Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

25 December 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 31



KAMI tiba ditempat yang telah dijanjikan. Berterima kasih kepada sistem GPS kerana memudahkan perjalanan serta guide daripada Kamal dan Nadia. Kalau tidak sudah entah kemana kami berdua pergi agaknya. Meskipun Hafiz sering juga berulang alik Kuala Lumpur-Jakarta namun dia masih belum lagi fasih dengan kota metropolitan yang besar ini. Terkadang aku terfikir juga, Hafiz sering kemari tidak pernah terlintaskah untuk jatuh cinta dengan gadis-gadis Indonesia disini?

Cun-cun tahu kalau gadis Indonesia yang berdarah Belanda. Kalau aku jadi lelaki pun mahu aku jadi cair. Tetapi kalau sekarang Hafiz Hadi jatuh cinta dengan gadis-gadis dekat sini mahu aku berendam airmata. Lagi satu godaan gadis-gadis kota metropolitan Jakarta yang aku tonton siarannya di Malaysia kadang-kadang buat aku jadi geram. Walaupun hanya drama sinetron sahaja tau tapi memang terasa dialam realiti. huh! Jauh benar tahap imaginasi aku ini.

Hu hu hu...sayang tolong jangan buat perangai ok. Nanti Intan lari bawa diri. Gumam aku sendirian berkata-kata didalam hati. Memang akan jadi bahan kalau aku bersuara kata-kata yang berbaur cemburu kepada Haifz nanti.Dia bukan boleh kata tanya soalan yang pelik-pelik. Memanjang nanti aku disakatnya sampai aku sendiri tidak tahan diusik. Siapa bilang perempuan tidak tahu cemburu?

Aku melirik jam Tag Huer pemberian Hafiz siang tadi sudah hampir ke sembilan malam. Kalau hari-hari makan lewat malam seperti ini tidak mustahil aku jadi 'tong dram jadi-jadian'. Uhuks! Meskipun Hafiz pernah menyatakan tidak kisah badan aku jadi seperti apa nanti, cinta dia tidak akan mati dan tidak akan pernah mati. Hebat sungguh! Romantika benar Hafiz ini. Namun itu aku serahkan segala-galanya pada Allah. Andai jodoh aku dan Hafiz panjang, aku bersyukur. Kalau tidak panjang, aku tidak mampu menolak takdir Allah SWT.

Aku menjeling melihat wajah Hafiz secara sembunyi-sembunyi. Entah kenapa cinta aku semakin mekar melihat wajah Hafiz yang polos itu. Kata orang lelaki berwajah polos ini memang kasih sayangnya tidak berbelah bagi. Ya ke? Apsal mula-mula bernikah dahulu aku tidak perasan langsung. Aku nampak macam harimau kelaparan adalah. Sikit-sikit hendak melenting tidak tentu pasal.

Kalau ada benda yang tidak berkenan dimata dia mulalah keluarkan kata-kata yang bikin aku jadi panas. Alih-alih sekarang baharu aku tahu hati budi dia bagaimana. Kisah silam yang buat dia jadi sebegitu. Jadi aku berterima kasih pada diri sendiri kerana kembali membahagiakan dia.

Chewaaahh...angkat bakul sendiri nampak? chittpoodaahhh...he he he

Aku dan Hafiz melangkah masuk ke hotel untuk makan malam bersama Kamal dan Nadia. Banyak mata yang memandang kepada kami berdua. Hafiz sudah tersenyum-senyum bangga dan tidak semena-mena merangkul pinggang aku. Maklum sahajalah aku ini kaki melatah, maka terjadilah perkara-perkara yang tidak diingini. Maaflah abang...

"Aduh...sakitnya sayang siku pinggang abang. Kalau nak ajak bertomoi, balik nantilah kita bertanding atas katil dalam bilik." Hafiz menyengih, sambil itu sempat lagi garau maksud mendalam dia. Tidak boleh cover langsung tahu. Nasib baik tiada sesiapa yang mendengar kerana Hafiz bercakap separuh berbisik.

Aku yang terkejut menekup mulut sambil ketawa. Siapa suruh buat aksi yang tidak disangka-sangka. Padan muka. He he he...

"Gelak ye...takpe..abang bagi peluang sayang siku banyak-banyak pun takpe. Balik hotel nanti abang pulak akan 'siku-siku' sayang yang terbaik punya." Hafiz mengenyitkan mata. Gulps! Terus senyuman aku mati dengan wajah terkejut. Sampai hati hendak siku aku yang telah nyata kaum yang lemah.

"Wah! Sampai hati nak siku bini sendiri ye? Abang ingat Intan ni beg gusti ke?". Hafiz menepuk dahi dan terus ketawa. Aku yang masih blur terpinga-pinga. Aku ada salah cakap ke? Ada terbuat lawak ke? Rasa macam tiada. Betullah apa aku cakap tadi itu bukan?

"Sayang...sayang...hahaha... Lagi layan sayang lagi senak perut abang ketawa. Sudah, lupakan sahajalah 'siku-siku' abang tadi. He he he. Jom kita cari diaorang, mesti dah lama tunggu kita merpati sejoli ini."

Aku berkerut cuba memahami kata-kata Hafiz. Akhirnya aku menjungkit bahu malas mahu ambil pusing. Namun aku lihat ketawa Hafiz masih lagi bersisa. Bab menggelakkan aku memang dialah yang nombor satu! Cis!

Tercari-cari kelibat Kamal dan Nadia diruang meja makan. Ramai juga yang masih bertandang meskipun jam sudah hampir ke sembilan lima belas minit malam. Agaknya mereka ini memang gemar makan lewat malam barangkali? Tukasku sendirian.

"Hafiz! Intan! Sini..." Aku dan Hafiz berpaling mencari-cari empunya suara yang memanggil kami berdua. Akhirnya ternampak juga kelibat Kamal dan Nadia yang melambai-lambai kearah kami. Aku dan Hafiz berpatah menuju ke meja makan yang telah ditempah oleh mereka. Hampir sahaja dimeja makan, aku lihat pakaian Nadia begitu daring sampai aku sendiri naik segan. Mahu atau tidak aku hanya diamkan diri dan tersenyum sambil menyambut salaman Nadia. Cara barat betul siap cium-cium berlaga pipi.

Namun yang menghairankan aku kenapa aku perlu duduk berhadapan dengan Kamal dan Nadia duduk berhadapan dengan Hafiz? Tetapi cepat-cepat aku hilangkan syak wasangka itu kerana tidak mahu memikirkan perkara yang bukan-bukan. Kalau orang lain sudah tentu tidak sedap hati bukan. Maklumlah bekas kekasih suami sendiri berada didepan mata meskipun bekas kekasih itu sudah menjalinkan hubungan dengan orang.

Ah! Sudah semakin aku jauhkan pemikiran yang negatif makin bersarang pula ianya datang serang bertubi-tubi. Aku harus bijak menangani perang emosi dan perasaan sendiri. Hafiz menggenggam jemari aku dan membuatkan aku sedikit selesa. Mungkinkah dia perasan dengan apa yang sedang aku alami sekarang? Kalau ya, terima kasih sayangku. Aku memadang sekilas wajah Nadia dan aku lihat airmukanya berubah. Kenapa perlu begitu pula minah seorang ini?

Kamal memanggil pelayan yang berdiri tidak jauh daripada meja kami. Aku hanya mengikuti apa yang dipesan oleh Hafiz. Hati bertambah sayang kerana Hafiz tahu apa yang boleh aku makan dan apa yang tidak. Ini yang makin bertambah sayang ini. Muah! Muah! Aku berkata didalam hati. Kamal menggenggam jari jemari Nadia dan aku serta Hafiz hanya tersenyum melihat pasangan ini. Tetapi kenapa aku lihat Nadia macam berlakon sahaja? Peliklah minah ini.

Takkan dia masih ada perasaan pada Hafiz? Tidak! Kalau benar apa yang sedang aku fikirkan ini maka dia mencari nahas. Hafiz memandang wajah aku dan mengusap pipiku secara tiba-tiba.

"Amboi pengantin duaorang ini. Romantis betul I tengok. Cemburu betul I." Tiba-tiba Naida bersuara dan mematikan senyuman aku. Kemudian aku tersenyum semula kerana malas hendak ambil hati dengan baris ayat terakhirnya. Cemburu bergurau ataupun itu memang yang sengaja dia luahkan isi hati secara zahir.

"Memang patut pun you cemburu. Both of you, when getting married haaa? Lama-lama bercinta pun bukan elok. Seronok dah berkahwin ni tau. Nak buat apa pun takde sekat-sekat. Kan sayang..." Kata-kata Hafiz membuatkan wajah aku merona merah. Mulut tidak ada insuran betul! Rasa macam nak sumbat dengan cili padi sahaja.

"Aku dengan Nadia tengah merancang lagi ni. Tengoklah tahun depan ke, dua tahun lagi. Kitaorang belum bersedia untuk bawa komitmen pergi jauh. Lebih selesa macam ini. Kau bila nak rancang tambah ahli keluarga ni? Tak sabar pulak aku nak tengok kau jadi ayah." Kamal berterus terang dan Hafiz tersengih mendengarkan soalan maut Kamal. Nadia tiba-tiba aku lihat seperti tidak menyukai soalan Kamal. Aku hanya tersenyum didalam hati.

"Jangan bercinta lama-lama bro. Aku dengan Intan tengah merancanglah ni. Kalau ada rezeki, cepatlah kalau takde terpaksa berjuang hingga ke titisan terakhir. Ha ha ha..." Hafiz dan Kamal ketawa bukan main lagi. Inilah dia kalau orang lelaki bersembang memang tidak ada segan silunya. Main langgar sahaja semua.

"So bila kita dapat hangout sama-sama sementara ada di kota Jakarta ni? Takkan we'll nak duduk lepak sahaja dalam hotel? Business tu business jugak, at least kita plan lah makan angin disini sekali...hmmm" Nadia menukar topik dan aku terasa agak jengkel dengan perangai Nadia ini.

"Ok jugak kita pergi cuti sama-sama." Kamal menambah cadangan yang dilontarkan oleh Nadia. Aku hanya memandang Hafiz. Entah kenapa mulut harini terkunci rapat, aku biarkan Hafiz sahaja yang berkata-kata dan memberi pendapat.

"Sayang macam mana? Kita berjalan-jalan dengan diaorang sekalilah. Dah alang-alang ada dekat sini. Meriah sikit suasana." Aku harapkan lain, lain pula jadinya. Aku malas mahu berfikir yang bukan-bukan hanya mengangguk macam burung belatuk mematuk dahan pokok.

"Hai, sampai tidak boleh bercakap ke? Macam tidak sudi sahaja dengan pelawaan I ni? Tak mengapalah kalau you'll tak sudi. Next time sahajalah." Sinis benar kata-kata Nadia, hendak sahaja aku ketuk pakai sudu mulutnya itu. Nasib baik ramai orang dan hendak menjaga airmuka Hafiz aku buat tak endah sahaja. Kalau layan hati aku sendiri yang sakit. Entah kenapa malam ini aku benar-benar meluat tengok Nadia yang mengada-ngada ini. Macam budak kecil mengamuk tidak dapat bermain game di fun fair lagaknya.

"Err..bukan begitu. Saya ikut sahajalah apa yang suami saya kata. Kalau suami saya bersetuju, saya sebagai isteri turutkan sahaja. Macam mana abang? Kita tak boleh hampakan kawan-kawan abang ni. Kita ikutlah ya." Aku menjawab dan terus memandang Hafiz.

"Eh..eh..abang tanya sayang..sayang tanya abang pulak ye. Nasib baik tak boleh bagi 'ubat' dekat sini kalau tidak dah kena tadi ni. He he he...suka betul ulang soalan balik ya kalau kita tanya soalan dekat dia." Aku mengetip bibir, kenapalah waktu-waktu begini Hafiz buat lawak tapiauka dengan aku? Aduhai.

"Ubat? You sakit ke Intan?" Soal Kamal yang tidak mengerti maksud 'ubat' antara aku dan Hafiz. Nadia memandang aku dengan muka pelik yang begitu tebal solekannya malam ini. Hafiz ketawa dan aku terus mencubit pehanya. Kamal dan Nadia berpandangan sesama sendiri.

"Errr...err...taklah...Hafiz ni memang suka menyakat. Oklah, we'll ikut plan both of you." Aku masih geram dengan sakatan Hafiz sebentar tadi. Hafiz tersengih-sengih, aku mencubit buat kali kedua. Balik hotel siaplah nanti aku kerjakan cukup-cukup. Geram betul.

"Owh, it's great. Thanks Intan. Then tomorrow kita gerak after both of them settle mesyuarat. Pagi tu kita salon ke nak tak? I fasih area sini jalannya. Maklumlah selalu datang sini untuk kerja-kerja modelling I." Nadia mengajak dan membuatkan aku sedikit tidak selesa. Aku bertudung buat apa hendak ke salon? Salon bukan kawasan bertutup dan wanita sahaja yang datang. Lelaki pun pasti ada yang datang ke salon hendak mencantikkan rambut mereka. Aku menggeleng.

"Maaflah Nadia, saya tidak selesa dan maklumlah saya bertudung. Rasanya tidak manis, tapi kalau awak hendak pergi juga tidak mengapa saya boleh temankan." Aik! Baik pula hati aku. Nadia tersenyum sambil melirik kepada Hafiz dan bukannya Kamal! Sempat lagi tangannya memegang lengan Hafiz dan tiba-tiba mata aku jadi sakit. Cemburu benar nampak aku! Ah sudah!.

"Thanks Intan, I'm really appreciate that. Tak sabar hendak berjalan-jalan dengan you'll. Hafiz jangan meeting lama-lama ok nanti plan kita tak jadi pula...hmmm..." Hafiz mengangguk dan menarik perlahan lengannya. Mungkin tersedar melihat airmuka aku sedikit berubah.

"Can't promise but I'll try ok. Jom makan, dari tadi bercakap tak henti-henti. Laparlah."

"Thanks Bubu..." Nadia tersenyum menggoda. Aku memandang Kamal dan dapat melihat ada sedikit kekeruhan pada wajahnya. Tiada lagi suaranya untuk mengusik Hafiz. Diam terkelu sambil menjamah makan. Aku memandang wajah Hafiz dan terlihat seolah-olah dia seakan berperang dengan godaan Nadia yang terbias dihadapan aku. Dia memandang aku sekilas sambil tersenyum. Jemarinya menggenggam jemari aku dengan kuat supaya bersabar dengan situasi ini. Ok, kerana mahu menjaga kesejahteraan bersama  aku mengadap makanan yang tidak sedikit membangkitkan selera aku.

Cuma ayat terakhir daripada mulut Nadia aku tidak henti-henti mengomel sendirian. Tidak tahukah dia bahawa Kamal turut berada disitu namun mengapa Kamal tidak dilayan dengan mesra? Lagi satu mengapa dia memakai dress yang begitu seksi sekali? Membuak-buak sampai aku sendiri naik rimas tengok dan hendak sahaja aku meminta pelayan memberikan lapik meja makanan yang ada didalam simpanan untuk menutupi tubuh badan Nadia.

Lagi satu aku tertanya-tanya. Bubu? Apakah benda itu? Panggilan manja untuk Hafiz ke? Kenapa hati aku semakin sakit? Macam menyesal menerima pelawaan Nadia ini. Sungguh!

3 kata-kata pujaan:

IVORYGINGER said...

jgn cepat melatah Intan dgn gelagat Nadia. klu dia cuba nk menggedik dgn husband u, u cepat2x la potong stem biar Nadia tu yg sakit hati blik. using ur brain brilianly using reverse psycology. jgn benarkan dia ambik kesempatan. Kamal pun sama control Nadia action. jgn benar dia nk menggedik dgn hafiz.

MaY_LiN said...

o-o..musuh da ade depan mata ni..
isk isk isk..
bubu ya..
jangan nnti intan jadikan nadia tu bubur br tau

DALIA NA ZA said...

ivory : misi intan time diaorang pi jalan2 sok ^_~

may lin : bubur? hahahha...jangan jadik bubuk sudah...huhuhu...

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*