak nak kawan abang..."

"Amboi...manjanya kalah Hada. Mari sini dekat abang..tak payah merajuk lagi malam nanti abang yang susah. Intan sayang abang kan?"

"Sayanglah..."

"Bagus...Isteri solehah ni. Sayang...malam ni kita keluar makan malam dengan Kamal dan Nadia ye."

"Ok." Pendek dan ringkas jawapan aku. Masih merajuk.

"Ok jer?"

"Yelah..ok ajelah."

"Protes lagilah tu. Nak ubat tak?"

Gulp...Sepantas kilat aku menekup mulut. Hafiz ketawa. Hampeh betul kenakan aku lagi rupanya! Cis! Nasib baik sayang, kalau tak sayang tadi mesti dah kena penyiku kali kedua. He he he...tapi tak boleh jadi isteri derhaka nanti masuk neraka! Hu hu hu...

*******

SAMPAI sahaja bumi Jakarta, aku menggeliatkan badan dan melunjur kaki untuk menghilangkan segala lenguh-lenguh. Siapa kata duduk 8 jam dalam kereta atau van mahupun bas. Naik kematu punggung! Namun sempat juga singgah tempat-tempat menarik sekitar perjalanan antara Bandar Bandung ke Jakarta. Satu kawasan atas bukit dengan pemandangan sungguh indah. Walaupun dikelilingi dengan gunung berapi, namun keindahan yang terbentang luas alam ciptaan tuhan memang tiada tolok bandingan.

Hafiz bersama kameranya itu memang tidak henti menangkap gambar-gambar aku. Namun apa yang paling membahagiakan apabila Hafiz mengucapkan kata-kata romantis. Hmm...Bercinta selepas kahwin lebih membahagiakan! Memang ada hikmahnya jodoh pertemuan antara aku dan Hafiz. Inilah yang dikatakan kebahagiaan yang datang tanpa diduga. Macam rezeki juga kan...

"Sayang...kita dah sampai..." Perlahan-lahan mengejutkan aku dari lena.

"Aduh rasa nak patah pinggang ni."

"Nanti naik bilik abang tolong urutkan nak?"

"Eh takpe...takpe...abang pun penat jugak tu...takpe..takpe biar Intan yang urut abang. Lenguh tak lengan tu?"

Hafiz tersengih. Aku pelik.

"Rasa macam nak tercabut pun ada ni..." Hafiz mengenyitkan mata. Aku mencubit lengan Hafiz. Cis!

"Maafin ya Pak Hafiz, kami minta ijin ambil barang-barangnya di belakang sebentar."

"Usah ribut-tibut Pak Dzul...tenang-tenang aja...Istirehat sebentar..."

"Enggak apa-apa Pak Hafiz, udah biasa kerjaan gini." Tersenyum Pak Dzulkifli. Walaupun sudah agak berumur namun tetap kuat dan pantas dalam bekerja. Makan jamu apa ye diaorang ni? Hu hu hu.

Aku memerhati keadaan sekeliling hotel. Besar ya amat hotelnya. Aku terlihat kawasan kolam renang yang begitu luas. Ramai juga pelancong yang menginap disini. Tiba-tiba aku disapa seorang budak kecil yang kasihan benar melihat keadaan dirinya. Dia memujuk aku membeli beberapa keping kraftangan sebagai kenang-kenangan. Aku memang tak boleh tengok budak-budak yang masih kecil sudah pandai mencari rezeki. Dengan pakaiannya yang compang camping rasa hendak menitik airmata.

Aku tersenyum kepada budak kecil itu. Perempuan. Dengan baju yang sudah agak kehitam-hitaman. Rambut tidak terurus dan hanya berselipar yang sudah putus tetapi disambung menggunakan tali. Allah, Kasihannya keadaan budak ini. Tanpa berfikir banyak, aku mengeluarkan not lima puluh membeli beberapa keping kraftangan yang ada padanya. Budak itu berkali-kali mengucapkan terima kasih kepadaku.

Tidak lama kemudian datang lima enam orang budak kecil yang lain dengan keadaan diri sama seperti budak kecil tadi. Alamak! Macam satu kumpulan pula. Cepat-cepat aku cuba memboloskan diri tapi tidak berjaya. Aku memanggil Hafiz memohon pertolongan. Hafiz tersengih. Hampeh betul!

"Adik-adik..tenang...tenang...maafin ya. Kami permisi mahu beristirehat." Cepat-cepat Hafiz menarik lengan aku. Terdorong ke depan sekejap. Hafiz memanggil beberapa orang pengawal membantu aku dan dirinya. Nasib baik budak-budak kecil, kalau orang tua tak tahu macam mana nak lepaskan diri.

"Abang...sakit..." Aku mengaduh.

"Sorry sayang...sorry...abang tertarik kuat lengan sayang. Nak lepas diri punya pasal." Hafiz cepat-cepat menggosok lengan aku yang terasa perit.

"Amboi..macam nak cabutkan aje lengan Intan ni..."

"Perlilah tu. Itulah lain kali jangan buat macam itu lagi. Kroyok kat sini memang berkumpulan. Memula umpan sorang aje pergi..kalau geng dia nampak, cepat-cepat diaorang datang kepong."

"Kroyok? Apa tu? Macam koyok aje Intan dengar."

"Kroyok tu macam penjual-penjual budak kecil la. Diaorang ni selalunya berkumpulan berniaga."

"Ooooo...."

"Tutup sikit mulut tu sayang...geram abang tengok..."

"Ish! Kesitu pulak dia..."

"Ha ha ha..sayang tunggu kat kerusi rehat tu sekejap. Abang nak daftar masuk dan call Kamal."

"Ok.."

"Muah..muah..muah..."

"Abang! Malulah!"

Hafiz tersengih sambil melambai-lambai flying kiss lagi pada aku. Makin ditegah makin menjadi, nasib baik sudah jadi suami isteri!. Haih!

*******

MASUK sahaja dalam bilik, aku terpegun! Cantiknya honeymoon suite ini! Macam bercuti negara mat salih pula. Katil dia besar sungguh, kalau ajak bergusti dengan Hada pun seronok jugak. Boleh buli-buli budak kecik yang seorang itu. Ha ha ha...

"Ha ha ha....Ho ho ho..."

Aku terpandang Hafiz sambil menekup mulut. Terkebil-kebil Hafiz melihat aku ketawa besar seorang diri.
Aku tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Hafiz menggeleng dan aku hanya mampu tersenyum.

"Sayang...sayang..ketawa besar sampai lalat pun boleh masuk dalam mulut tu. Apa yang seronok sangat tadi tu? Tak nak kongsi dengan abang ke? Mana tau citer menarik ke?"

"Errr....takde apa-apa..."

"Baik cakap...nanti abang bagi ubat banyak-banyak."

"Hah! Tak baik tau. Takde apa, Intan terbayang bergusti dengan Hada aje. Tiba-tiba teringat budak kecik tu."

"Sayang kalau bergusti dengan abang pun boleh jugak apa. Tak nak ke?" Hafiz mengangkat keningnya. Aku melopong.

"Abang jangan nak mengada ye."

"Pleaseeeeeeee...."

Ini yang aku lemah ini. Kalau tak ikut perintah nanti kena tulah!

"Ok...."

"Yes! Yahooooo....Yabedabeduuuuuuu..."

"Abang jangan nak perasan ye. Bukan gusti yang ehem-ehem tu, tapi ini gusti betul-betul macam dalam tivi tu tau. Intan dengan Hada dah biasa dah. Intan pilih Stone Cold. Abang?"

"Errrkkk....."

"Hai...abang pun dah pandai erkk...erkkk macam Intan ye. He he he..."

"Sayang saja kenakan abang kan..." Hafiz memeluk tubuh aku daripada belakang. Selesa sungguh, hilang segala penat lelah dan lenguh-lenguh tadi.

Wah! Tiba-tiba jadi sebegitu kalau kena peluk.

"Padan muka abang...selalu sakat Intan kan...selalu Intan aje yang kena kan..." Aku menunjukkan isyrat padan muka sambil mengejek. Sekarang sifat manja aku sudah lain macam sikit. Tidak seperti selalu. Hu hu hu...

"Alaaa....sayang..usik mengusik tu kan pemanis dalam berumahtangga." Hafiz menyusun kata-kata.

Yelah tu..pandai mengayat aku. Pemanis berumahtangga konon, padahal memang hantu sakat menyakat orang. Umi pun dah pernah cakap, anak tunggal dia seorang ini memang gemar menyakat orang. Tetapi orang-orang tertentu sahaja dia suka menyakat. Namun dalam bab bekerja dia memang akan bertukar menjadi seorang yang serius.

"Tak kira....cepat...cepat...abang pilih watak siapa?" Aku pula yang mengusik. Seronok juga sekali-sekala menyakat si Hafiz.

"Tak nak kawan sayanglah..." Hafiz duduk buat-buat baca majalah yang sedia ada.

Ha ha ha...Aku ketawa. Hafiz muncung. Merajuk nampak....tapi perkataan tak nak kawan itu macam aku kenal sahaja. Tiru akulah tu. Hai Hafiz...Hafiz...

"Abang memang umpama jiwa lara sayanglah."

"Tahu takpe. Sayang, malam ini pakai cun-cun sikit ye. Pakai baju yang abang hadiahkan tu."

"Baju yang mana ye? Sayang tak perasan pun."

"Ada...malam nanti abang nak sayang pakai. Mesti cantik. Sayangkan cantik." Hafiz mencium ubun-ubun aku dengan mesra.

"Tahu takpe...hehehe..."

Hafiz tergelak dan aku tersenyum. Hmmm...inilah perasaan yang membahagiakan apabila kita begitu tulus menyayangi dan mencintai pasangan kita demi kerana Allah. Jika pasangan kita jujur dan ikhlas, maka kita harus membukakan peluang itu untuk sama-sama meraih cinta yang sejati. Umpama Rasullullah dan Siti Khadijah dan Aishah.

Aku ingin menjadi isteri seperti itu. Mentaati suami dan sanggup bersusah payah mengharungi dugaan yang mendatang. Namun cukup kuatkah aku sekiranya badai melanda? Sesedih mana perasaan ini, hanya Allah tempat kita berlindung dan memohon pertolongan. Allah tidak pernah berpaling apabila hamba-hambaNYA mengenadahkan tangan memohon doa. Allah Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.

Ya Allah! Peliharalah kebahagiaan ini untuk kami sama-sama mengharungi dugaan demi mencari keredhaanMU. Amin.

3 kata-kata pujaan:

evy said...

best2x....nak lg...cpt2 smbg..:)

MaY_LiN said...

suka nya ngan dorang ni..

mimi syafiqah said...

nk lg....

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*