Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

30 October 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 26


TERPERANJAT punya pasal, sampai aku terhantuk dimuka Hafiz. Masing-masing mengaduh. Pandangan mata aku berpinar-pinar menjadi gelap sebentar tadi mula perlahan-lahan bercahaya. Kami tertawa sampai aku termengalir airmata. Hafiz baru minta haknya, angin gelabah aku datang dari had laju yang lain macam seperti biasa. Hafiz menarik tanganku dan aku masih menggosok mata sambil tawa masih berbaki.

"Amboi sayang, abang baru minta hak abang sayang dah gusti abang ye. Pakai siku ok lagi, ini pakai muka terus..hahaha.."

"Minta maaflah abang...tak sengaja...abang pun dari tadi diam sambil tersengih punya lama, tup tup tanya soalan itu. Mana tak terperanjat Intan dibuatnya."

"He he he...abang pun tak tahu kenapa. Tapi abang minta hak abang tu boleh kan?"

"Demi Allah, Intan terima dan berikan hak abang. Maaf kalau Intan tidak tahu apa-apa."

"Abang ajarkan..."

Perlahan-lahan telekung aku dibuka. Ditarik tanganku dan terus dibawa ke atas katil. Kami menatap wajah masing-masing. Meskipun aku masih malu dan debaran yang berdetak ini hanya Tuhan sahaja yang tahu namun mata ini tidak mahu lepaskan pandangan meneliti wajah Hafiz biarpun ditemani cahaya suram.

Hafiz mengelus wajahku dengan penuh kasih sayang. Kata-kata manis dari bibirnya membuatkan getaran di dada bertambah laju. Malam ini aku ikhlas dan redha menunaikan hak yang dipinta oleh Hafiz. Hati bagaikan bunga-bunga sakura yang sedang berkembang mekar. Perasan terasa begitu indah. Jiwa kami bersatu di atas nama Allah.

"Ya Allah Ya Tuhanku, sebagaimana telah engkau perintahkan bahawa tiap-tiap lelaki dan wanita yang berpasangan menuju ke jalan yang engkau redhai maka engkau peliharalah hubungan yang suci ini. Di atas kekuasaanMu  Ya Tuhanku, semoga perjalanan ini mendapat keberkatanMu. Andainya malam ini takdir aku dan isteriku mendapat zuriat, kami pohon Ya Allah semoga Engkau melindungi kami dari hasutan syaitan yang dilaknat olehMu."

Aku dan Hafiz melayari bahtera yang sepatutnya sudah lama ditunaikan. Aku bersyukur kerana Hafiz memang seorang suami yang begitu bertimbang rasa dan memahami tentang perasaan aku sebagai seorang isteri.

*******

TIAP-TIAP perkahwinan bukanlah satu medan untuk melampiaskan nafsu semata-mata tetapi untuk membentuk satu perhubungan yang suci dan mendapat keredhaan dari Allah. Persefahaman dan persediaan diantara kedua-dua pihak perlu mendapat persetujuan bersama agar tidak terjadi pertelingkahan dikemudian hari. Dimana si isteri tidak memikirkan dan merasakan bahawa si suami mementingkan diri sendiri dengan mengemukan haknya. Manakala si suami pula tidak memikirkan dan merasakan bahawa si isteri mempunyai satu perasaan terluka yang dipendam semata-mata takut dilaknat Allah.

Masing-masing perlu bertolak ansur antara satu sama lain dan mengikut sunnah nabi bahawa tiap-tiap yang berhak dan mempunyai hak perlu seiring supaya diantara kita tidak menyimpan satu perasaan yang melukai hati masing-masing.

Wahai suami, dikala kamu meminta hak kamu jalanilah dengan penuh rasa hormat, kasih sayang, lembut dan bijaksana. Bukan secara membabi buta semata-mata untuk menunaikan nafsumu yang satu itu. Wahai isteri penuhilah kehendak hak suamimu sebagaimana telah engkau tahu bahawa itu adalah kewajipanmu.

Teringat aku kembali nasihat yang diberikan oleh seorang ustaz semasa kami sama-sama menjalani kursus perkahwinan. Pada mulanya aku melihat Hafiz seakan macam terpaksa mengahwini aku hanya semata-mata permintaan dua buah keluarga.

Namun aku tersilap menilai Hafiz pada awal perkenalan. Mahu tidaknya, kami tidak pernah keluar bersama, bertemu dan berkenalan sebelum ini. Tetapi aku tetap bersyukur kerana Allah telah mempertemukan jodoh kami berdua meskipun tidak pernah bercinta. Kata orang bercinta selepas kahwin lebih menakjubkan.

Aku setuju! He he he...

Aku terjaga dan merenung muka Hafiz yang penuh dengan kelembutan. Aku tersenyum sambil mengusap rambutnya. Perlahan-lahan aku mengucup pipi Hafiz. Lengannya menjadi bantal untuk aku beradu. Aku benar-benar bahagia sekarang. Bulan madu yang menjadi sejarah pertama dalam sepanjang hidup aku kini. Andainya Allah mengurniakan zuriat untuk aku dan Hafiz, itulah berita gembira yang paling tidak dapat aku luahkan dengan kata-kata.

Tiba-tiba teringat tentang usikkan Shuhada kepadaku.

"Hada...kalau benar Allah berikan hadiah itu, kiranya Acik Intan memberikan berita gembira untuk Hada dan Kak Long. Terima kasih kerana selalu menjadi teman Acik Intan untuk perlahan-lahan menerima diri Acik Hafiz..." Aku berbisik sendirian. Tiba-tiba Hafiz memberi satu ubatan untuk aku. Aku tertawa.

"Abang tak tido ye..."

"Tak...saja tido..tido ayam...nak tahu sayang buat apa lagi dekat abang..."

"Errkk..."

"Tengok tu...suka sangat errk...erkkk..."

"Dah terbiasa....terima kasih abang..."

"Sama..sama kasih...sayang..jom..."

"Jom...."

"Tau tak jom apa..."

"Jom mandi...."

"Ha ha ha...amboi cepat tangkap sekarang ye...sayang masuk dulu, nanti abang datang bawa tuala.."

"Jangan lupa bawa baju Intan sekali ye..."

"Tak payah...biar abang jadi baju sayang...jom.."

"Abang!"

Hafiz tertawa kuat. Aku tersengih lagi. Sekarang aku sudah jadi minah sengih. Kalau dulu minah latah. Kalau dua-dua bergabung tidak tahu bagaimana ianya terjadi.

Aku mencubit lengan Hafiz. Memang suka benar mengusik aku. Selamat tinggal Bandung. Ceritera ini akan tersemat di dadaku. Pagi nanti sudah berangkat menuju ke Bandar Jakarta untuk urusan perniagaan Hafiz di sana. Kata Hafiz, Kamal akan menunggunya di sana bersama dengan Nadia. Kini aku sudah tidak cemburu dengan Nadia sebab aku sudah menjadi hak Hafiz.

Nadia? Boleh jalan....

Bermalam di Bandar Jakarta selama tiga hari dan kami akan berangkat bersama-sama dengan mereka untuk kembali ke Kuala Lumpur. Mulanya aku tidak berapa selesa tetapi bila mengenangkan permintaan Hafiz aku bersetuju dan menurut kehendaknya. Takut pula dikata isteri yang mementingkan diri sendiri pula. Perlahan-lahan aku ingin mematangkan diriku sebagai seorang wanita meskipun umur masih dalam peringkat remaja. Hafiz kan ada? He he he...

"Sayang...buka pintu. Apsal kunci pulak ni?" Hafiz bersuara membuatkan aku tersedar dari termenung. Tanpa sedar air sudah memenuhi bath tub.

"Alamak...maaf abang...dah terbiasa kunci pintu...sekejap..."

"Lepas ni jangan kunci lagi dan lagi satu lepas ni wajib teman abang mandi sama-sama...jangan bagi alasan..."

"Amboi...bukan main lagi permintaan abang ye."

"He he he...sayang kan bini abang..."

"Ye..tahu..."

"Bagus...ini makin geram ni."

"Jangan mengada abang..."

Kami tertawa lagi. Sekarang aku semakin kerap ketawa. Ada Hafiz disisi membuatkan hidup aku tidak sunyi lagi. Terima kasih pada arwah mak dan umi kerana menjodohkan kami. Dan hati aku berteriak kuat.

"Hafiz Hadi... Intan Maisarah benar-benar cintakan kamu...!"

5 kata-kata pujaan:

blinkalltheday said...

wah, betul2 romantik la hafiz dan sara..n3 kali ni memg x mengecewakan..gud job cik writer..

MaY_LiN said...

alahai...
cumil je couple ni..

DALIA NA ZA said...

may lin : thanks for reading...you selalu support...thanks ya..

Hayisa Neerza said...

JUST READ YOUR NOVEL..BEST BEST !

DALIA NA ZA said...

Hayisa : thanks :)

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*